Kisah Air Milo Di Bulan Ramadan.  Diam tak diam dah masuk bulan Ramadan. Lepas tu muncul pula Syawal. Cepat sungguh masa berlalu.  Tak lama lagi masuk April, boleh kira berapa sahaja entry yang akak dah up kan. Teruk betullah kan!  Tak tahu apa yang disibukkan tapi memang selalu mood ke laut bila nak bercerita di sini. Hari ni kita cerita tentang air milo di bulan Ramadan.

Awal pagi tadi selepas selesai solat subuh, tangan ni macam biasa mulalah mengulit sebentar media sosial sementara menunggu masuk waktu kerja.  Biasanya pagi Jumaat meriah sedikit group-group wasap bercerita.  Terpandang wasap dalam group keluarga kami, si abang post gambar secawan milo selepas bersahur.  Beza waktu antara Malaysia dan India lebih kurang 2.5 jam.  India baru mula berpuasa hari ini.

Air milo memang jadi satu kemestian dalam keluarga kami setiap kali bersahur.  Lepas makan mesti pekena secawan air milo suam sebelum segelas air masak. Dari akak kecil sampai ke anak-anak, takde air milo macam tak complete bersahur.  En suami pun dah terikut-ikut, padahal kalau hari-hari biasa , en suami bukannya minum sangat air milo.


kisah ramadan, kisah keluarga kami, milo

Saja bercerita.  Begitu kisah secawan milo dalam keluarga kami.

Hmmm...tahun keempat abang Irfan berpuasa di rantauan. In syaAllah setahun lagi.   Bila anak makin dewasa, ibu ayah menginjak usia tua....moga terus diberi kesihatan buat kami bersama anak-anak ini.

2 Comments

  1. Semoga Allah beri kekuatan dan kesihatan buat puan sekeluarga. Aaminn.

    ReplyDelete