Tips Cepat Lembutkan Daging Beku.  Korang pernah tak lalui situasi bila nak memasak daging, ayam atau ikan berada dalam keadaan beku? Terutama bila tak plan menu nak masak.  Kalau plan tu biasanya kita dah asingkan untuk defrost awal.  Akak selalu yer !  Ye lah kadang-kadang plan nak makan luar, tiba-tiba encik suami tukar fikiran sedangkan haiwan yang nak dimasak tengah keras beku dalam freezer.

Hari ini akak nak share apa yang korang boleh buat kalau berada dalam situasi ni. Mudah sangat yer.  Apa yang korang perlukan hanya air dan cuka makan.  Bila korang keluarkan daging beku tu, masukkan dalam bekas /besen yang sesuai. Masukkan air paras tenggelam daging tersebut dan masukkan satu atau dua penutup botol cuka makan.  Biarkan 10-15 minit.  


ips masakan, cara lembutkan daging, defrost daging, masak cara saya, masak cepat

Contoh cuka makan yang korang boleh gunakan. Kat rumah ada cuka epal, so akak guna yang ada sahaja. Sukatan 1-2 penutup botol tapi kalau botol macam ni tak boleh lah nak gunakan penutupnya sebagai sukatan.  Boleh gunakan 1-2 sudu makan.

tips masakan, cara lembutkan daging, defrost daging, masak cara saya, masak cepat

Bayangkan daging keluar freezer beku macam ni. Akak ni kalau masuk dapur memang kalau boleh nak cepat-cepat masak bagi siap. Jadi kalau nak menunggu masa lama untuk defrost kan daging ni memang boleh jadi tak jadi memasak dibuatnya.  Dengan cara ini, bolehlah cepat sikit memasaknya.

Lepas daging lembut, korang jangan lupa bilas air rendaman tadi. Buang sikit baubau cuka tu. Lepas tu bolehlah masak menu pilihan hati. 

Mudah sangat! 

3 Comments

  1. Jadi dalamn10-15 menit itu daging akan lembut semula kak? Atau rendamnya saja 15 menit? Dan msh harus menunggu lagi?

    Biasanya saya pakai defrosting tray. Hanya letak daging di atas tray yg terbuat dr bahan khusus. Tapi butuh waktu 30-60 menit, tergantung dari ketebalan daging

    Kalo pakai cuka lebih cepat, saya akan pilih cuka

    ReplyDelete