Spegheti Goreng Campak-Campak Janji Sedap.  Dah lama tak prepare bekalan ke pejabat pagi-pagi.  Semenjak adik wan masuk asrama, mak dia pun dah sendu nak prepare breakfast dan bekal.  Tambahan pula bulan Syawal lepas, waktu hari ke ofis, akak selesaikan puasa enam dan juga sibuk dengan jamuan raya sana sini, jadi tak adalah keperluan sangat nak bawa bekal.  Memandangkan waktu rehat tengahari memang akak malas sangat nak keluar cari makan, maka pagi tadi merajinkan dirilah masak apa yang ada.  Siaplah spegheti goreng campak-campak janji sedap !


masakan mudah, western, masakan sedap, masakan untuk bekal anak


Resipi Spegheti Goreng

Spegheti
Udang/sotong/ayam, atau apa sahaja bahan yang ada dan sesuai untuk dimasukkan.
Cendawan butang
Chili flake atau cili kering potong kecil - nak bagi berasa pedas-pedas sikit.
Bawang holland - akak guna bawang besar biasa je sebab bawang holland tak ada.
Serbuk perasa/garam
Italian herbs
Beberapa ulas bawang putih yang diracik halus

Lepas korang rebus spegheti tu, sambil-sambil bolehlah korang sediakan bahan-bahannya yang lain. Kali ni akak guna udang sahaja, ada stok udang beli di pasar malam dengan harga RM30 sekilo dan saiz besar-besar yer. Lepas tu potong cendawan, bawang semua bolehlah bersedia untuk menggoreng.  Lupa pula, akak masukkan juga sosej yang akak potong kecil.

Dah siap semua bolehlah mula panakan sedikit minyak.  Akak gorengkan dulu udang sampai masak dan ketepikan.  Sambil goreng udang tu korang campak-campaklah sedikit italian herbs bagi udang tu berasa sedikit.  Ketepikan udang dan tumis pula bawang putih dan sedikit cili kering yang dipotong kecil-kecil.  Lepas tu masukkan sosej dan cendawan.  Masukkan sedikit air rebusan spegheti dan kacau. Lepas tu campakkan spegheti dan serbuk perasa/garam dan sedikit italian herbs.  Last sekali masukkan udang dan gaul.  Kalau korang ada daun bayam, boleh juga masukkan.

Rasalah ikut citarasa korang.


masakan mudah, western, masakan sedap, masakan untuk bekal anak

Sebelum makan, akak taburkan sedikit chili flake. Siap !


Bolehlah mencuba, mudah dan sedap tau.


 

14 Comments

  1. Resepi campak-campak ni buat makan berulang.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu nya macam tu la...kena dengan selera.

      Delete
  2. yang campak campak ni biasanya mmg sedap👍👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya gitulah. Tapi ada kalanya tak menjadi juga.

      Delete
  3. Orang pakar campak2 pun jadi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ada pakarnya. Paling menjadi masa lapar, semua rasa sedap.

      Delete
  4. Tq Kak. Boleh masuk list bekal anak 😁

    ReplyDelete
  5. JD macam oglio olio ya kak. Saya pun suka spaghetti begini. Anak saya pula lebih suka yg Alfredo. Tapi kalo dah buat di rumah, memang hrs masak 2. Krn anak bungsu lebih suka spaghetti goreng, anak sulung spaghetti Alfredo 🤣

    ReplyDelete
  6. Menu simple dan sedap ..kadang CCL pun main campak² juga

    ReplyDelete