Singgah Makan Muiz Hot Chicken di Taman Tasik Taiping.  Kali ni bukan review berbayar, secara kebetulan singgah Taiping, perut lapar, pusing-pusing area tasik, anak nak makan ayam goreng, ternampak Muiz Hot Chicken, jom kita cuba.  Nak tahu best atau tidak, kita bagi en suami rasa dulu.  Bila dia angguk-angguk tanpa geleng, maknanya citarasa diterima dan ada potensi boleh repeat lagi.


Muiz Hot Chicken Tepati Citarasa Kami

Bila ada anak-anak, menu ayam goreng memang sukar untuk ditolak.  Kalau yang biasa-biasa tu memang banyak dijual tapi kita mencari yang lain sikit bila ada peluang.  Cuba melupakan jenama-jenama popular, kita cari jenama anak tempatan,  mana tahu suatu hari nanti jadi pilihan pula kan.

ayam goreng sedap, port makan viral, port makan taiping, tahun melawat Perak 2024

Stall macam ni ja tapi meriah sebab dikelilingi dengan banyak stall lain. Area ni dikenali sebagai 'Lake View Heritage Foodcourt'. Bertentangan dengan tasik.  Korang memang akan lalu area ni kalau nak ke pekan Taiping dari zoo. Meriah dengan lampu.


ayam goreng sedap, port makan viral, port makan taiping, tahun melawat Perak 2024

Packaging dia cantik. Meriah !! 

Pilihan kami, 3 ketul ayam goreng beserta sos korean cheese.  Harga RM22.  Saiz ayam tak kecil tak besar, sederhana dan sesuai dengan harga.  Kami makan empat orang, jenuh juga nak habiskan.  Bila kena dengan sos ni memang sedap, siap bawa balik lagi sebab sosnya banyak.

Ada pelbagai pilihan juga, nak seketul, nak berketul-ketul, korang pilih sahaja.  Pertama kali cuba, kami tak beranilah nak beli banyak, tapi yang ni, confirm akan repeat lagi bila datang ke Taiping.


ayam goreng sedap, port makan viral, port makan taiping, tahun melawat Perak 2024

Saiz ayam dia macam ni. Adik tu bagitau kat en suami, saiz ni bukan saiz biasa, selalunya besar sikit. Oleh sebab saiz ayam lari sikit, kami dapat 1 ketul lagi ayam free. Wow!! Mana nak dapat.

ayam goreng sedap, port makan viral, port makan taiping, tahun melawat Perak 2024

Rasa ayam goreng Muiz Hot Chicken ni memang meresap sampai dalam isi ayamlah - komen en suami.  Bila en suami bagi komen macam ni memang rasanya menepati selera la maknanya. 

Tahniah anak-anak muda. Teruskan usaha korang, moga business korang berjaya ! Lepas ni kita cari port makan lain pulak untuk kita viralkan lagi.

Jom!!


 

12 Comments

  1. Wah bayam goreng besar sedikit! Harap ada jumpa di Melaka.

    ReplyDelete
  2. pernh mkn juga..wah kotak yg baru lebih cantik

    ReplyDelete
  3. wahhh mcm tu pon saiz kecil sikit ye? rezeki betul dpt free hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la tu...rupanya saiz dia memang standard besar sikit...berbaloi la kiranya

      Delete
  4. Pernah makan sebelum ni, rasa.. ok not bad.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni okaylah rasanya ayam dia moist moist gitu dan perapan dia memang terasa.

      Delete
  5. di seri kembangan ni tak jumpa area rumah LM ayam ni. beum try lagi

    ReplyDelete
  6. family ammi pun mmg dah lama bertukar ke Muiz ni. Dulu taktau pun wujud, tau bila pihak sekolah bagi setiap anak 2 ketul ayam muiz...barulah tau. dan sedap kan ayamnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, ayamnya sedap. Kami baru je berkenalan dengan ayam muiz ni.

      Delete