Reunion Dengan Bos Lama Di Richiamo Coffee Seberang Jaya.   Menghampiri penghujung 2023 lalu, kami bertukar bos pulak.  Bila bertukar pengurus ni, macam nak kena start mengajar daripada mula semula.  Memandangkan akak paling senior dalam team ni sejak diwujudkan, banyak proses kerja yang memang hujung jari sahaja.  Bila ada orang baru masuk, kenalah tunjukajar semula mana yang perlu.

Tapi tak kisah lah, selagi kita bekerja makan gaji, dari masa ke semasa memang akan bertukar-tukar bos.  Terima sebaiknya dan sentiasa berdoa yang datang sekurang-kurangnya memberi kebaikan kepada team kami. 

Selepas beberapa kali tertangguh, minggu sebelum minggu akhir 2023, dapat peluang keluar lunch dengan bos lama dan bos baru kami sekali.  HQ pun ada bagi sedikit insentif untuk kami, maka sebelum masing-masing sibuk menghabiskan cuti hujung tahun, kami habiskan dulu insentif yang HQ bagi. 


Makan Tengahari di Richiamo Coffee Seberang Jaya

Kali kedua singgah kat sini.  Sebelum ni hanya mengopi dan makan roti saja.  Kali ini kita cuba pula menu untuk lunch. Ada macam-macam menu kat sini, daripada set nasi dengan lauk pauk, western ataupun sandwich ringan.  Tapi yang pasti  korang kena cuba juga pelbagai jenis minuman yang ada kat sini. Akak memang suka hot chocolate kat sini, rasa dia melekat !


makan-makan dengan kawan, tempat makan menarik, hijrah, tempat makan seberang jaya, tempat makan pulau pinang

Set nasi putih dengan patin tempoyak.  Nampak kuahnya pekat.  Set ni kami bagi orang Pahang sendiri cuba, kalau dia kata okay, bolehlah nanti cuba pula.  Set ni disertai dengan ulaman, sambal belacan  dan ikan kering. 

makan-makan dengan kawan, tempat makan menarik, hijrah, tempat makan seberang jaya, tempat makan pulau pinang

Kami cuba spaghetti oglio olio.  Sedap juga sebab ada rasa pedas.  Selera orang Melayu kan.  Sepinggan ni puas juga nak menghabiskannya.

makan-makan dengan kawan, tempat makan menarik, hijrah, tempat makan seberang jaya, tempat makan pulau pinang

Hot Chocolate...hmmmm....memang sedap, tak manis tak kelat, kena dengan rasa akak.  

makan-makan dengan kawan, tempat makan menarik, hijrah, tempat makan seberang jaya, tempat makan pulau pinang

Team kami semuanya gegirl. Dah hampir 10 tahun dengan mereka ni kecuali bos. Sedikit sebanyak dah faham sangat perangai masing-masing.  Bila bersara nanti mesti rindu  masa-masa macam ni. Bersara?....hahahaha..belum lagi.


makan-makan dengan kawan, tempat makan menarik, hijrah, tempat makan seberang jaya, tempat makan pulau pinang

Last foto dngan bos lama .  Selamat berhijrah ke tempat baru. Walaupun berlainan pengurusan, tetap berjumpa juga bila ada kesempatan sebab kami masih berada di lokasi yang sama.

Next...cerita apa pula?



2 Comments