Dah Lama Tak Tambah Bahan Bacaan
Dah Lama Tak Tambah Bahan Bacaan. Pesta buku pun dah berlalu. Tak berkesempatan ke sana tapi sempat juga minta anak belikan beberapa naskhah bahan bacaan. Cadangnya cuti panjang sempena awal Muharram ni nak isi dengan membaca.
Dulu memang tak pernah lepas masa senggang dengan buku, tak kiralah novel, buku ilmiah, majalah atau apa sahaja bahan bacaan yang menarik minat. Lama-lama sibuk dengan macam-macam hal dan lebih mudah melayari media sosial, bahan bacaan pun dah makin kurang dalam simpanan. Kalau belipun, memang ambil masa lama nak habiskan.
Akak memang suka beli buku. Kalau dulu, sebut saja novel popular yang mana akak tak baca lagi, hampir 80% memang akak baca dulu sebelum ada yang diadaptasi kepada drama. Walaupun kadang-kadang pengakhiran cerita dalam novel tu hampir sama. Lama-lama nak cari kelainan dalam koleksi bacaan. Sekarang ni lebih suka membaca buku-buku kisah perjalanan, motivasi, ketuhanan dan aliran yang berkaitan.
3 Buku Santapan Jiwa
Jom akak share sedikit ringkasan koleksi baru akak. Selalu sangat lalu lalang di feeds media sosial. Baca ringkasan macam menarik. Buku karya Fakhri Fadzli ni anak akak belikaan di pesta buku baru-baru ini.
Dan Tuhan Akan Tetap Menjaga Kita - Fakhri Fadzli
Pertama kali akak cuba dengan karya beliau. Baru mulakan bacaan, menarik. Kupasan tentang ayat Kursi.
Allah menciptakan hari dengan sifarnya yang paling 'alami, iaitu mencari ketenangan. Tanpa melakukan apa-apa, tentu sahaja hati itu akan berusaha - merangkak mencari cahaya ketika ia sedang kegelapan, meraba-raba mencari jalan keluar ketika ia sedang kesesatan.
Tidak hari ini, esok. Tidak esok, lusa. Tapi yang pasti yang sedang sakit akan tetap sembuh. Seberapa lamapun tempohnya. Tentu sahaja Al-Quran itu sendiri ialah wahyu yang penuh as-syifa'(kesembuhan) dan di dalam setiap huruf, kata dan ayat, terselit seribu satu ubat untuk seketul hati yang sedang melarat.
Dan ketika kita semua masih belum berhasil memahaminya, terhalang dengan banyak hal, pesan-pesan sembuh dari ayat Kursi yang dicerakin dengan ajat teliti oleh penulis ini hadir menjadi rentasan buat kita yang sedang meronta-ronta mencari Tuhan.
Rupa-rupanya dari ayat yang sering kita baca, ada ubat yang tidak terkata mujarabnya.
Sedikit, Tapi Cukup - Fakhri Fadzli
Karya seterusnya juga daripada penulis yang sama.
Kita sering merasakan apa yang kita miliki sekarang tidak cukup. Jika ditambah, ada sahaja perkara lain yang kita inginkan dan perlukan. Gajet baru, baju baru, gaji tinggi,. Jika tidak dapat, kita sedih, kecewa dan murung. Jika dapat, kita gembira, namun kemudian..
Kita akan mencari lagi dan lagi..yang lebih baru, yang lebih cantik, yang lebih hebat. Duit , masa dan tenaga yang dilaburkan semakin banyak, tetapi kita masih belum puashati.
Tanpa sedar, kita terperangkap dalam satu kitaran yang berbahaya. Sebenarnya, apakah perkara yang kita betul-betul perlukan? Adakah wujud satu produk di dunia ini yang boleh mengisi kekosongan dalam diri itu?
Selamat Datang Ke Kedai Buku Hyunam-Dong
Kenapa akak pilih buku ini? Hasil review kawan-kawan lah ni terus jadi terminat dan ter order..hahahaha. Buku ni akak beli secara online sahaja di KarangKraf.mal
11 Comments
sy dah pegang daa hari tu buku selamat datang ke kedai buku tu... tp letak balik sebab terpandang buku yg lbh menggoda😁
ReplyDeletekalau akak ke pesta buku hari tu mesti rambang mata pilih buku
Deletesiapa penulis fav akak?
ReplyDeleteantaranya Acik Lana, Norhayati Berahim dan Siti Rosmizah. Penulis-penulis lama ni. Sekarang ni dah kurang me 'novel'.
DeleteSaya sejak kuliah di Penang dulu, jadi rutin beli novel Malaysia. Soalnya awal2 dulu saya belajar utk paham istilah2 percakapan sehari2 dari novel. JD kalo ada istilah yg saya tak paham, saya tanya ke teman saya yg orang Malaysia. Dari situ, setelah banyak tahu Kata2 Malaysia yg sulit jadi lebih bisa menikmati novelnya, yg ternyata bagus2. Dulu fav author saya Aisya Sofea kak. Sukaaa sangat novel2 beliau.
ReplyDeleteNah saya kan baru balik dari KL dan Penang Minggu lalu. Saya cari novel2 dia di popular, tapi tak ada lagi. Akhirnya beli 6 novel lain, tapi baru 1 yg saya baca 😄. Novel Temu Abdullah.
wah bagusnya fanny. Cara belajar yang paling mudah untuk dipraktikkan. Waktu sekolah saya rajin cari novel English untuk mahirkan dengan term term English. Sekarang juga masih cara itu yang saya guna tapi nak habiskan satu-satu buku tu memang ambil masa juga.
Deletesaya sejak umur 40s ni, beli jugak buku tapi genre mistik heheh sbb ada dua fav authors yg i folo kat FB, so i beli buku2 diaorg lah
ReplyDeletemasa remaja sukalah genre mistik ni, tapi penakut sama, lama-lama tinggalkan genre tu kita cari genre baru. Sekarang ni suka genre motivati & travel
DeleteSkrg mmg kena ada sesi membaca buku di rumah sbb nak latih anak2 membaca di rumah.. :D
ReplyDeleteBetul...contoh melalui teladan. Kena ada masa sama-sama membaca buku.
DeleteMacma menarik jer ketiga-tiga buku ..CCL pun dh lama tak shopping novel
ReplyDelete