Resipi Agar-agar Milo Oreo
Resipi Agar-agar Milo Oreo. Hari cuti mulalah cari stok apa yang ada kat rumah. Kadang-kadang ada ja saki baki bahan baking dan masakan yang disimpan dalam bekas-bekas berasingan. Hari cutilah mula kemas sana sini sikit-sikit. Akak jumpa bahan yang cukup untuk buat Agar-agar Milo Oreo.
Pertama kali buat, okey la kejadiannya. Warna milo jadi gelap sebab tambahkan serbuk koko.
Bahan-bahannya akak ubah sikit-sikit mengikut apa yang ada.
1 tin susu cair
10gm serbuk agar-agar clear (kalau ada yang bertali tu pun boleh aje guna, ambil separuh atau kurang)
10gm serbuk agar-agar clear (kalau ada yang bertali tu pun boleh aje guna, ambil separuh atau kurang)
4 cawan air
setengah cawan gula pasir
1 cawan serbuk Milo, tapi yang ni akak guna serbuk vico sebab dah lama tak beli milo
boleh juga guna 3/4 serbuk milo dan 1/4 serbuk koko
1 paket oreo - jangan buang krimnya
Kalau tak letak biskut oreo pun boleh. Boleh cuba guna biskut coklat yang lain atau tak perlu letakkan biskut tapi korang tak bolehlah guna nama agar-agar milo oreo.
Cara penyediaannya:
Mula-mula sukat 4 cawan air dan panaskan. Masukkan serbuk agar-agar, kacaulah sampai larut. Kemudian, masukkan gula pasir dan kacau sampai larut dan sedikit mendidih. Bila dan agak mendidih, korang masukkan susu cair. Kacau sampai mendidih.
Bila dah mendidih tu, korang asingkan 2 atau 2 cawan setengah bancuhan tadi ke dalam periuk lain. Baki yang tinggal tadi, masukkan serbuk milo dan kacau jangan sampai berketul-ketul. Kacaulah dua-dua periuk tu perlahan-lahan.
Kemudian, ambil sebahagian bancuhan milo tadi masukkan dalam bekas dan biarkan ianya sejuk dan keras sedikit. Selepas tu, korang boleh garik-garikkan dengan garfu atas permukaannya dan seterusnya curahkan perlahan-lahan bancuhan susu tadi ke atasnya. Patahkan biskut oreo kepada dua bahagian dan korang susunlah atas bancuhan putih susu tadi.
Seterusnya, biarkan ianya sejuk dan mengeras sedikit. Akhir sekali, curahkan baki bancuhan milo tadi ke atas lapisan putih susu tadi. Jangan lupa garik-garikkan sedikit dengan garfu supaya setiap lapisan tidak terpisah.
Dek tak berapa sabar, lapisan bawah tak berapa keras lagi, akak dah masukkan lapisan putih. Jadinya bercampurlah sedikit warna koko dan putih, tapi sikit sahaja di bahagian tepi.
Resipi asal akak jumpa di facebook, tak pasti siapa pengirim asal sebab resipi ni asyik keluar dekat feed. Terima kasih pada penyumbang resipi sebab sedap.
Lepas tu boleh sejukkan. Nak best lagi, bila dah sejuk, masukkan ke dalam peti ais.
Dah siap dan sedia untuk dimakan ! Boleh juga buat masa buat majlis makan-makan sebagai pencuci mulut.
15 Comments
Milo dgn Orea dua produk dalam senarai boikot :D
ReplyDeleteInsyallah kita cuba dgn yang lain .. terima kasih atas resepi nya :D
ye kita boikot. Kita guna vico dan biskut cremero. Boleh juga cari biskut macam ni yang dijual secara timbang.
DeleteOreo nya masih nampak bentuk oreo kan?
ReplyDeleteNampak sedap!
Ada ja jual biskut macam oreo ni, cremero atau cari yang jual timbang.
Deleteya allah nikmatnyaaaaaa kalau dpt mkn sejuk sejukkkkkkkk
ReplyDeleteBetul, sejuk je masuk dalam tekak.
Deleteterbaikkkk👍👍👍
DeleteNampak sedap agar2 ni apatah lagi makan sejuk2....
ReplyDeleteBetul tu, memang sedap makan sejuk sejuk
Deletesedapnye ya Allah, terus terliur.. terbayang2 ada agar2 yg belum dibuat lgi dalam laci.. :D
ReplyDeleteAlhamdulillah resipi ni cukup rasa. Cubalah.
DeleteIsssh, nampak sekali memang sedap kak 😍😍😍. Rasanya kalo puding coklat tambah biskuit begini, jarang sangat failed. Pastilah enak ❤️. Nak coba buat juga. Dah lama tak buat puding buat anak2
ReplyDeletesesekali makan puding mcm ni memang sedap, tambah pula kalau disejukkan dulu dalam peti ais.
DeleteCantik lapisan agar-agar ni
ReplyDeletejarang-jarang jadi elok, bolehkan buat makan sendiri.
Delete