Bila Anak Jauh Di Mata Sentiasa Di Hati
Bila Anak Jauh Di Mata Sentiasa Di Hati. Hampir 4 tahun berlalu dah anak akak yang sulung menyambung pengajian di luar negara. Baru dua kali berpeluang balik Malaysia, yang pertama ketika awal covid melanda dunia dan tahun ini semasa meraikan Aidil Fitri. Siapa kata tak ingat pada anak, jauh di mata sentiasa di hati.
Diam tak diam tinggal lagi lebih kurang 2 tahun sebelum anak menamatkan pengajian beliau. Moga dipermudahkan urusan abang dan kawan-kawan dapat menghabiskan pengajian mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
Anak akak sekarang berada di tahun 4 pengajian perubatan di India. Memang cita-citanya nak jadi doktor dan belajar luar negara. Bagi akak dan en hubby, kalau kau nak, kau usahalah. Kami support setiap usaha yang dibuat. Sama sahaja untuk adik-adik juga.
Seronok tengok macam-macam aktiviti yang diadakan di sana. Penglibatan daripada pelajar tahun pertama hingga tahun akhir sangat memberangsangkan. Ye lah, cara mana lagi nak hilangkan rindu pada keluarga di Malaysia. Bila beraktiviti sedikit sebanyak masa luang terisi juga.
Anak-anak ini belajar di bawah program Pesisir Universiti Sains Malaysia. Walaupun lokasinya di India tapi rata-rata pelajarnya adalah anak-anak dari Malaysia. Adalah juga daripada anak-anak tempatan. Kesemua mereka belajar dalam bidang perubatan. Korang boleh cari di program Pengajian USM.
Tak Risaukah Anak Belajar Jauh?
Jangan ada rasa negatif dalam diri terutama mak ayah bila anak nak merantau. Jauh atau dekat bukan ukurannya, yang penting keinginan dan keazaman untuk berjaya. Siapa yang tak risau? Tapi kerisauan yang berpada-pada. Akak selalu ingatkan diri akak, anak bukan seorang di sana, ada ramai rakan taulan yang sama-sam menuntut ilmu.
Memang tak disangkal, bila berjauhan daripada keluarga, hubungan anak dan kawan-kawan sangat akrab, macam adik beradik. Biar mereka belajar berdikari.
Macamana Nak Dapat Peluang Belajar Keluar Negara ?
Bagi melayakkan atau punyai peluang yang lebih cerah, pastikan anak-anak tahu syarat minima untuk membolehkan anak-anak memohon belajar ke luar negara. Tapi sekarang anak-anak memang cerdik-cerdik, syarat minima sebagai panduan sahaja, kena pulun untuk dapat yang paling maksima.
Pilih tempat pengajian yang diiktiraf MQA (Malaysian Qualification Agency). Ini penting yer, kalau tak diiktiraf susah nanti nak dapatkan pekerjaan.
Kos yuran pengajian juga penting sebelum memilih untuk melanjutkan pengajian ke luar negara. Sebaiknya dapatkan penaja. Untuk dapatkan penaja pastikan anak-anak dapat keputusan cemerlang dan aktif ketika di sekolah.
Apapun berbalik juga pada rezeki masing-masing. Usaha dan doa kena seiring.
Bila tengok orang share pasal anak-anak sambung belajar, terus nak tulis kat sini.
8 Comments
zaman sekarang untunglah boleh share segala mende guna whatsapp, guna FB..
ReplyDeleteteringat masa abg2 sedara belajar medic di India back in 80s and 90s. Aunty ammi siap nangis2 rindukan anak sbb anak tak balas pun surat yg dia hantar haha.
ye...dulu2 mak boleh nangis bucu katil tunggu khabar berita daripada anak-anak. Alhamdulillah sekarang dah mudah.
Deletejauh di mata dekat di hati, nsib sekarang rindu boleh buat vc kan kak
ReplyDeleteBetul. Kalau dulu ibu ayah kita susah nak tahu perkembangan anak-anak diperantau. Hanya surat dan panggilan telefon jika ada yang boleh menghubungkan.
DeleteSemoga anak terus maju jaya
ReplyDeleteAnak bujang saya juga belajar jauh dan merantau ke Johor....semoga anak-anak berjaya capai cita-cita mereka
ReplyDeleteBila dah tua2 macam wak ni,terpaksa jua berpisah dengan anak2 sebab mereka dah ada kehidupan sendiri
ReplyDeletesemoga anak berjaya dan kembali ke malaysia.. siapa tak rindu anak kan
ReplyDelete