Sarapan pagi di Lesung Padi Village. Sekarang ni banyak betul tempat-tempat makan viral. Sejujurnya tidak semua tempat viral menyajikan makanan yang kena dengan selera kami.   Kalau okay dengan kami, baru akak share kat sini.  Lesung Padi Village atau korang boleh juga cari Lesung Padi Catering ni salah satu lokasi viral yang boleh korang singgah untuk cuba.  Terletak dalam daerah Kulim, Kedah.  Kalau datang Kulim, korang kena cuba pelbagai menu sarapan yang disediakan.  Beroperasi bermula seawal jam 7 pagi dan tamat pada jam 2 petang.  Kiranya boleh makan untuk tengahari sekali la.

Dah lama dengar tentang lokasi ni, tak jauh pun daripada rumah, kalau tak ada traffic light dalam 5 minit boleh sampai.  Tapi disebabkan kena meredah beberapa lokasi traffic light adalah lebih kurang 10 ke 15 minit jaraknya daripada rumah. 

Biasalah kan kalau tempat tu dekat, memang lambat nak sampai.  Dek kerana dah beberapa hari dok nampak kawan-kawan psot review di fb, maka tergerak hati kami nak mencuba.  Ramai yang pesan, datang awal, kalau tak jenuh nak cari parking. Maka kami seawal 7 pagi dah bersiap.  Sampai terlepas simpang juga lah dek kerana ralit bersembang dengan en suami.  


tempat makan viral, tahun melawat kedah, tempat makan sedap, tempat makan menarik

Lesung Padi Village ni lokasinya antara taman perumahan dan rumah lot tanah kampung.  Pemisahnya padang kecil ini.  Waktu kami sampai pun dah ramai pengunjung tapi masih boleh dapat tempat parking yang dekat.  Komen pertama en suami - suka dengan suasana di sini.  Aman, damai, sejuk mata memandang.  Mungkin berdekatan dengan kawasan perumahan,  anggota Rela disediakan untuk menjaga dan membantu pengunjung mencari tempat parking kenderaan. 

Jom akak share menu yang kami cuba pada kunjungan yang pertama ni.

tempat makan viral, tahun melawat kedah, tempat makan sedap, tempat makan menarik

Nasi lemak.  Ada pelbagai pilihan lauk.  Favorite akak, nasi lemak dengan rendang daging. Jarang jumpa rasa yang ngam dengan tekak.  Ada juga sambal bilis, sambal kerang,ayam goreng dan juga bahan tambahan lain seperti kacang goreng, bilis goreng dan timun.  


tempat makan viral, tahun melawat kedah, tempat makan sedap, tempat makan menarik

Lontong.  Ada beberapa jenis lontong yang korang boleh pilih.  Akak pilih lontong biasa saja. Sepinggan RM5.00 sahaja.  Kuahnya sedap.   Kat rumah jarang nak buat sebab tak ramai peminat.  So kalau nak makan lontong, kami beli sahaja.  Kat sini dah jumpa yang kena dengan selera.


tempat makan viral, tahun melawat kedah, tempat makan sedap, tempat makan menarik

Kalau tak nak makan yang berat-berat, boleh order roti bakar, roti canai, roti sarang burung dan beberapa pilihan lain lagi.  Yang ini namanya Roti Bakar Railway.  Tak pasti kenapa namanya ada railway di hujung. Tapi sedap.


tempat makan viral, tahun melawat kedah, tempat makan sedap, tempat makan menarik

Senarai menu lengkap kalau korang nak order.  Ada set English breakfast juga untuk yang tak nak makan nasi atau roti.  Harga makanan pada kami berbaloilah dengan saiz hidangan dan rasanya.


tempat makan viral, tahun melawat kedah, tempat makan sedap, tempat makan menarik

Signature dish kat sini rasanya inilah - Nasi  Goreng Ikan Tumbuk.  Pun sedap. Dihidang dengan telur mata dan beberapa keping keropok.  Sepinggan ni kenyang sampai tengahari.  Teringat dulu-dulu di kampung, kalau ada ikan goreng tak habis, simpan, esoknya hancurkan untuk digoreng dengan nasi buat sarapan pagi. 

Kesimpulannya,  Lesung Padi Village ni kita boleh repeat lagi.  Harap lepas dah viral, rasa dan layanan tetap kekal dan bertambah baik.

Pada yang nak mencuba, akak share lokasinya.


4 Comments

  1. Kita jiran rupanya Kak, kg sy di Baling :D kot ada kesempatan boleh try nasi goreng ikan tu...lama dah tak makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila balik Baling nanti, singgah lah Kulim boleh cuba nasi goreng ikan tumbuk.

      Delete
  2. syoknya azie kan, makan sarapan pagi gini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Ana...tenang je sambil suap makanan .

      Delete