Prestasi Blog Bulan Ogos.  Dah lama nak kongsi kat sini tantang prestasi terkini blog ni.  Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ni, tahun ni akak cuba kembalikan kemeriahan blog ni.  Walaupun belum begitu berjaya tapi adalah sedikit perubahan.  Agak sukar juga nak tarik pengunjung dengan pelbagai med soc yang ada, tapi akak percaya, masih ada lagi pembaca yang setia dengan blog.  Contohnya akak sendiri, lebih suka baca blog, macam baca buku cerita.  Terima kasih pada pengunjung yang singgah di sini. 

Carian Pilihan Pembaca di Blog Azirahman Bulan Ogos

Bulan Ogos lepas ramia yang cari info tentang sekolah berasrama penuh.  Mungkin disebabkan permohonan kemasukan pelajar tingkatan 1 ke asrama penuh untuk tahun 2025 telah dibuka.  Ramai yang cari info untuk membuat pilihan anak-anak.

Samalah macam akak tahun lepas. Jadinya perkongsian di blog ni masih relevan untuk bantu korang cari info yang korang perlukan.  Akak harap apa yang akak share, boleh bantu korang membuat keputusan atau pilihan untuk anakanak yer. 


blog review,  prestasi blog, blogwalking


blog review,  prestasi blog, blogwalking


Audience akak kebanyakannya masuk log ke blog ni melalui mobile.  Paling mudahkan...sambil makan, sambil baring, sambil rehat boleh cari info yang diperlukan.  Terima kasih sekali lagi pada semua !

blog review,  prestasi blog, blogwalking

blog review,  prestasi blog, blogwalking



blog review,  prestasi blog, blogwalking



Pengalaman Anak Di Sekolah Berasrama Penuh

Oleh kerana tajuk ini adalah pilihan teratas dalam pencarian bulan Ogos, jomlah akak cerita serba sedikit lagi tentang pemilihan antara SBP dan MRSM ni.  Anak anak 3 orang menuntut di SBP.  Masa memilih memang antara pilihan kami ialah sekolah yang tidak terlalu jauh, tidak semestinya berada di ranking atas.  Pada kami, yang penting anak yang nak belajar, sekolah mana pun okay!.

Paling utama korang kena tanya pada diri sendiri tujuan korang hantar anak ke sekolah berasrama. Pada anak-anak juga memang kena jelaskan apa yang mereka akan dapat sekiranya memilih untuk ke sekolah berasrama. Memang tak disangkal, home sick, rindu dan sebagainya di kedua-dua belah pihak.  Tapi yang paling penting adalah sistem sokongan terurama di kalangan ahli keluarga sendiri.

Paling terkesan bila akak hantar Dzakwan ke asrama. Anak bungsu tak pernah berpisah kan tapi kentalkan jugaklah hati ni.  Pada anak pulak, memang tak boleh dipisahkan dengan homesick.  Bukan satu jangka masa pendek untuk hilangkan homesick tu, sampai sekarang pun ada juga tapi support keluargalah yang paling penting. 

Alhamdulillah anak dah lebih pandai berdikari, disiplin dalam belajar dan aktif dalam sukan.  Keseimbangan yang kadangkala sukar untuk kita terapkan di rumah.  

Begitulah serba sedikit perkongsian akak untuk korang yang bercadang untuk menghantar anak ke sekolah berasrama penuh.  

Terima kasih pada korang yang selalu singgah ni. Akak balas kunjungan nanti yer.

10 Comments

  1. pageview blog dah tak semeriah dulu kan Azie, ana sendiri pun nak dapat 1k sehari pun jarang-jarang dah , tapi tu lah masih aktif menulis sebab memang minat kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat tidak meriah kan...tapi okay je teruskan menulis

      Delete
  2. blog masih ada pembacanya wpn x semeriah socmed yg lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu...banyak blog dah sendu tapi masih ada yang datang singgah.

      Delete
  3. p/s keep on blogging💪💪

    ReplyDelete
  4. homesick tu biasa...tapi, seronok duduk asrama..mungkin sebab linda tkde traumatized punya kenangan kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena enjoy2 cari aktiviti memenuhi masa kalau stay asrama ni. Kalau asyik fikir apa orang kat rumah buat ...memang jenuhlah

      Delete
  5. Saya termasuk yg masih rutin menulis di blog dan membaca blog teman2. Krn memang suka. Menulis pula dah jadi passion saya. JD apapun informasi yg nak saya cari, pasti cari dari blog pertamakali. Kalo tak ada, baru dari platform yg lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita....kalau nak cari apaapa informasi, akan google dulu cari blog-blog yang ada sharing. Selagi masih ada minat menulis, akan terus menulis.

      Delete