The Strongest Mindset
The Strongest Mindset. Kali ni entry akak campur aduk bahasa Melayu dan English. Semalam ada event besar dalam syarikat tempat akak bekerja ni. Akak attend secara virtual sahaja memandangkan event tersebut diadakan di Kuala Lumpur. Sepanjang perjalanan event tersebut, sesi yang sangat menarik bagi akak ialah semasa sesi perkongsian ratu squash negara Datuk Nicol Ann David. Sesi yang sangat memberi inspirasi dan tidak langsung jemu dengan kepetahan beliau menyampaikan baris demi baris ayat-ayat bermotivasi. Penyampaiannya sangat jelas dan teratur.
Sedikit sebanyak akak nak simpan di sini sebagai rujukan dan ulang ingat untuk diri akak sendiri dan mungkin korang yang singgah ke sini. Manusia ini sepatutnya jangan sesekali berasa selesa. Kita kena sentiasa 'push ourself to the limit' dalam membuat sesuatu, tak kiralah dalam kerjaya, sukan, belajar, mendidik anak-anak malah apa sahajalah. Cuba lari dari comfort zone. Sekiranya kita berasa selesa sebenarnya kita tidak berubah.
Mungkin ada betulnya, bila kita dah rasa selesa kita takut untuk keluar mencuba perkara baru. Takut untuk mencuba itulah yang selalu menjadi sekatan. Akak selalu tekankan juga perkara ini pada anak-anak akak, mereka masih muda dan perlu mencuba dan berusaha, jangan cepat rasa selesa.
5 Perkara Jadi Orang Berjaya
1. Have a vision - hidup perlu ada visi. Kerjaya perlu ada visi. Membina keluarga perlu ada visi. Malah apa sahaja yang kita lakukan perlu ada visi yang kita nak capai. Bila ada visi, barulah kita betul-betul berusaha untuk mencapainya. Ana-anak perlu ada cita-cita. Ibu bapa perlu ada matlamat keluarga.
2. Competition is everywhere - persaingan ada di mana-mana. Dalam pelajaran, dalam kerjaya, dalam sukan malah apa sahaja yang kita buat. Kalau kita tidak bersaing dengan orang lain, kita bersaing dengan diri kita sendiri. Pernah tak korang rasa bila nak buat sesuatu tu, ada suara-suara halus dalam diri kita yang cuba memberi kata-kata negatif supaya kita tak buat. Itulah persaingan dri kita yang perlu kita lawan sekiranya apa yang kita nak buat tu bermanfaat untuk diri kita.
3. Listen to Others - silalah dengar pandangan orang lain juga bila nak ambil sesuatu keputusan terutama pandangan keluarga, kawan-kawan terdekat dan mungkin dari pendapat-pendapat yang dilontarkan dalam bahan bacaan yang sesuai.
4. Own your mistakes - Memang ramai yang tak mahu mengaku kesilapan yang dibuat samada sengaja atau tidak sengaja. Meletakkan kesalahan ke atas orang lain memang selalu berlaku dalam masyarakat kita. Seronok ke salah kan orang?
5. Focus on the details - Setiap orang seharusnya perlu beri perhatian dalam setiap tindakan. Ada orang tak suka pada mereka yang terlalu details ni, sampaikan perkara-perkara kecil pun nak ambil kira. Tapi sebenarnya, yang kecil-kecil nilah sekiranya diabaikan akan mendatangkan masalah atau menyebabkan sesuatu planning itu tidak berjalan lancar.
Memang bestlah sesi motivasi ini. Ada je yang terkena sikit-sikit kat diri sendiri yang perlu diperbaiki. Selagi hidup selagi itulah kita kena belajar dan selagi itulah kita cuba jadi lebih baik daripada sebelumnya. Jadikan contoh terbaik untuk anak-anak kita sendiri.
"The More Successful You Are, The Most Humble You Should Be"
Every
morning, stand in front of the mirror, say positive things about yourself, and
start your day with a positive mindset!
Moga perkongsian ini memberi manfaat untuk korang juga.
Next kita nak cerita apa pulak?
10 Comments
Perkongsian yang menarik ni....
ReplyDeleteTerima kasih
Deletebetul tu...selalu yang berjaya nie memang ad set target dia..semoga kita pun berjaya dalam hidup..aamin
ReplyDeleteBetul.
Deletebetul tu kena dengar juga pendapat org lain dlm pelbagai aspek baru kita boleh timbang tara sebaiknya hehehe
ReplyDeleteSetuju. Kita kena terima apa pun pendapat lain sebab mungkin pendapat tu tak sesuai dengan kita tp sesuai dengan orang lain.
DeleteTerima kasih atas perkongsian
ReplyDeletesama-sama, memang menarik.
DeleteGood sharing, tq 👍
ReplyDeleteterima kasih
Delete