Bersantai Di Tepi Pantai Port Dickson
Bersantai Di Tepi Pantai Port Dickson. Bulan lepas akak ada teambuilding di Port Dickson. Lama dah tak ke sana. Ambil peluang bawa sekali en hubby dan anak-anak sebagai peneman perjalanan. Aktiviti memang pack tak sempat ke pantai pun sebenarnya. Hanya tengok gambar yang anak-anak ambil sahaja.
Pantai Port Dickson ni memang terkenal dan biasanya memang menjadi kunjungan ramai di hujung minggu ataupun semasa cuti umum dan cuti sekolah. Kalau waktu cuti memang jenuhlah nak cari port untuk berehat.
Bersantai di tepian pantai.
Lepas ke pantai, ambil angin pulak sekitar tempat penginapan. Kami stay di Ancasa Residence Port Dickson. Maaf tak dapat nak review tempat penginapan ni since akak stay atas kapasiti mengikut aktiviti company. Tak banyak masa nak meronda sangat sebab most of the time kami dok dalam dewan. Tapi kalau nak buat aktiviti company, lokasi ni agak sesuailah.
Pagi sesampai di PD, kami singgah cari makan di sini dulu. Tak susah sebenarnya nak cari makan di sini cuma kena pandailah pilih yang mana sedap.
Port Dickson dan tentera memang tidak dapat dipisahkan. Antara replika yang korang boleh nampak sesampai di Port Dickson ni.
Selesai team building, akak terus ambil peluang balik Melaka, dah tak jauh sangat pun. Singgah sekejap melawat abang ipar yang tak sihat. In sya Allah ada rezeki nanti bolehlah bawa anak-anak bercuti pula di PD.
Hari ni dah bermula cuti panjang hujung minggu bersambung dengan Hari Malaysia dan Maulidur rasul, ditambah pula dengan cuti sekolah. Apa plan korang ?
6 Comments
Lamanya tak pi PD. Last bercuti kat sana masa anak2 kecik dulu je.
ReplyDeleteNasi lemak depan kubur itu betul2 depan kubur kah kak 😅? Belum pernah saya ke PD. Pernah di ajak teman kuliah dulu, tp tak jadi pula
ReplyDeletelamanya tak berjalan-jalan di pantai PD
ReplyDeleteBarusan balik libur dua hari dari pantai...alhasil badan gosong semua haha...kunjungan balik sis
ReplyDeletesy pun dah lama x g pd... lps covid ni belum jejak sana lg. pastu dgr ada org pacak payung tepi pantai kat sana. lg laa rs mcm...
ReplyDeleteTeringin nak bercuti tepi pantai jugak ni. Tengoklah nanti.
ReplyDelete