Ruangt Sarapan Pagi Krongcong di Kamunting Taiping.  Klasik sungguh namanya lokasi kali ini. Bila sebut je, perut pun rasa berkeroncong dibuatnya.  Tempat ni pun terjumpa tanpa sengaja.  Memandangkan sekarang ni memang kerap ulang alik ke Taiping makanya selalulah kena cari port makan samada sarapan, makan tengahari atau malam.  Sekarang ni misi mencari tempat yang tak pernah singgah. 

Ruang Sarapan Pagi @Krongcong

Pertama kali lalu kami tak singgah tapi terdetik dalam hati akan singgah satu hari nanti.  Apa yang menarik kedai ni nampak klasik ala-ala kedai kopi dulu-dulu.  Letaknya di bangunan rumah kedai lama tepi jalan sahaja. Tak susah nak cari tapi nak paling mudah gunalah peta google.

Hari tu kami keluar awal, memang target nak singgah sini untuk bersarapan.  Menunya pun ada pelbagai dari menu kampung sampai 'english breakfast'.

tempat sarapan viral, port sarapan sedap, banyak pilihan sarapan, tahun melawat Perak, tempat makan menarik di Perak



tempat sarapan viral, port sarapan sedap, banyak pilihan sarapan, tahun melawat Perak, tempat makan menarik di Perak

Inilah bagunan letaknya Ruang Sarapan Pagi @Krongcong.  Memang betul-betul nampak klasik. Tulisannya macam dulu-dulu.  Meja kerusi kebanyakannya barng-barang lama yang digunakan semula.  Akak suka snagat tengok suasana di kedai ni.


tempat sarapan viral, port sarapan sedap, banyak pilihan sarapan, tahun melawat Perak, tempat makan menarik di Perak

tempat sarapan viral, port sarapan sedap, banyak pilihan sarapan, tahun melawat Perak, tempat makan menarik di Perak

Menu tulisan jawi.  Harga makanan tidaklah mahal snngat, sesuailah dengan jenis makanannya. Ada banyak pilihan untuk korang cuba.

tempat sarapan viral, port sarapan sedap, banyak pilihan sarapan, tahun melawat Perak, tempat makan menarik di Perak

Kaunter bayaran dan ruang jualan jajan atau kuih dan biskut.  Macam kedai kopi dulu-dulu, atas kaunter bayaran mesti ada macam-macam botol jajan.  Ada penyanyi amatur yang mendendangkan lagu-lagu santai sesuai dengan suasana di situ, memang layan lah korang sambil makan.  

tempat sarapan viral, port sarapan sedap, banyak pilihan sarapan, tahun melawat Perak, tempat makan menarik di Perak

Kerusi di bahagian luar kedai.  Ada juga set sofa lama yang diletakkan di tepi kedai sebagai ruang tambahan.  Mudah kata, korang pilihlah di ruang mana korang nak makan sambil healing-healing dengar lagu.

tempat sarapan viral, port sarapan sedap, banyak pilihan sarapan, tahun melawat Perak, tempat makan menarik di Perak

Cawan dan kole nilah yang tambah klasiknya kedai ni.  Kalau korang order air berais, akan diletakkan di dalam kole tu manakala air panas dalam cawan kedai kopi.


tempat sarapan viral, port sarapan sedap, banyak pilihan sarapan, tahun melawat Perak, tempat makan menarik di Perak

tempat sarapan viral, port sarapan sedap, banyak pilihan sarapan, tahun melawat Perak, tempat makan menarik di Perak

Menu yang anak-anak makan.  Macam-macam dia orang ni, kedai kopi ala mat saleh katanya! Portion makanannya aga banyak juga. Inipun kami makan kongsi-kongsi sebab nak cuba menu lain pulak.

Kalau korang on the way ke pekan Taiping, bolehlah cuba singgah di sini dahulu terutama kalau sampai waktu pagi.  Kedai ni memang buka untuk sarapan sahaja, dengan adanya pelbagai pilihan makanan, tak perlu dah cari kedai lain.  Lepas ni nak kena cuba menu sarapan kampung pulak.

Akak share lokasi kedai ini, manalah tahu korang nak mencuba !



10 Comments

  1. owner pandai marketing tarik pelanggan dengan cara macam.ni. terbaikkk👍👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...memang agak ramai juga orang singgah tak kira usia kat sini. Kami singgah hari tu hari Jumaat pagi, pun ramai. Kalau week end tak tahulah mungkin lagi ramai.

      Delete
  2. lokasi x jauh dr tasik taiping ke ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak berapa jauh. Ini di simpang empat dekat dengan Masjid Kamunting

      Delete
  3. Menarik sungguh tempat dia

    ReplyDelete
  4. Nasi lemak kroncong tu mesti spesel sampai RM14.90

    ReplyDelete
  5. Waah ada menu Indomie 😄. Jarang2 saya lihat di sana pakai Indomie. Biasa Maggie kan.

    ReplyDelete