Bila Harimau Mengaum
Bila Harimau Mengaum. Kali ni bukan calang-calang dia mengaum. Bukan harimau kaki empat yer tapi orkid harimau cantik sangat . Ini merupakan kali keempat dia berbunga. Spesis ni sangat jarang nak mengeluarkan bunga. Belek-belek ada 7 batang sulur yang menghasilkan bunga yang sangat cantik.
Pokok orkid harimau ni spesis orkid hutan. Tidak perlu penjagaan sangat. Pokok ni memang kami letak sahaja atas tongkol kayu besar dan ditempat agak redup bawah pokok. Tujuannya nak bagi persekitaran seperti dalam hutam.
Ada dua pokok besar tapi yang ni yang kerap mengeluarkan bunga. Bunganya bertahan agak lama juga sebelum gugur.
Jom layan bunga orkid !
8 Comments
Masyaa Allah... cantiknya azie :)
ReplyDeleteorkid ni memang cantik tapi jarang-jarang dia nak keluar bunga.
DeleteMemang cantiiiik. Sepintas mirip kulit harimau. Pantas disebut orkid harimau.
ReplyDeleteDulu mama saya yg suka pelihara tanaman termasuk anggrek. Kalo saya menikmati saja kak, nak pelihara mati pula 😅
yang rajinnya suami saya, kalau saya selalu tak cukup masa nak tengok semua.
DeletePernah nampak spesis yang ni tapi cuma baru tahu namanya orkid harimau ya...
ReplyDeleteInilah spesis orkid harimau atau anggerik harimau.
Deletetgk orkid ni trs teringat arwah mak cik. peminat tegar orkid. wpn ada orkid yg lain lg cantik tp yg mcm ni juga dia suka dan plg byk dia tanam...
ReplyDeleteorkid jenis ni pada saya mudah dijaga. Bila berbunga, bunganya cantik dan tahan lama.
Delete