Penyejuk tekak dengan agar-agar kelapa muda.  Siapa aja yang tak suka dengan kelapa muda, tambah-tambah air kelapa muda.  Seingat akak, semasa covid melanda dulu, kelapa muda ni menjadi rebutan di mana-mana.  Rezeki kami, seawal pindah di sini, en suami menanam sebatang pokok kelapa di tepi rumah.  Sekarang ni, kalau terasa nak minum air kelapa, petik saja di pokok. Tapi ada masanya tak ada buah juga.


Agar- agar Kelapa Muda

Isi kelapa muda dan air kelapa muda ni, kalau rajin macam-macam boleh buat.  Kalau isinya baru menjadi, sesuai dibuat  jelly dan agar-agar selain daripada masukkan dalam gelas minuman bersama airnya.

Pernah buat aiskrim malaysia air kelapa sebelum ni. Entry nya di SINI  . Puashati dapat makan masa cuaca panas.  Senang pun senang sangat nak buat.  Selain tu, bagi isi yang dah agak keras, boleh diparut dan masak dengan gula melaka jadikan inti kuih.  Antaranya inti kuih koci, ketayap, kuih bom dan juga inti roti.  Kali ni cuba pula buat agar-agar kelapa muda.


Resipi Agar-agar Kelapa Muda

1 biji Buah Kelapa Muda Segar (ikutlah berapa banyak korang nak guna)
100-150 g Gula Halus - boleh tambah atau kurang ikut kemanisan masing-masing
10 g Serbuk Agar-agar
Air kelapa muda - akak guna sepenuhnya air kelapa muda
2 helai Daun Pandan

Caranya:

Masukkan air kelapa dalam periuk, bila mendidih, masukkan serbuk agar-agar. Terus kacau, masukkan gula sedikit-sedikit. Jangan lupa masukkan daun pandan untuk dapatkan rasa dan aroma yang lebih wangi.

Tutup api dan ketepikan sekejap.  Isi kelapa tadi korang hiris-hiriskan dan masukkan dalam bekas.  Boleh guna cawan ataupun bekas agar-agar yang sesuai. Akak gunakan cawan-cawan kecil bagi senang nak makan nanti.  Masukkan hirisan kelapa dalam cawan-cawan tadi.  Selepas itu, bolehlah sendukkan bancuhan agar-agar tadi ke dalam setiap bekas.


kuih  buat sendiri, resipi mudah, hasil kelapa, perlu masa cuaca panas

Inilah hasilnya.  Biarkan dia suam-suam dahulu sebelum masukkan dalam peti sejuk.


kuih  buat sendiri, resipi mudah, hasil kelapa, perlu masa cuaca panas

Bila dah sejuk, bolehlah korang makan sambil tengok tv.  Memang syok dapat makan benda-benda sejuk bila cuaca panas.  Lepas ni kena pastikan stok serbuk agar-agar sentiasa ada kat rumah.  

Jom cuba !


10 Comments

  1. ni baru puas makan. meriah isi kelapa

    ReplyDelete
  2. sedapnya...siap letak dalam cawan cantik pulak tu...senang, terus hidang je nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...ada cawan-cawan comel, gunakan je la. Nak makan pun senang.

      Delete
  3. Adudu sedapnya! Nak² sekarang cuaca panas bedenting...nyaman sungguh dapat makan jeli kelapa ni 😋

    ReplyDelete
  4. wahhhh meriahhhhh isi boleh letak suka hati bila buat sendiri hehehe

    ReplyDelete
  5. arwah mama dulu kalau tau anak ammi nak balik mesti dah siap dah dadih kelapa ni dalam fridge.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila rajin memang buat ginilah. Sejuk-sejuk masuk tekak.

      Delete