Resipi Ayam Gepuk Paling Mudah Disediakan
Resipi Ayam Gepuk Paling Mudah Disediakan. Berkongsi menu yang mudah untuk disediakan kalau korang malas nak berlama-lama di dapur. Ayam Gepuk ni hampir sama sahaja penyediaanya dengan ayam penyet. Apa beza ayam penyet dan ayam gepuk? Akak ada terbaca, kalau salah maafkanlah akak yer. Ayam penyet perlu diperap dahulu sebelum digoreng. Manakala ayam gepuk direbus dengan rempah-rempah pilihan, kemudian baru digoreng garing.
Resipi dan Cara Penyediaan Ayam Gepuk
(resipi asal adalah daripada Che Nom, tapi akak ubah-ubah ikut kesesuaian bahan yang ada di rumah)
Bahan-bahan untuk ayam gepuk:
4 ulas bawang merah kecil
1 ketul kunyit hidup (kalau tak ada boleh guna kunyit serbuk)
3 ulas bawang putih
1½ sudu besar biji ketumbar
Sedikit air (untuk kisar)
Sedikit garam
2 keping daun bay
Sedikit air
Bahan-bahan untuk sambal gesek:
10 tangkai cili padi (kalau tak kuat pedas, boleh kurnagkan)
3 ulas bawang putih
2 sudu kecil gula
Sedikit garam
Serbuk perasa (optional)
Minyak panas gorengan
Bahan-bahan sampingan untuk goreng:
Lebihan perapan ayam gepuk
1 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung beras atau tepung jagung
4 ketul tauhu
2 keping tempe
minyak masak
Bahan-bahan lain:
Sayur kobis
Timun
Cara Penyediaan:
Cara-cara untuk ayam gepuk:
Kisar halus bawang merah kecil, kunyit hidup, bawang putih, biji ketumbar bersama sedikit air. Gaul ayam yang telah dikelar dengan sedikit garam dan bahan kisar halus lalu perap seketika atau semalaman. Selepas diperap, rebus ayam dengan sedikit air lalu masukkan daun bay. Rebus sehingga empuk dan masak.
Angkat dan tos ayam rebus. Goreng ayam sekejap sehingga keperangan dan cukup sekadar garing dibahagian luar ayam. Tumbuk ayam sampai hancur didalam bekas tumbukan sambal gesek.
Cara-cara untuk sambal gesek:
Goreng cili padi, cili merah dan bawang putih sekejap dalam anggaran masa 3-4 minit sehingga layu. Tumbuk halus gorengan cili dan bawang putih serta sedikit garam dan serbuk perasa (pilihan). Masukkan minyak gorengan panas . Tambah perahan jus limau nipis jika mahu.
Cara-cara sampingan untuk goreng:
Potong tauhu dan tempe. Masukkan tepung gandum dan tepung beras kedalam lebihan air rebusan sebagai salutan adunan. Perap seketika tauhu dan tempe. Goreng perapan tauhu dan celupan tempe sehingga keperangan dan garing.
Cara-cara sampingan untuk hidang:
Hidangkan bersama nasi putih, ayam gepuk, sedikit sambal diatas ayam bersama tauhu tempe, timun dan sayur kobis. Kemudian, ayam gepuk siap untuk dihidang dan dijamu selera.
Mudah juga nak buat Ayam Gepuk ni. Terima kasih Che Nom untuk resipi yang sedap ni. Kalau korang tak ada idea nak masak apa hari ni, boleh cuba resipi Ayam Gepuk Che Nom ni.
Mesti puashati !
12 Comments
Fuh baca resepi pun dah terliur dibuat nya.... Tapi itulah nak buat nya ntah bila.. makan luar jugak la jawap nya hahahaa
ReplyDeletehaha...kalau ramai kat rumah boleh lah masak-masak tp kalau berdua bertiga lepas tu partner pulak jenis makan apa ada...memang idak ler nak masak.
DeleteAik? Uncle pun makan ayam gepuk hari ni...!
ReplyDeletemesti sedap kan.
Deletehuiisshhh sedapnyaaaa noleh buka resto ayam gepuk ni😀
ReplyDeleteNak try gakss 😁
ReplyDeleteyg penting rajin nk masak, kalo x rajin sila ke kedai ., hehe
ReplyDeletetak pernah buat sendiri. baca resipi mcm senang. nanti boleh cuba. btw, tq share resipi
ReplyDeleteSaya pun tak tahu bedanya. Kalo di sini beberapa daerah biasanya menyebut dengan ayam penyet. Tapi ada beberapa daerah Indonesia yg menyebut ayam gepuk.
ReplyDeleteJD saya pikir hanya beda istilah bedasarkan kota di sini.
Tapi 2-2 nya saya suka. Yg terpenting sambal hrs sedap 😄👍
pasti sedap tu. rasa nak cuba buat la di rumah nanti...
ReplyDeleteSaya baru tahu beza ayam gepuk dan ayam penyet. Tq kongsi resipi.
ReplyDeleteBoleh cuba nanti sebab memang suka pun ayam gepuk ni.
ReplyDelete