Singgah Mandi Manda di Burmese Pool, Taiping.  Sekarang ni memang musim panas.  Kalau di rumah tu memang rasa nak on air cond sahaja.  Awal cuti sekolah yang lepas dan secara kebetulan anak ketiga kami juga ada pulang bercuti, ambillah kesempatan bawa mereka jalan-jalan.  Memang sekarang ni rasa malas betul nak travel bermalam semasa cuti sekolah ataupun hujung minggu.  Rasa sesak lama-lama atas jalanraya.  Kami lebih memilih perjalanan hari yang sama, keluar pagi, petang atau malam sampai rumah.  Trip macam ni tak bolehlah jauh-lauh, setakat 1-2 jam perjalanan okaylah.  Kali ni, kami bawa anak-anak berendam sekejap di Burmese Pool, Taiping.


Singgah Mandi Manda di Burmese Pool Taiping.

Burmese Pool merupakan kolam semulajadi yang terletak di kaki Bukit Larut.  Mengikut penduduk tempatan, askar Burma yang menjumpai kolam ini, lalu dinamakanlah Burmese Pool.  Airnya yang sejuk memang nyaman untuk berendam terutama waktu pagi.


tempat riadah, cuticuti Perak, tahun melawat Perak 2024, tempat menarik di Perak, jalanjalan cuti sekolah

Burmese Pool ni tak berapa besar dan aliran air tak laju.kami pilih di bahagian bawah sahaja. Hujung minggu memang agak ramailah juga pengungjungnya.  Pandai-pandailah cari port yang sesuai.   Waktu kami pergi ni ada beberapa kumpulan keluarga  yang berkelah.  Ada juga kumpulan kawan-kawan sekerja agaknya di bahagian dalam sedikit. Sambil mandi dan masak-masak.  Meriah dengan gelak ketawa, mungkin juga menghilangkan stress bekerja.


empat riadah, cuticuti Perak, tahun melawat Perak 2024, tempat menarik di Perak, jalanjalan cuti sekolah

Ada kawasan yang tiada aliran atau takungan air.  Bolehlah jadi tempat berjalan.

empat riadah, cuticuti Perak, tahun melawat Perak 2024, tempat menarik di Perak, jalanjalan cuti sekolah

empat riadah, cuticuti Perak, tahun melawat Perak 2024, tempat menarik di Perak, jalanjalan cuti sekolah

Bagi peluang budak ni berendam sekejap.  Dah lama ajak kami mandi sungai.  Dapatlah mandi kat sini walaupun sekejap saja. 


empat riadah, cuticuti Perak, tahun melawat Perak 2024, tempat menarik di Perak, jalanjalan cuti sekolah

Tempat kami pilih ni aliran airnya tak kuat sangat. En hubby kata kat sini tak pernah berlaku kepala air.  Ada lagi bahagian-bahagian atas tapi kami tak ke sanalah.  Tak larat la nak panjat lagi, lagipun hari dah petang dan perut pun  dah main muzik rancak.  Mungkin lain kali boleh singgah lagi, berkelah pula.  Tapi kalau korang bawa makanan, kenalah berhati-hati dengan sang monyet.  Banyak juga yer terutama waktu petang.  Ada antaranya berani sampai dekat dengan kita. Kalau korang bawa anak-anak kecil memang kena berhati-hati.

Jom ke Taiping sempena Tahun Melawat Perak 2024!


7 Comments

  1. pernah mandi di sana.. ada kenangan saya kat situ, bila kunci kereta kawan jatuh dalam sungai dan x jumpa2.. hahaha

    ReplyDelete
  2. Tempat best puan, tapi yang tak best, baru je letak kereta tak sampai pun 2 minit dia paksa bayar. Walhal cuma nak tengok-tengok dulu kawasan tu kerana ia agak sunyi dan terpencil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kawasannya agak terpencil, ada masa-masa sahaja ramai.

      Delete
  3. Bestnya musim panas duk berendam dalam air sungai sejuk je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak-budak suka la dapat berendam, airnya pun sejuk sebab dikelilingi dengan pokok-pokok

      Delete
  4. Macam tak ramai orang yer ..boleh laa berendam sepuas-puasnya

    ReplyDelete