Mesti Rasa Nak Menangis Bila Tengok Drama Rindu Kasih.  Assalamualaikum semua ! Lama dah tak cerita tentang drama yang akak follow.  Rindu Kasih, drama yang baru akak ikuti dah nak masuk episod 12 dah pun tinggal beberapa episod saja lagi sebelum berakhir. Menarik dengan lakonan yang mantap daripada pelakon.  

Drama menarik, keluarga, panduan, isu keluarga, disney hotstar, astro

Sinopsis Drama

Selepas ditinggalkan Shida, kehidupan Khalid menjadi tidak keruan bersama anak mereka, Salina yang berusia beberapa bulan. Untuk menyara anak kecilnya, Khalid terpaksa bekerja.

Khalid membesarkan Salina seorang diri dan merahsiakan tentang Shida, yang telah ditahan polis kerana menjual dadah.

Zamani meminta Amir memanggil Khalid dan Salina untuk bertemu dengannya di mana Zamani membuat permintaan terakhir kepada Halijah untuk mengahwinkan Amir dengan Salina.

Amir akur menikahi Salina kerana amanah ayahnya, walaupun tanpa restu si ibu. Apakah suratan yang akan tertulis buat Salina dan Amir?


Rindu Kasih

Episod: 15

Tarikh Tayangan: 16 November 2022

Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam

Rangkaian: Samarinda TV3 / Disney+ Hotstar

Penulis Skrip: K. Adlie & Shaza Talib

Pengarah: Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya)

Produksi: P&D Pictures Sdn Bhd


Watak Pelakon

Izzue Islam sebagai Amir

Ummi Nazeera sebagai Salina

Nafiz Muaz sebagai Hisham

Amyza Aznan sebagai Shida

Arash Mohd sebagai Khalid

Shazia Rozaini sebagai Huda

Fazlina Ahmad Daud sebagai Halijah

Ezzaty Abdullah sebagai Murni


Kenapa Korang Kena Tonton?

Drama ni pada akak perlu korang tonton sebab isu yangdipaparkan memang banyak berlaku dalam masyarat kita.  Dendam, benci, yang memang tak pernah padam dalam diri manusia. Biasanya yang menjadi mangsa adalah anak-anak. 

Umie Nazirah memang best bawa wataknya. Begitu juga dengan Fazlina Ahmad Daud yang membawa watak ibu mertua yang membenci menantunya disebabkan dendam lama. Sampaikan kita yang tengok pun rasa sangat benci dan geram.

Akak memang tak suka sangat follow drama yang banyak episodnya. Lambat nak tunggu habis.  Drama ni 15 episod, okay lah.  

Kalau korang tak sempat nak follow waktu siarannya. Boleh je tengok melalui Disney Hotstar. Sekarang ni kan pelanggan Astro boleh dapat Disney Hotstar ni free. Eh! Bukan promote yer....sekadar memberitahu kalau korang tak tahu.

6 Comments

  1. Kak Sue tak layan pun drama nie, nanti boleh lah try tengok.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba lah tengok. Memang pelakon menghayati watak..bukan pelakon biasyer-biasyer.

      Delete
  2. tengok ramai yg review kat blog memasing, kat tiktok..tapi ammi tak sempat nak tengok pun. nantilah cari kat android box kalau ada...kita marathon satu kali

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah tinggal 2 episod ja. Nanti silalah marathon.

      Delete
  3. waktu hari bekerja memang tak sempat nk tgk tv.. lama tak tgk lakonan umi nazeera

    ReplyDelete