Sarapan Sate di Sate 7 Pagi. Amboi bukan main lagi pagi-pagi dah cari sate.  Sarapan sate di kedai Sate 7 Pagi.  Bukan selalu nak cuba kan!  Kedai makan ni terletak di Taman Sri Serdang, Seri Kembangan, Selangor.  Akak biasanya akan singgah kat sini sekiranya menghantar kak afiah pulang ke UPM.  Tempat paling hampir dengan pelbagai pilihan makanan memang memudahkan kami yang biasanya akan sampai awal.  Lokasinya mudah dicari. Selain daripada Sate 7 Pagi, korang juga ada pilihan kedai lain yang berdekatan.  Apa yang menarik di Sate 7 Pagi?

Kita layan gambar ....


sarapan pagi, makan berat, tempat makan viral

Sampai-sampai dah kena beratur panjang.  Suasana paginya memang macam ni agaknya hari-hari.  Kalau hujung minggu lagilah berbaris panjang seawal kedai dibuka.  Akak sampai lebih kurang jam 9 pagi. Dah panjang yer barisannya.  Meja makan tak boleh terus pilih, korang kena masuk barisan dahulu. Nanti ada pekerja kedai yang akan datang tanya korang datang berapa orang.  Lepas tu dia akan minta sorang beratur untuk order makanan dan yang lain akan diminta duduk di meja yang telah dipilih beliau mengikut jumlah anggota yang kita bawa.

sarapan pagi, makan berat, tempat makan viral

Senarai menu agak banyak juga la untuk pilihan sarapan pagi.  Kalau korang bercadang nak cari sarapan yang agak 'berat' sedikit, memang eloklah singgah di sini. Antara menu-menu popular yang akak tengok orang order ialah sate, lontong dan nasi arang.  Katanya makan sate waktu pagi ni biasa bagi orang-orang di Johor. Betul ke? Kalau korang peminat sate, memang terujalah rasa nak makan. Sambil berbaris boleh tengok orang bakar sate...hmmmm aromanya buat perut berbunyi-bunyi.  


sarapan pagi, makan berat, tempat makan viral

Walaupun berbaris panjang, prosesnya agak cepat jugaklah.  Tak terlalu lama menunggu untuk  order makanan sambil-sambil cuci mata pilih kuih. Eh...gambar ni dah tak tersusun dah pulak...hmmmm...

sarapan pagi, makan berat, tempat makan viral

Disediakan juga tempat ootd kalau korang berminat sambil tunggu makanan sampai.  

sarapan pagi, makan berat, tempat makan viral

Selain pilihan makanan tadi, ada juga dijual kuih muih tradisional Melayu secara pack.  Huishhh...memang rambang mata tengok kuih-kuih lama yang disusun atas meja sambil-sambil berbaris ke kaunter bayaran.  Kuih bakar, serimuka, kuih koci, talam, karipap, ketayap, kuih cara...dan macam-macam lagi.  Kalau korang peminat kuih tradisional, memang korang kena pilih dan cuba.

Konsep di sini, lepas order dan bayar, korang akan dapat nombor giliran.  Sambil tunggu nombor giliran korang dipanggil, bolehlah bersembang sambil tengok pekerja-pekerja kedai menyediakan makanan.   Konsep dapur terbuka, korang nampak je apa yang mereka buat.  Kalau mereka bertelagah tersilap sediakan order pun korang boleh nampak tau....so pada pekedai-pekedai yang menggunakan konsep penyediaan makanan atau dapur terbuka macam ni, kenalah selalu berpesan pada pekerja-pekerja korang.  

sarapan pagi, makan berat, tempat makan viral

Dua menu yang menjadi pilihan kami pagi tu adalah soto dan lontong kering untuk suami, akak dan Afiah. Manakala nasi lemak untuk Dikwan.  Semangkuk soto tu boleh makan berdua sebab potongan nasinya besar yer.

sarapan pagi, makan berat, tempat makan viral

Lontong kering ni pula sedap juga.  Tapi akak lebih suka makan lontong kuah lemak sambal tumis atas.  


Begitulah serba sedikit perkongsian akak untuk kedai ni.  Harga makanan? Bolehlah, tidak terlalu makan dan tidaklah juga murah..yang sedang-sedang saja.  Hidangannya bagi akak sepinggan boleh kongsi berdua.  Jadi bolehlah korang merasa lebih jenis makanan bila berkongsi, tak gitu?

Kalau korang nak mencuba, boleh lah follow lokasi ni. tak cuba tak tahu kan?

4 Comments

  1. Assalamualaikum. Meriah harga menu2nya tapi orang ramai juga ya. Hebat kedai ni punya tarikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, kalau singgah tak pernahnya tak ramai. Service cepat, menu portion taklah kedekut sangat....sebab tu orang ramai agaknya.

      Delete