Tak Sangka Pasar Pagi Sungai Bayor, Selama Perak Antara Yang Menarik Untuk Dikunjungi
Tak Sangka Pasar Pagi Sungai Bayor, Selama Perak Antara Yang Menarik Untuk Dikunjungi. Kami suka singgah berbelanja pasar basah atau mana-mana pasar pagi atau pasar malam. Suka tengok orang berjualan. Kalau di tempat kami ni, akak memang dah hafal dah setiap hari di mana ada pasar malam.
Sungai Bayor adalah sebuah pekan yang agak besar dan agak terkenal suatu masa dahulu di Selama, Perak. Berbeza dengan sekarang, Sungai Bayor tak jauh beza dengan kampung lain di sekitar Selama. Walau bagaimanapun, pada setiap Jumaat bermula awal pagi, Sungai Bayor akan menjadi tumpuan penduduk setempat dan berhampiran untuk mengunjungi pasar pagi yang ada pelbagai jenis jualan.
. Ramai peniaga dari daerah Selama dan utara negeri Perak akan berkumpul disini untuk menjual apa sahaja yang boleh dijual. Percayalah, anda pasti teruja jika ke sana nanti! Pasar pagi Jumaat ini panjangnya hampir 2 km dan pengunjung boleh berjalan kaki dari awal hingga ke hujungnya. Bayangkan korang berjalan pergi dan balik...hampir 4 km yer tanpa rasa penat sebab mata korang sibuk memandang kiri dan kanan barang jualan.
Antaranya, jualan hasil tanaman orang kampung - kacang tanah dan kacang poi. Tak pernah makan kacang poi ni, boleh tahan juga rasanya bila dah siap direbus.
Ramai yer pengunjung pasar ni. Kiri kanan macam-macam jualan ada. Tak terasa dah berjalan jauh. Kalau datang awal pagi, cuaca masih belum panas, menginjak jam 10 pagi tu dah mula terasa bahang mentari. Tapi tak perlu risau, kiri kanan ada saja yang berjualan pelbagai jenis air dan makanan. Kalau rasa dahaga beli saja.
Penjual buah memang ramia. Ada beberapa gerai juga yang menjual pelbagai jenis buah-buahan. Kami tertarik dengan buah kundang, besar-besar buahnya dan memang manis betul. Setengah kilo RM10, adalah beberapa belas biji.
Hasil laut juga banyak dan segar. Selain tangkapan laut, ada juga ikan-ikan sungai. Sempat jugalah kami beli ikan serba sedikit. Sdap dapat makan ikan fresh !
Puas berjalan tau. Memang ramai dan meriah. Walaupun ramai, suasanya tenang sahaja. Masing-masing membeli barangan dengan tenang, tak ada yang terkejar-kejar. Setenang kawasan kampung sekitaran,
Secara keseluruhannya, pasar pagi ini tidaklah jauh bezanya dengan pasar malam atau pasar tani di hujung minggu. Tapi akan sukakan suasananya, walaupun ramai tapi tenang.
Puas berjalan cuci mata cuci poket, barulah kami bergerak balik. En suami pun senyum lebar sebab memang dah lama bercadang nak ke sini, asyik tertangguh sahaja. Akhirnya dapat juga singgah di Pasar Pagi Sungai Bayor ni.
Jom...seterusnya nak cerita pasal apa pula yer?
8 Comments
Assalamualaikum dan salam Jumaat!
ReplyDeleteSaya datang bawa berita!
Jom!
Jemput ke pos SENARAI PEMENANG GIVEAWAY PERFUME SR
Terima kasih SR...moga murah rezeki boleh baut GA lagi.
Deletesaya suka ke tempat macam ni
ReplyDeletesebab boleh beli macma-macam
boleh rambang mata juga ni!
Betul tu, rasa macam semua suka
Deleteseronoknya ya Allah, pelbagai jenis sayuran dan makanan laut ade.. kacang tanah tu paling suka.. sedap yangmat
ReplyDeletesuka tempat macam ni sebab semua nampak segar
Deleteyessss seronok pergi pasar pagi mcm ni sbb barang basah & sayur-sayuran selalunya fresh
ReplyDeleteka...rasa nak beli macam-macam.
Delete