Jalan-jaln Sampai Padang Besar.  Kisah bulan lepas ni masa sesi lawatan ke kolej kak cik.  Memandangkan antara kolej dan Padang Besar lebih kurang sejam lebih perjalanan dan kami pun tak ada plan lain maka bergeraklah kami ke Padang Besar.  

Waktu ni musim buah mangga harum manis. Rata-rata sepanjang jalan mesti akan terjumpa dengan gerai menjual harum manis.  Bukan setakat buah, ada juga dijual jus dan air mangga.  Tengah-tengah panas memang sedap rasa bila dapat minum air mangga sejuk.  

Dah bertahun-tahun tidak ke Padang Besar ni.  Dah banyak perubahan tapi cuaca panas kat sini memang tak boleh tahan.  Jalan pun nak cepat-cepat masuk dalam bangunan.

Mula-mula sampai cari tempat parking.  Kalau dulu parking tepi-tepi jalan  je, tapi sekarang ni, tepi jalan pun penuh.  Kami parking di tempat parking berbayar saja, mudah cerita, malas nak cari dah parking lain.  Perut pun dah berkeroncong minta di isi.

Kalau dah berada hampir dengan sempadan Thailand ni dah tentu nak makan tomyam. 

Jalan-jalan Cari Makan Di Padang Besar

Alang-alang dah sampai Padang  Besar, kami isikan peluang yang ada dengan cari makan.  Kalau bawa pasport memang dah lepas sempadan hehehe.

Elok masa sampai memang masa makan tengahari.  Parking kereta terus jalan cari kedai makan.  Keadaan di sini memang dah jauh berubah ...lama dah tak datang sini.  Jalan-jalan jumpa Restoran Nana Tomyam.  Tengok ramai orang singgah makan kat situ.  Kami pun melangkah masuk terus tak fikir dah.


jjcm, jom melawat perlis, tempat menarik, tempat shopping murah, jalan-jalan sempadan

Inilah kedainya.  Korang kena jalan ke deretan kedai bahagian belakang, baru korang boleh nampak kedai ni.  Macam-macam ada.  Service pun pantas.  Baru duduk, ambil order tak sampai 5 minit dah sampai hidangan.  Perut memang tengah lapar, memang tak tunggu dah.

jjcm, jom melawat perlis, tempat menarik, tempat shopping murah, jalan-jalan sempadan

Tomyam campur. Nampak sama je macam yang kedai Siam dekat rumah jual tapi vibe dia lain sebab makan dekat sempadan Thailand.

jjcm, jom melawat perlis, tempat menarik, tempat shopping murah, jalan-jalan sempadan

jjcm, jom melawat perlis, tempat menarik, tempat shopping murah, jalan-jalan sempadan

Ayam goreng kunyit dan kerabu mangga.  Kerabu ni memag tak boleh miss kalau datang makan mana-mana kedai Siam pun.  Boleh makan macam tu saja. Order untuk dua orang makan, selambak dia bagi.  Total hangus untuk 4 orang makan dengan lauk tomyam campur, ayam goreng kunyit, telur dadar dan kerabu mangga, semuanya untuk dua orang beserta dengan ikan siakap masak pedas dan air minuman adalah RM125.  Berbaloi !

Lepas isi perut baru boleh ronda tenang-tenang.  Memang tak plan nak beli apa-apapun sekadar nak jalan-jalan cari makan.

jjcm, jom melawat perlis, tempat menarik, tempat shopping murah, jalan-jalan sempadan

Kali ni masuk dalam bangunan pula dan nampak food courtnya meriah sangat.  Kat Thailand ni tak tahu kena ramai suka order ais krim kelapa.  Kami pun nak cuba juga. Order semangkuk aiskrim kelapa yang diletak dalam belahan kelapa dan ditabur dengan kacang goreng, buah enau dan coklat.  Semangkuk ni kami kongsi tiga orang.


jjcm, jom melawat perlis, tempat menarik, tempat shopping murah, jalan-jalan sempadan

Kredit gambar biras.  Laksa Siam.  Yang ni biras kami yang order secara kebetulan sehari lepas kami ke Padang Besar, abang ipar dan biras pun ke sana juga.  Lain kali pergi kena cuba laksa siam ni.

jjcm, jom melawat perlis, tempat menarik, tempat shopping murah, jalan-jalan sempadan

Nasi daging  Siam.  Ada sup dan dagingnya macam di bakar sedikit dengan sos.  Sedap juga makan dengan nasi putih je pun dah cukup.  Kalau belah Danok memang terkenal dengan daging bakarnya.

jjcm, jom melawat perlis, tempat menarik, tempat shopping murah, jalan-jalan sempadan

Kat sini memang ada macam-macam jenis jajan dijual.  Dari pelbagai kekacang sampai akak jumpa bendi yagn di keringkan. Aduh tak terfikir dek akal, tak berai pulak nak cuba.  Tak larat nak ambil gambar dah sebab orang ramai berpusu-pusu sepanjang jalan.  Tak perlu cuti panjang, hujung minggu pun ramai dekat sini.

Ronda serba sedikit, kami pun gerak balik.  Selain daripada dengan kenderaan sendiri, korang boleh juga naik ETS atau Komuter.  Dari stesen boleh ambil grab saja tapi kalau korang plan nak membeli barangan, lebih baik datang dengan kenderaan sendiri.

Ok jom...lepas ni nak ke mana pula?




5 Comments

  1. Nana tomyam itu sedaaaaappppp. Saya makan di sana saat di Penang. Apalagi tak jauh dari hotel Armenian street. Jalan kaki saja. Memang sukaaa lah keluarga saya kak. 👍👍. Pilih beberapa paket saat itu utk 18 orang. Kenyang, murah 👍

    ReplyDelete
  2. Oh gambar bawah tu Miang kham kot namanya tu.

    ReplyDelete
  3. Aiskrim Kelapa... Nasi Daging Siam... Laksa Siam.. semua tak pernah cuba lagi...

    ReplyDelete