Mudahnya Buat Sendiri Kuey Teow Kung Fu. Kuey teow kung fu adalah  antara menu yang akak dan anak-anak suka makan bila singgah di kedai makan siam.  Bila ramai yang suka maka en hubby pun kata jom kita cuba buat.  

Resipi Dan Cara Penyediaan Kuey Teow Kung Fu

Kat rumah akak memang selalu restok bahan-bahan untuk masakan.  Tak kiralah daripada jenis sos sampaikan pelbagai jenis rempah ratus. En hubby memang minat mencuba menu-menu baru yang dirasakan menarik. 

Kuey teow kung fu ni antara menu yang baru dicuba. Bila tengok macam senang, tambahan pula bahan-bahan sedia ada di rumah.

menu sedap, masakan siam, kedai tomyam, masakan kegemaran keluarga, masakan mee, masakan udang, masakan ayam, masakan sotong

Sos-sos yang digunakan. Sos tiram, kicap cair, sos ikan, serbuk lada putih. Bila gunakan sos-sos ini, tak perlulah guna garam. Kalau perlu pun sedikit sahaja mencukupi.


menu sedap, masakan siam, kedai tomyam, masakan kegemaran keluarga, masakan mee, masakan udang, masakan ayam, masakan sotong

Kami suka sayur lebih. Antara sayuran yang digunakan iaah kobis bunga, karot, sawi pendek ataupun park choy, jagung, cili merah, cili padi, limau nipis, tomato dan bawang holand.  Cili padi tu perlu diketuk untuk mengeluarkan rasa yang sedikit pedas.


menu sedap, masakan siam, kedai tomyam, masakan kegemaran keluarga, masakan mee, masakan udang, masakan ayam, masakan sotong

Masukkan juga sotong dan udang.

menu sedap, masakan siam, kedai tomyam, masakan kegemaran keluarga, masakan mee, masakan udang, masakan ayam, masakan sotong

Tak lupa juga potongan isi ayam dan daun bawang. Jangan lupa kuey teow atau kalau korang nak guna mee kuning pun boleh juga.

menu sedap, masakan siam, kedai tomyam, masakan kegemaran keluarga, masakan mee, masakan udang, masakan ayam, masakan sotong

Antara bahan penting yang lain ialah telur dan minyak untuk memasak.

menu sedap, masakan siam, kedai tomyam, masakan kegemaran keluarga, masakan mee, masakan udang, masakan ayam, masakan sotong

Mula-mula sekali sediakan kuey teow nya. Pecahkan telur dan kacau. Panaskan sedikit minyak.  Lepas tu gorengkan kuey teow sekejap. Kemudian masukkan terlur yang telah dikacau tadi.  Goreng terus sambil balik-balikkan.  Akak gunakan segenggam kuey teow dan pecahan sebiji setengah telur.  Biarkan jadi seperti 'lempeng'.  Telur tadi masa kacau letakkan sedikit garam.  kemudian angkat dan ketepikan dalam pinggan/mangkuk hidangan.

menu sedap, masakan siam, kedai tomyam, masakan kegemaran keluarga, masakan mee, masakan udang, masakan ayam, masakan sotong

Seterusnya, sediakan kuah pula.  Potong bawang putih dan bawag merah.  Panaskan sedikit minyak untuk menumis.   Masukkan juga cili padi. Tak perlu masukkan air dahulu sebab udang, sotong dan ayam tu akan mengeluarkan air.  

menu sedap, masakan siam, kedai tomyam, masakan kegemaran keluarga, masakan mee, masakan udang, masakan ayam, masakan sotong

Agak-agak beberapa minit bila ayam, sotong dan udang agak mengecut sedikit barulah masukkan secawan air.  Lepas tu masukkan sayar-sayuran yang korang dah sediakan tadi.  Masukkan sedikit kicap cair, sedikit kicap ikan, sedikit gula, sedikit serbuk lada putih.  Boleh juga masukkan suku atau separuh kiub ayam.  Bagi memekatkan kuah, bancuhkan sedikit tepung jagung dan curahkan dalam masakan tadi.  Kacau dan jangan lupa rasa. Kalau kurang masin, boleh tambah sedikit garam. Perahkan juga sedikit limau.


menu sedap, masakan siam, kedai tomyam, masakan kegemaran keluarga, masakan mee, masakan udang, masakan ayam, masakan sotong

Kemudiannya bolehlah korang curahkan kuah yang dah siap tadi ke atas kepingan kueh teow bersalut telur yang korang dah ketepikan tadi.


menu sedap, masakan siam, kedai tomyam, masakan kegemaran keluarga, masakan mee, masakan udang, masakan ayam, masakan sotong

Boleh tabur sedikit daun bawang, penambah rasa.

menu sedap, masakan siam, kedai tomyam, masakan kegemaran keluarga, masakan mee, masakan udang, masakan ayam, masakan sotong

Bagi menghasilkan Kuey Teow Kung Fu yang sedap, kalau rajin boleh buat kuahnya berasingan setiap satu.  Kalau nak jimat masa, boleh je buat sekali dan bahagi-bahagi ke setiap pinggan.  Ikutlah mana cara yang korang rasa selesa.

Jom buat kuew teow kung fu !


7 Comments

  1. Perlukan kerajinan yg amat tinggi nak buat kuew teow kungfu ni hahahaa.. tahniahh berjaya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah lapar, campak-campak sahaja pun boleh jadi.

      Delete
  2. Sedapnya Kak!
    Buat sendiri ni best, boleh letak bahan banyak², boleh tambah lagi hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul....kadang-kadang mee nya bahagi dua, kuah dan bahannya yang lebih

      Delete
  3. Buat sendiri lagi best! nak bertambah banyak kali pun tak apa.

    ReplyDelete
  4. Aisssh thank youuuu resepnya kak. Mudah dan simple. Saya nak buaaaat. Lebih suka kwe tiaw berkuah seperti ini, Krn lebih segar, terutama di saat cuaca dingin. Enak makan yg berkuah panas 😍👍

    ReplyDelete
  5. sy suka kalau kuah dia x pekat sgt... sedang2 cm tu je. nak hirup pun👍👍👍

    ReplyDelete