Bila Nak Berhenti Makan Durian.  Sekarang ni mana-mana merata ada orang jual durian.  Musim durian datang lagi.  Dah hampir 2 minggu, lambakan durian yang dijual di merata tempat.  Kalau di utara ni port orang cari durian ialah di Balik Pulau, Pulau Pinang, Batu Kurau, Perak dan banyak lagi tempat-tempat lain.  Musim nilah tuanpunya kebun durian boleh kumpul duit.


Macam-macam Jenis Durian

Bila sebut jenis durian, ada macam-macam jenis.  Akak pun sampai sekarang tak begitu fasih lagi dengan jenis durian ni. Musim durian kali ni dapat cuba beberapa jenis juga antaranya durian kampung, IOI, musang king, udang merah dan beberapa jenis lagi.  Cuba sikit-sikit di masa yang lain-lain.  Tak boleh makan sekali gus di usia-usia begini.

Terjumpa sharing di fb tentang jenis-jenis durian.

Kampung - ada pelbagai rupa dan bentuk dengan rasa yang  tidak konsisten.  Paling murah dan mudah untuk djumpai.

D7 - buah sederhana besar dan berbentuk lonjong, kulit berwarna kuning dan isinya lemak manis.

D96 - buah sederhana besar dan berwarna gangsa, isinya tebal dan berwarna oren. Rasanya lemak manis.

D168/IOI - buah sederhana besar, bulat dan kulit berwarna hijau perang, isi berwarna oren dan rasanya lemak manis dan sedikit pahit.

D197/ Musang King - buah sederhana besar, bulat dan kulit berwarna hijau perang. Terdapat garisan bintang 5 ketara di bawah hujung pangsa.  Isi berwarna kuning dan rasanya manis, sedikit pahit dan berlemak.

D2/Dato Nina - buah sederhana besar dan kulit berwarna gangsa, isinya tebal berwarna kuning keemasan.

D24/Sultan - terdapat ruang pangsa tidak sempurna di tengah-tengah. Isinya tebal dan berwarna kuning.  Mempunyai rasa manis berlemak dan sedikit pahit.

D160/Tekka - buah besar dan bujur panjang, ada ruang di tengah-tengah pangsa dan isi berwarna oren, rasa sedikit pahit dan berlemak.

D198/ Golder phoenix - buah sederhana besar, bujur, pangsa nipis dan isinya berwarna kuning pucat.  Rasanya manis, sedikit pahit dan berlematk.

D175/Udang merah - buah sederhana besar, bujur, kulit berwarna hijau perang, isinya berwarna kuning jingga kemerahan yang tebal, lembut, lemak berkrim dengan rasa yang manis.

jenis durian, raja buah, ciri durian, gambar durian

Ni jenis durian kampung. Kami beli di Ijok, Perak. Masuk jalan kampung, ramai yang menjual di tepi-tepi jalan.  Best sebab dapat durian elok. Kata yang menjual, durian ni datng dari pokok yang berusia lebih 100 tahun. Isi durian ni memang mantap!


jenis durian, raja buah, ciri durian, gambar durian

Dua minggu lepas, family daripada Melaka datang rumah. Kami jamu dengan durian Junjong. Ayah suka makan durian dengan nasi, gula Melaka dan santan. En Hubby pula suka makan durian dengan pulut dan santan. Maka masing-masing bertukar-tukar rasa.

jenis durian, raja buah, ciri durian, gambar durian

Hasil tangkapan IOI.

jenis durian, raja buah, ciri durian, gambar durian

Memang sesuai dengan gelaran Raja Buah.    Kami dapat buat beberapa bekas tempoyak,  Mudah je nak buat tempoyak.  Korang perisi isi durian daripada bijinya.  Hancur-hancurkan dan campurkan dengan garam.  Garam tu korang agak-agak saja, jangan sampai terlebih masin.  Lepas tu masukkan dalam bekas dan simpan di tempat yang dingin.  Akak simpan dalam peti sejuk saja.  Kalau banyak, bekukan dalan freezer.  Paling mudah, korang asing-asingkan dalam bekas kecil, boleh simpan lama.

Cukup dah kot musim kali ini. musim depan pula !



7 Comments

  1. Habis musim nanti berhentilah makan durian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah berkurang rasa nak makan durian sekarang ni. Sekarang cari buah manggis pulak.

      Delete
  2. Baru shopping durian semalam di hulu langat... Dpt lah dalam 14 biji durian..

    ReplyDelete
  3. Nampak lemak manis isi durian tu.....

    ReplyDelete
  4. apa pun durian as long as tanam kat malaysia... pasti sedap

    hari ni baru sy dpt mkn durian. tu.pun sbb pak cik yg bagi. nak beli x sempat lg nk merayau2

    ReplyDelete
  5. Dapat isi kuning manis berlemak memang yummy laa

    ReplyDelete