Staycation Di Park Inn Radisson Putrajaya. Cerita lontar belakang. Dah lama tak bermalam di hotel. Dikwan kata dah lamanya tak mandi kolam. Bukan tak nak tapi tak ada kesempatan dan tujuan. Nak bercuti tak cukup ahli lagi. Memandangkan ada keperluan untuk ke UPM hujung bulan Julai yang lepas, akak pun ambillah kesempatan bermalam semalam di area berdekatan. Hari kerja memang tak susah nak cari penginapan. Survey punya survey, jumpalah Park In Radisson Putrajaya. Terletak bersebelahan dengan Uniten dan tidak jauh daripada UPM, anggaran 5-10 minit sahaja dengan kereta.
Park In Radisson Putrajaya
Hotel ni bukanlah bertaraf banyak bintang, mungkin 3 bintang aje tapi service nya agak tip top juga. Dari mula booking sampailah check out, smooth aje. Awalnya akak booking bilik standard saja, lepas check-in, masuk bilik, bilik tu agak bising dengan bunyi aircond yang agak kuat. Memang terganggu jugaklah nak berehat. Kami minta tukar bilik. Mujur hari bekerja, tak ramai orang, adalah bilik kosong yang lain.
Dapat pula free upgrade ke bilik yang lebih luas. Alhamdulillah, rezeki. Kali ni dapat bilik yang lebih selesa, tenang dan boleh berehat. Tujuan singgah di sini pun memang nak berehat sambil berjumpa dengan kakak yang sedang membuat kerja kursus d UPM masa tu. Sambil-sambil tu ambil kesempatan bermalam sebelum menghadiri kenduri anak saudara keesokan harinya.
Kolam mandi ni walaupun kecil tapi ada bahagian dewasa dan kanak-kanak. Mula-mula celup kaki lepas tu terjun juga la. Tak banyak gambar yang sesuai dikongsikan kat sini. Banyak gambar candid anak beranak je. So akak share je gambar-gambar daripada website hotel ini untuk perkongsian.
Biasanya kalau ke hotel, mesti seronok tengok menu breakfast. Menjadi kebiasaan kami juga, akan cari bilik dengan sarapan sekali. Mudah, makan puas-puas lepas tu boleh lah teruskan aktiviti lain. Kalau menu sarapan ada pelbagai, memang lamalah akak bertapa kat tempat makan selagi masih dalam masa yang dipilih.
Inilah bangunan Park Inn Radisson. Tiada masalah parking. Nak beli jajan atau barang keperluan peribadi pun tak susah sebab bertentangan dengan hotel ini ada pasaraya kecil. Kedai makan juga ada kalau korang malas nak makan di hotel atau keluar.
Inilah kolam hotel ini. Selesa lah untuk bersantai-santai waktu petang atau pagi.
Lokasi sarapan pagi. Ada lagi ruang makan di sebelah luar bagi yang lebih suka suasana luar.
Inilah bilik yang kami dapat. Selesa dan agak besar. Ada satu sofa 2 seater dan 1 one seater. Ada juga meja kerja yang simple. Plug untuk digunakan memang banyak dalam bilik ni.
**semua gambar ini diambil daripada website Park Inn Radisson Putrajaya, kecuali gambar pertama dalam entry ini adalah koleksi akak sendiri.
Harga semalam juga lebih kurang RM200++. Ada pilihan lain juga. Korang boleh dapatkan lebih info di laman sesawang hotel di
Park Inn Radisson Putrajaya
8 Comments
Wah cam menarik.. ok pasni bole masuk list hotel klu nak bermalam di Putrajaya.. tq sharing
ReplyDeleteokaylah untuk berehat-rehat jauh sikit dpd kotaraya
Deleteselesa sangat bilik tu. mmg best sesekali tidur kat hotel kan. hehhe. aura dia lain sgt.
ReplyDeleteBetul tu, kadang-kadang kena keluar daripada kebiasaan.
DeleteMcm hotel baru cantik jer.. Klau parking takde masalah baru la tenang nak rehat dlm bilik di siang hari.. Breasfat buffet yg best tu..
ReplyDeleteBetul...biasanya kalau ke mana-mana dengan keluarga dan menggunakan kereta sendiri memang lebih prefer yang mudah tempat parking.
DeleteMemang dekat je hotel ni dengan UPM tu. Tak pernah berkunjung ke hotel ni lagi.
ReplyDeleteokay juga hotel ni, senang akses . Nak masuk UPM pun senang.
Delete