Bila Makin Banyak Kucing Kat Rumah.  Korang pernah tak pelihara binatang kesayangan? Mesti pernah kan.  Biasanya kita akan pelihara kucing, arnab. Dalam family akak, boleh dikatakan semuanya sayang binatang. Tambahan lagi en suami yang memang suka sangat memelihara binatang tak kira kecil besar.  Antara binatang yang pernah kami pelihara ialah kucing, arnab, burung, ayam, itik dan korang jangan tak percaya tupai dan sesumpah pun ada tersenarai dalam binatang peliharaan.

Tapi ada yang tak kekal lama. Kalau ayam dan itik tu memang tak lamalah, bila besar ada yang disembelih saja ataupun kami bagi kat kawan-kawan yang ada kawasan yang lebih luar untuk pelihara binatang.   Kucing banyak juga yang hilang atau mati bila dah besar. Sesumpah terlepas, hilang masuk hutan getah depan rumah.  Tak pernah terfikir nak pelihara sesumpah tapi abang Irfan memang suka pada binatang ni. Dek kerana minat, ayahnya penuhi permintaan anak.

Kali ini akak nak share entry tentang sang bulus yang pernah menghuni kat rumah kami. Ada yang lama, ada yang singgah sekejap sahaja.  Memang gambar bulus banyak dalam simpanan akak.  Memang seronok bila ada banyak haiwan di rumah ni.  Bila bosan, mulalah datang kerajinan melayan. 

Kebanyakan kucing yang kami pelihara tak tinggal dalam rumah.  Cuma waktu kecil sahaja kami letak dalam rumah dan bila dah besar, sangkar tetap adalah di luar rumah.  Ada yang lepaskan sahaja dalam kawasan rumah.  Tempat membuang dan makan memang ada ditetapkan jadi tak timbul masalah kucing-kucing ni menyusahkan jiran-jiran.  Malah ada kucing jiran-jiran pula yang darang cari makan kat rumah kami.

Kalau nak diikutkan, kucing-kucing ni semuanya adalah kucing jalanan yang datang ke rumah.  Ada yang kami terpaksa hantar ke lokasi lain. Mana tahan kalau dah banyak sangat !

pet, haiwan kesayangan, kucing jalanan, kucing perliharaan, kisah haiwan

Antara yang masih ada di rumah. Empat beradik yang ditnggalkan ibunya. Antara 4 ekor ni, seekor sahaja yang putih dan bermata biru.

pet, haiwan kesayangan, kucing jalanan, kucing perliharaan, kisah haiwan

pet, haiwan kesayangan, kucing jalanan, kucing perliharaan, kisah haiwan
Yang ini generasi yang memang asalnya di rumah ini.  Ibunya datang dan tinggal menetap terus di rumah.  Ada empat beradik juga  Dua dah hilang entah ke mana bila dah besar.  Tinggal seekor betina dan yang ini jantan.  Setakat ini tidak pernah pergi jauh.  Pusing-pusing depan pagar rumah dan dalam kawasan rumah.  Bila petang minta makan dan masuk terus dalam sangkar.  

Alergic bulu kucing.  Itulah anak-anak akak.  Keempat-empatnya alergic ada bulu kucing tapi bukanlah alergic yang teruk.  Tapi masing-masing suka kucing.  Jadinya kucing-kucing ini semuannya tidak dibenarkan berada di dalam rumah.

Begitulah kisah kucing dalam keluarga kami.  Macamana dengan korang? Hahaa..pagi-pagi dah cerita pasal kucing.






 

  





18 Comments

  1. Tak pernah bela kucing.. sebab alah dgn bulu dia.. pernah bela ikan dalam aquarium jer.. masa baru baru kawen... Terapai katanya hahahaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bela ikan pun best juga, tp selalu lambat bersihkan akuarium

      Delete
  2. pernah beli kucing..paling sakit bila terpaksa berpisah dengan dia..
    kucing-kucing yang dekat luar rumah ni ada je, tapi jenis datang dan pergi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kucing-kucing ni pun dok luar rumah saja. tak mau bonding kuat sangat.

      Delete
  3. ana pernah sekali dulu 17 ekor anak-anak bulus nih azi, kemudian kena serangan virus satu demi satu gugur, sedihnya Tuhan yang tahu, laa nih ada 3 sahaja yang ada... dah tua2 pun hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuh...banyaknya. Azi setakat 4-5 ekor pun dah pening.

      Delete
  4. eeee geraammmm tgk comel2 belaka!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah kucing ni dia ada daya penarik tersendiri.

      Delete
  5. Kat rumah wak pun banyak kucing peliharaan,
    Sekarang ni ada 8 ekor, kebanyakannya kucing datang sendiri (orang buang)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat sini pun selalu juga orang buang anak kucing terutama masa kita tiada di rumah.

      Delete
  6. errrr saya penakut dengan kucing..wpun en asben peminat kucing & pernah cadangkan utk bela kucing, tapi saya reject..saya suka tengok je, nak dekat 'Noooo'..hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu saya reject juga tapi bila anak-anak nak , follow je la asalkan tak masuk rumah.

      Delete
  7. Saya pakai nama DCatqueen, Krn memang sayaaaang sangat dengan kucing. Di rumah ada 5 kucing indoor. Semuanya sudah disteril dan rutin diksh vitamin juga obat kutu dan cacing.

    Anak2' saya pun alergi kak. Tp krn mereka juga sayang, JD yg penting obatnya tak pernah lupa disemprot. Lalu saya pasang air purifier di semua ruangan supaya udara bersih dr bulu kucing.

    Juga asisten saya rutin mem-vacum rumah supaya tak banyak buku tertinggal.

    Semua usaha kami lakukan demi kucing2 bisa tetep dlm rumah 😄. Saya tak izinkan keluar Krn kuatir mereka kena kutu atau penyakit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak suka kucing tapi tak mau bonding kuat sangat. Kucing-kucing ni semua stay di luar tapi ubat kutu kena sediakan selalu juga.

      Delete
  8. hensem betol kucing yang last tu... hahha

    ReplyDelete
  9. Dania suka kucing tapi bagi makan yang datang rumah ajer. Ada seekor kucing yang Dania sayang sangat. Kucing tu pun selalu bagi hadiah...belalang la, burung, tupai, cicak kubin.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibu kucing-kucing ni selalu juga bawa hadiah kat rumah kononnya nak bagi anak-anaknya makan kot.

      Delete