Korang Kena Cuba Buat Peria Katak Celup Tepung.  Pernah makan tak peria katak? Biasa jumpa yang saiz kecil-kecil tapi ada juga yang jenis panjang dan besar sedikit. Macamana dapat nama katak? Akak pun tak pasti tapi arwah mak kata bahagian luar peria tu macam kulit katak bahagian luar. Betul ke?

makanan sampingan, jajan, khasiat tumbuhan, celup tepung, cara kawal diabetes

Biasanya ramai tak suka sangat makan peria katak ni sebab rasanya agak sedikit pahit, termasuklah akak.  Tapi peria katak ni katanya banyak khasiat sampingan. Semalam en hubby teringin makan peria katak celup tepung.  Secara kebetulan memang ada stok dalam simpanan. Hasilnya terjadilah peria katak celup tepung.

makanan sampingan, jajan, khasiat tumbuhan, celup tepung, cara kawal diabetes


Bila dah rasa, sedaplah korang. Rasa pahit sikit-sikit tu abaikan je. krup krap boleh ratah gitu sahaja.  Kalau korang perasan kat kedai mamak selalu ada jual peria celup tepung, lebih kurang je rasanya.

Mesti korang nak resipinya kan?  Mudah je korang.

makanan sampingan, jajan, khasiat tumbuhan, celup tepung, cara kawal diabetes

makanan sampingan, jajan, khasiat tumbuhan, celup tepung, cara kawal diabetes

Peria katak tu cari yang saiz besar. Akak beli kat pasar malam je. Kemudian hiris nipis-nipis, jangan nipis sangat.

Bancuh Tepung Bestari Original dengan sedikit tepung jagung dan serbuk cili. Kalau korang guna Tepung Bestari yang pedas tu jangan campur serbuk cili dah. Akak suka guna yang original sebab rasa pedasnya kita boleh adjust. Bancuh dengan air, jangan terlalu pekat, jangan terlalu cair.

Panaskan minyak dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas sebelum menggoreng.  

Sekejap je nak sediakan ni. Boleh makan dengan nasi atau ratah begitu sahaja.. Makan panas-panas lagi sedap tau !

Peria Katak Penawar Penyakit

PERIA atau nama saintifiknya Momordica Charantia, sejenis sayuran pahit rasanya tetapi memiliki seribu satu khasiat kepada kesihatan manusia.

Dalam perubatan Ayurveda misalnya, masyarakat India menggunakan peria katak bagi merawat ekzema dan jangkitan kulit, manakala masyarakat Amerika pula memanfaatkan khasiat peria untuk mengubati malaria dan demam.

Bagi masyarakat Melayu, selain dijadikan ulam, peria katak umpamanya, berperanan sebagai jus minuman harian kerana dipercayai menjadi penawar diabetes.

Sebenarnya, sejak zaman purba, peria banyak digunakan bagi merawat asma, sembelit, malaria, demam, selesema, cacing, batu karang, buah pinggang, buasir dan kulit melecur lantas menunjukkan kebaikan tumbuhan ini untuk dijadikan makanan harian.


Bantu rawat diabetes

Penyelidik mendapati peria memberi kesan hipoglisemik dan bertindak menurunkan paras gula dalam darah.

Cara paling mudah membantu merawat diabetes adalah dengan mengambil jus peria setiap pagi.

Bagi mengurangkan rasa pahit, peria boleh dicampurkan dengan epal hijau dan oren.


Khasiat peria katak

1. Membantu menyerapkan bahan terkandung pada peria ke dalam hati dan otot seterusnya merangsang kandungan glikogen untuk tenaga.

2. Melewatkan pengosongan uncang perut, meningkatkan sel beta dalam pankreas dan seterusnya melambatkan kadar penyerapan glukosa.

3. Mengandungi phytoinsulin yang boleh menurunkan kadar gula dan mampu menangani masalah berat badan berlebihan.

4. Kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, magnesium, folat, zink dan kadar Vitamin dua kali ganda berbanding brokoli.

5. Ada sejenis multi vitamin semula jadi kerana sarat dengan nutrisi dan 20 bahan kimia aktif bertindak sebagai anti HIV, anti diabetes dan anti kanser.


Keburukan peria katak

1. Cara penyediaan penting. Perlu dimasak dengan betul bagi mengelak kandungan racun yang boleh menyebabkan kesan toksik seperti cirit-birit, hipoglisemia, muntah dan jika tidak dirawat mungkin menyebabkan maut.

2. Sesuai dimakan bagi mengawal masalah diabetes tetapi perlu direbus atau direndam dengan air garam terlebih dahulu.

3. Penghidap diabetes yang bergantung pada ubat perlu merujuk kepada doktor terlebih dahulu kerana dibimbangi mengalami masalah hipoglisemia. Ia tidak boleh dicampur dengan ubat moden.

*sumber :https://www.bharian.com.my/hujung-minggu/lain-lain/2018/08/463671/peria-katak-penawar-penyakit

7 Comments

  1. Kak Sue suka sangat peria nie tau. Nanti boleh lah cuba buat peria celuk tepung resepi Azirah nie..

    ReplyDelete
  2. saya tidak mampu makan apa jenis peria sekali pun....sebab pahit kot hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pahit sedikit. Ada orang rendam dengan air garam untuk hilangkan pahitnya.

      Delete
  3. Memang sedap.. Tapi Sha tak boleh makan banyak.. hehehe..

    ReplyDelete
  4. muhammad solehuddin2 December 2022 at 07:47

    nice info!! can't wait to your next post!
    visit mine: muhammad solehuddin https://uhamka.ac.id/

    ReplyDelete