Krim Pelembap Water Based Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream.   Hai…dah lama tak bercerita tentang produk kecantikan untuk wajah agar nampak segar dan glowing.  Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream – produk kecantikan Korea yang baru diperkenalkan kepada akak.  Produk yang semakin ramai peminat ni, adalah antara produk yang korang boleh cuba.  

kecantikan, pembersihan muka, peminat korea,ciri-ciri pilih pembersih muka

kecantikan, pembersihan muka, peminat korea,ciri-ciri pilih pembersih muka

 Antara ciri-ciri produk pelembap muka yang akak suka ialah ringan dan tidak mudah melekit pada masa yang sama menjadikan kulit wajah lembap.  Ciri-ciri ini ada pada moisturizer water based Aqua Whitening Cream ini.  Oleh itu, bila kawan minta cuba, akak pun tak teragak-agak terima, tambahan pula ianya sesuai dengan dengan semua jenis kulit.

Aqua Whitening Cream

Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ini adalah merupakan moisturizer water based terbaik di mana selepas disapu dan digosok di permukaan kulit muka, ianya akan mengeluarkan titisan air bagi menampakkan kulit wajah yang lebih lembap. Ia juga boleh mengurangkan kesan `sunburn’, mengawal kulit berminyak dan yang best lagi kulit muka nampak glowing serta lembap sepanjang masa.

Tekstur pelembap muka ini adalah pekat, ringan serta tidak berminyak. Bila apply di wajah, ia senang meresap jauh ke dalam liang pori. Sangat selesa selepas digunakan.

kecantikan, pembersihan muka, peminat korea,ciri-ciri pilih pembersih muka

  
kecantikan, pembersihan muka, peminat korea,ciri-ciri pilih pembersih muka
Permukaan kulit pada awal sapuan krim.


kecantikan, pembersihan muka, peminat korea,ciri-ciri pilih pembersih muka
Selepas beberap minit, timbul bintik-bintik titis air.

Kandungan Aqua Whitening Cream

Kandungan utama moisturizer water based  Aqua Whitening Cream terdiri daripada Camellia Japonica Seed Oil – non comedogenic, tidak menutup pori kulit dan tidak menyebabkan jerawat. Ia mengekalkan kelembapan sehingga ke dalam lapisan kulit.

Moisturizer water based Aqua Whitening Cream ini juga mengandungi Niacinamide – dikenali dengan vitamin B3.  Memberikan kesan tona kulit cerah, megawal minyak, bersih dan anjal.

Antara Fungsi Aqua Whitening Cream moisturizer terbaik ini :

a) Lembapan dari titisan air ‘Water Drop Based Cream’ – jarang sekali kita jumpa pelembap water drop based ini. Aqua Whitening Cream mempunyai kesan penghidratan (moisturizing) yang sangat baik bilamana water drop based berfungsi untuk memberi kelembapan pada kulit wajah. Ia tidak menjadikan kulit wajah melekit dan bila titis-titis air muncul, korang boleh mulakan urutan di wajah. Hasilnya ia memberi kesan kelembapan yang berpanjangan. Kulit juga rasa sejuk dan nyaman.

b) Kulit akan lebih sejuk lepas sapu moisturizer terbaik ini dan auto berubah menjadi titisan air lepas sapu pada kulit.

c) Aqua Whitening Cream ini juga kaya dengan ekstrak herba – yang berfungsi untuk meningkatkan penembusan jauh je dalam kulit.  Secara tidak langsung ia juga boleh memperbaiki kulit kemerahan, jeragat dan juga sunburn.

d) Fungsi lainnya juga untuk mencerahkan dan menghidratkan kulit wajah. Kalau kulit lesu lepas pakai ke kulit wajah, auto jadi rasa segar dan glowing.  Tambahan pula, kandungan Niacinamide dalam krim ini berfungsi untuk memutihkan dan membaiki tona kulit yang tidak sekata.


Kelebihan Menggunakan Aqua Whitening Cream

Pelembap muka yang sesuai digunakan untuk semua jenis kulit

Mencerahkan tona kulit tak sekata

Merawat kulit kering dan rosak akibat sunburn

Membantu mengawal kulit berminyak

Mudah dan cepat menyerap ke dalam kulit

Tidak melekit walaupun berpeluh ketika cuaca panas

Paling best sekali bila tengok titik-titik air yang tebentuk selepas sapuan krim ke atas permukaan kulit. Yang dah guna mesti tau rasa terujanya. Bila titisan air terbentuk, kita sapu ke atas permukaan kulit, auto rasa kulit lembap.


Cara Pakai Moisturizer Water Based Aqua Whitening Cream

Sebaiknya cuci muka dahulu sebelum menggunakan Aqua Whitening Cream ini. Selebihnya, korang boleh ikut langkah-langkah di bawah:

Calitkan sedikit aqua whitening cream pada kulit muka

Sapu rata ke seluruh permukaan wajah

Urut perlahan-lahan

Biar sebentar, akan kelihatan titisan air keluar melembapkan dan membasahi permukaan kulit

Lepas tu korang tepuk-tepuk manja titisan  air tersebut bagi meresap sepenuhnya ke dalam kulit


kecantikan, pembersihan muka, peminat korea,ciri-ciri pilih pembersih muka
Kulit wajah nampak segar dan licin.

Kebiasaannya akak guna sebelum tidur.  Muka rasa lembap dan segar saja.  Bila bangun pagi terasa kelembapannya. Korang patut cuba produk ni.  Mungkin sesuai untuk korang. Manalah tahu kan bolehlah rasa macam kulit wajah orang Korea.


Boleh dapatkan maklumat lanjut di sini:

Brand : Hansaegee Nature

Website : www.hansaegee.com/shop

Instagram: https://www.instagram.com/hansaegeenature

Facebook : https://www.facebook.com/HansaegeeNature

Youtube : https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia

kecantikan, pembersihan muka, peminat korea,ciri-ciri pilih pembersih muka


0 Comments