Hobi Yang Memberi Pulanagn Lumayan.  Beberapa hari lepas, terbitlah memori post lama di FB.  Tiba-tiba jadi teruja untuk berkongsi dengan korang salah satu hobi akak yang suatu ketika dulu memberi pulangan lumayan juga iaitu menjahit manik di busana.  Akak bukanlah tukang jahit yang pro pun, terjerumus disebabkan minat.  Belajar melalui youtube. Pernah hadir dua kali kelas berguru lebih kepada nak jumpa kawan-kawan yang sealiran.
Setiap kali dapat tempahan memang teruja.  Akak pernah berkongsi kisah ni semasa mendapat kepercayaan daripada readers blog untuk memanikkan busana dinner beliau. Kisah 'lontar belakang' ni yer.

Terima Kasih Kerana Percaya Pada Saya


Terujanya akak bila mendapat tempahan beading daripada nun jauh dari Negeri Di Bawah Bayu. Tak sangka sungguh ada peminat akak di sana. Dapat sms daripada Ayu maklumkan nak hantar baju untuk dimanikkan.  Terkejut jugak akak bila dapat tahu penempahnya datang dari Tamparuli, Sabah.  Biasanya tempahan dari semenanjung sahaja.  Akak ni bukan la pro sangat bab-bab jahit manik ni sekadar mengrealisasikan minat dan melepaskan lelah bekerja di pejabat.

Ayu menghantar sehelai gauh labuh, cantik sungguh gaunnya berwarna merah hati kosong.  Akak diberi tanggungjawap mengubah gaun tu supaya nampak bling-blingnya sebab Ayu nak pakai untuk majlis makan malam.  Masa diberi 1 minggu. Bila dapat  baju tu macam-macam pattern yang bermain di fikiran tapi disebabkan masa yang diberi agak pendek untuk disiapkan maka kenalah pilih yg simple ajer.  Biar simple tapi  nampak grand di mata orang. 

Gaun merah hati memang naik serinya bila dikenakan dengan warna silver yang berkilat-kilat.  Akak gunakan  hanya  kristal, manik bulat, manik hex dan sebagainya yg berwarna silver sahaja.  Bila sesekali dapat tempahan lain dari yang biasa, memang bersemangat nak siapkan cepat sebab nak tengok hasilnya.

Tempoh seminggu memang agak pendek untuk siapkan sehelai gaun labuh. Oleh kerana penempahnya jauh, kena ambil kira juga masa pos dan terima.  Tambahan pula mencari masa nak pegang jarum dan manik.  Hasilnya, baju sampai pada Ayu ngam-ngam pagi sebelum baju tu nak dipakai malamnya. Uishhh..lega hati tak tahu nak habaqlah, sekurang-kurangnya penat-penat jahit tercapai jugak la hajat tuannya bergaya di majlis nanti.

Sehari selepas tu, terima sms daripada  Ayu....beliau menang Best Dress Of  The Night. Wow sangat ! Berbunga-bunga sekejap tukang jahitnya..hahahahha....untuk Ayu sekiranya terbaca blog ini...akak tumpang seronok dan berbanyak terima kasih di atas kepercayaan yang diberi.  Pesanan pada diri sendiri, jangan teruja sangat terima tempahan saat-saat akhir.


minat berhasil, memanik, beading, kisah lama, hasil kerjatangan, seni tangan, kraf tangan
Bahagian pinggang campuran batu kristal bujur dengan manik-manik bulat kecil.

minat berhasil, memanik, beading, kisah lama, hasil kerjatangan, seni tangan, kraf tangan
Gambar penuh bahagian pinggang baju. Bentuk daun-daun menjalar ke bawah dari atas. Kalau korang nak tahu, untuk bahagian ini sahaja tiga kali  tukar pattern, akhirnya yang ni baru nampak kelas sikit...hehe


minat berhasil, memanik, beading, kisah lama, hasil kerjatangan, seni tangan, kraf tangan

Bahagian bawah....gaun kembang terbahagi kepada 3 bahagian...kiri dan kanan akak buat pattern simple menggunakan batu kristal khas potongan tangan...kilat dia lain sikit dan bahagian tengahnya akak buat patten manjalara (idea daripada sifu noraini). Selalu buat kecil ja di hujung lengan tapi kali ni kena buat lebih panjang dan lebar supaya nampak tinggi sikit dan mengisi ruang kosong bahagian depan. Akak pun suka dengan hasil kerja di baju ni....ok la utk beaders sambilan cam akak nih....

Tak sempat nak ambil gambar keseluruhan baju ini sebab nak cepat mengejar masa.  Kalau korang tanya macamana dapat idea - hmmm susah nak jawap sebab ianya datang tiba-tiba.  Bila dapat baju, tengok kain, tengok perkakasan manik yang ada....ting....ting...dapat idea.  Biasanya akak akan tanya nak corak berat atau ringan. Ikut pilihan pelanggan.

Begitulah asalnya minat tapi memang memberi pulangan lumayan yer.  Hasil seni kerja tangan memang tinggi nilainya.  Hasilnya menarik bila korang buat dengan hati, kalau korang buat sebab terpaksa - memang jadi susah.

Tapi sekarang dah lama akak tinggalkan dunia beading ni.  Pengalaman berharga. Kalau korang nak tengok hasil kerjatangan akak yang lain, boleh cari dalam entry-entry awal akak berblog.





14 Comments

  1. salam, kakak, sy najihah, sy minat lah hasil kerja tgn akak ni... kalau nk wat ala2 mcm ni utk majlis pertunangan leh x?? kain pon plain jek ~ cne nk hubungi akak.... email sy: nuhanajihah@yahoo.com. tq akak

    ReplyDelete
  2. Jauh orang tempah suruh buat manik. Alhamdulillah tukang tempah itu berpuas hati dan menang lagi.

    ReplyDelete
  3. betul tu siapa yg pandai jahit manik mmg lumayan.. esp time nak raya.. buat simple pun dah boleh cas rm150

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Musim raya memang tak menang tangan.

      Delete
  4. Jika boleh saya bertanya, kenapa akak sudah berhenti jahit manik? Cantik hasil kerja tangan.
    Singgah balas, dan follow. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jahit manik ni asalnya suka-suka saja. Kekangan masa antara kerja dan family antara sbb akak berhenti memanik.

      Delete
  5. ya Allah..teringat jugak Linda pun pernah minat main manik zaman dulu2...tp biasa2 je lah...sekadar utk buat dekat baju sendri...nk upah org buat, masa tu xd duit..hahaha..makanya, kita beli manik..buat lah sendri

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila buat sendiri puashatikan...lepas tu mesti kata kat diri sendiri..eh eh..pandai juga aku nih kan...hehehe

      Delete
  6. Waaa cantik design2 semua tu.. Kala ada masa terluang rasa nya boleh terus kan kot boleh tambahkan pendapatan :D

    ReplyDelete