Jalan-jalan Cari Makan Di Cafe 73 Balik Pulau, Pulau Pinang
Jalan-jalan Cari Makan Di Cafe 73 Balik Pulau. Bila hari cuti mulalah plan nak buat macam-macam. Tapi dengan cuaca panas, rasa macam nak stay dalam bilik, buka aircond, layan movie. Bila tengok peti ais dah tiada stok lauk mentah maka en suami mencadangkan jomlah kita keluar cari bekalan.
Memandangkan hari cuti, kami plan nak pergi cari di lokasi jauh sikit, lokasi tempat nelayan naik bot untung-untung dapat ikan fresh. Maka lokasi pilihan adalah Pasar Awam Pulau Betong, Balik Pulau.
Kalau tiada kesesakan lalulintas, kurang sejam kami sampai tempat dituju. Malangnya, tiada bot yang naik, kalau rajin bolen tunggu. Kami ambil keputusan, beli sahaja apa yang ada sebab perut dah mula bernyanyi riang minta dìisi. Lepas dapat beberapa jenis ikan, kami ronda pula cari kedai makan. Asalnya pilih kedai lauk campur tapi kedai tutup. Rezeki singgah di Cafe 73.
Cafe 73 Balik Pulau
Kalau korang nak tahu di Balik Pulau ni tak susah nak cari kedai makan. Ada banyak kedai makan di kiri kanan jalan, pilih sahaja mana yang sesuai. Kami singgah di Cafe 73, nampak macam selesa dan ada tempat parking disediakan.
Di sini ada beberapa menu iaitu nasi ayam, bihun sup, kuew teow sup dengan pilihan biasa dan special. Ada pelbagai jenis minuman. Oleh kerana Balik Pulau antara lokasi yang terkenal dengan laksanya maka akak dan en suami memilih untuk makan laksa manakala anak-anak memilih nasi ayam.
Kami juga order 2 mangkuk ABC. ABC ni takdelah banyak sangat campuran. Ada sedikit jagung, kacang tanah, kacang merah, jeli dan satu scoop ice cream. Yang menariknya, campurannya tidak terlalu manis menjadikan ABC ni kena dengan selera kami.
Secara keseluruhanya, kami berpuashati dengan hidangan makanan di sini. Servicepun cepat, mungkin juga sebab tak ramai orang. Di sini juga ada galeri persendirian, mungkin koleksi persendirian tuanpunya cafe. Akak nampak ada motor besar dan beberapa barang lain berkaitan dengan motosikal dan kereta. Tak sempat nak ronda keliling dengan cuaca panas. Nampaknya macam nak kena singgah lagi nanti.
Selesai makan, jomlah bergerak pulang, hari pun dah mula mendung. Kalau korang nak cuba makan di sini, akak kongsikan lokasi.
2 Comments
waahhh harga dia mcm berbaloi dgn portion makanan dia :)
ReplyDeletebetul, portion dia boleh share.
Delete