Singgah Makan Di Nasi Ayam Heritage Taiping.  Jalan-jalan cari makan di Taiping diteruskan.  Hampir setiap minggu singgah di Taping ni jadi kenalah cuba tempat-tempat baru.  Setakat ni belum jumpa lagi tempat makan nasi campur yang power.  Kalau ada yang tahu bolehlah share dengan akak. 

Kali ni kami singgah makan di  restoran Nasi Ayam Heritage.  Lokasi  tidak jauh daripada stesen bas Kamunting.  Terletak di tepi jalan besar. Dari jauh memang boleh nampak signboard kedai ni.  Dek kerana hari agak lewat dan kalau cari kedai nasi campur, mesti lauk banyak yang dah habis, jadi kami ronda cari kedai yang ada menu macam ni.

Teringat pernah ternampak signboard Nasi Ayam Heritage. Bagi korang yang nak mencuba, di sini ada disediakan tempat letak kereta di hadapan restoran, tapi tidaklah banyak.  Waktu kami sampai tak ramai di kedai ni jadi mudahlah nak parking  Oleh kerana dah agak lewat, menu nasi ayam paling mudah boleh memenuhi selera setiap orang.


jjcm di taiping tempat makan di taiping, tahun melawat Pera

jjcm di taiping tempat makan di taiping, tahun melawat Pera

jjcm di taiping tempat makan di taiping, tahun melawat Pera

Selain dari pada nasi ayam, ada juga menu ayam geprek.  Menu pilihan en suami.   Nak rasa pedas-pedas katanya.  Set ayam geprek ada sambal, kenalah dengan permintaan en suami.


jjcm di taiping tempat makan di taiping, tahun melawat Perak

Akak dan Dikwan pilih nasi ayam.  Rasa okay, portion okay tapi akak tak berapa suka hidangan nasi ayam ada sayur taugeh.  Macam tak kena. Mungkin dah begitu cara hidangannya so sayur taugeh tu memang tinggal macam tu je lah.


Secara keseluruhannya, rasa okay, harga okay.  Kalau tak tahu nak makan apa dah, boleh lah singgah makan kat sini.



.

12 Comments

  1. Nasi ayam ni memang favourite Dania ni. Nampak pun menyelerakan.

    ReplyDelete
  2. nampak sedap tu. lenkali kalau dtg taiping bolehla singgah sini

    ReplyDelete
  3. ramai foodie buat content pasal kedai ni. teringinnyaaa nak singgah

    ReplyDelete
    Replies
    1. port viral jugalah ni yer. Bolehlah nanti singgah kalau ke Taiping.

      Delete
  4. dah lama teringin makan nasi ayam hainan tp susah nak jumpa di Kelantan ni..

    ReplyDelete
  5. Nasi atam paling mudah nak bagi 4 anak ni makan kalau jalan ke mana-mana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, bila berjalan memang kena fikir yang paling mudah terutama bila bawa anak-anak kecil, anak-anak yang besar pun sama juga .

      Delete
  6. Saya suka tauge sebenarnya, tp memang tauge ini kdg tak bisa masuk ke semua makanan. Macam di sini ada bakso pakai tauge, saya tak suka. Krn biasanya memang tak pakai 😄. Tapi bagi penyuka tauge kelas berat, mungkin suka lah kalo apa2 lauk pakai tambahan tauge 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tauge, saya suka digoreng atau masak lemak putih

      Delete