Majlis Persandingan Di Balai Adat Perkampungan Hang Tuah.  Cerita lontar belakang.  Majlis ni berlangsung betul-betul dua hari sebelum berakhirnya tahun 2023 yang lalu.  Majlis pernikahan dan persandingan dua orang anak saudara akak sekaligus. Kak Ngah kata anak last, buatlah lokasi istimewa sikit.  Maka berlangsunglah majlisnya di Balai Adat Perkampungan Hang Tuah, Duyong, Melaka.  Seriously, walaupun orang Melaka, akak tak tahu ada lokasi cantik ni untuk majlis kenduri kendara.  


Perkampungan Hang Tuah

Serba sedikit latar belakang Perkampungan Hang Tuah ini untuk bacaan korang.  Nanti bila-bila balik Melaka nak kena juga singgah melawat ke sini. Di sini juga terletaknya Perigi Hang Tuah.  Pertama kali singgah dulu masa anak-anak ni kecil lagi.  Kali ni tak sempat melawat mana-mana pun sebab sibuk dengan majlis.

 Perkampungan Pahlawan Laksamana Hang Tuah, pahlawan terbilang Melaka dibina oleh kerajaan negeri di Kampung Duyong kerana kampung ini dikatakan adalah kampung asal Hang Tuah. Ini juga ada disebut di dalam Lagenda Sungai Duyong. 

Di sini terdapat  Kompleks Hang Tuah Centre yang terdiri daripada 5 buah rumah bersaudara iaitu Rumah Hang Tuah (Pejabat Pentadbiran Hang Tuah Centre), Rumah Hang Jebat (Pameran Keris), Rumah Hang Kasturi (Pameran Busana Tradisional), Rumah Hang Lekir (Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Melaka) dan juga Rumah Hang Lekiu (Akademi Perantara) beserta gelanggang silat di setiap rumah lima pahlawan.

Selain itu ada gerai-gerai jualan kraftangan dan gerai-gerai jualan makanan.  Waktu kami ke sini, ada kawasan yang ditutup untuk pembaikan.  Iyelah dah lama juga perkampungan ni dibina, jadi sedikit sebanyak memang mperlu untuk baik pulih.


Balai Adat Perkampungan Hang Tuah

Terdapat sebuah rumah Melaka yang dikenali sebagai Balai Adat. Reka bentuk rumah ini agak luas juga dengana adanya sebuah dewan atau balai yang luas yang selesa untuk diadakan majlis makan-makan.  Di sini, tetamu perlu duduk bersimpuh. Tiada set-set kerusi ataupun sofa, disediakan meja-meja kecil sahaja.

tempat menarik, tahun melawat melaka, jalan-jalan, bandaraya, cuti sekolah, majlis perkahwinan

Balai Adat ni ada juga ruang laman di kiri kanan. Boleh letak khemah. Ada iras bangunan istana Melaka di Bandar Hilir tapi yang ni kecil sedikitlah.

Ada juga beberapa bilik kecil yang boleh digunakan sebagai tempat persalinan atau rehat bagi mereka yang menyewa tempat ini untuk majlis.  Pada akak memang selesa untuk majlis-majlis kecil tapi kena bertahanlah duduk bersimpuh persis orang-orang dahulu.


tempat menarik, tahun melawat melaka, jalan-jalan, bandaraya, cuti sekolah, majlis perkahwinan

Trafe mark orang Melaka, tangga rumah mesti tangga batu macam ni.  Teringin nak buat satu di rumah tapi rumah kami tak ada area untuk buat tangga.


tempat menarik, tahun melawat melaka, jalan-jalan, bandaraya, cuti sekolah, majlis perkahwinan

Bahagian dalamnya yang luas umpama sebuah dewan besar.  Hiasan yang simple di bahagian pelamin sahaja dan kawasan lain  diletakkan meja-meja kecil. 

tempat menarik, tahun melawat melaka, jalan-jalan, bandaraya, cuti sekolah, majlis perkahwinan

Ada dua pasangan pengantin pada majlis ni.  Kiri dan kanan pelamin disediakan tempat makan pengantin.  Pengantin pun kena duduk bersimpuh persis orang-orang dulu-dulu makan beradap.



tempat menarik, tahun melawat melaka, jalan-jalan, bandaraya, cuti sekolah, majlis perkahwinan

Kami pun ambil peluanglah ootd di dalam ni.  Binaan dan reka bentuk rumah Melayu Melaka memang sangat cantik.  Tak tahulah apa yang diintai anak dara ni?


tempat menarik, tahun melawat melaka, jalan-jalan, bandaraya, cuti sekolah, majlis perkahwinan

Dari luar intai ke dalam. Selepas majlis nikah, masing-masing sibuk bersiap untuk persandingan, ambil peluang ambil gambar sementara balai belum dipenuhi semula dengan keluarga kedua-dua belah pihak.

tempat menarik, tahun melawat melaka, jalan-jalan, bandaraya, cuti sekolah, majlis perkahwinan

Pelamin yang simple tapi cantik dan elegent.  Silapnya lampu kuning tu sepatutnya berada di tengah, barulah balance.  Nak kongsikan gambar pengantin tak ada kebenaran pula, so kita share gambar pelamin sahaja.

Selesai majlis yang meriah, lega dah kak ngah bila semua anak-anak dah berkeluarga.  Moga kekal hingga ke jannah.


tempat menarik, tahun melawat melaka, jalan-jalan, bandaraya, cuti sekolah, majlis perkahwinan

Masa nak keluar dari kawasan ni, ternampak pulaklah si kereta lembu.  gagah perkasa  sungguh dua-dua ekor lembu tu.  Dapatlah bergambar sekejap.  Teringat lagu kereta lembu yang menjadi nyanyian kami semasa kecil dahulu.

Kereta lembu dari Melaka
Ditarik pula oleh lembu perkasa

Kereta lembu rodanya dua
Jalannya tak laju sejam sebatu

Mari oh mari, kita naik beramai-ramai
Pergi bertemasya mandi safar dipantai

Itulah dia pusaka datukku
Pastikan kujaga setiap waktu

Jumpa lagi nest entry...


4 Comments

  1. boleh sewa ya kat situ..ok lah, ada nilai2 klasik sikit kan...tempat pun lawa nk buat photoshoot pengantin..tak payah pergi jauh2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya boleh sewa untuk adakan kenduri atau majlis-majlis yang bersesuaian

      Delete
  2. waahhhhh klasiknya majlis ha cantikkkk !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah...rasa macam majlis di istana dulu-dulu

      Delete