Stressnya Hidup Satu Ketika Dulu.  Sedar tak sedar, 23 Mei yang lalu, usia perkahwinan kami dah mencecah angka 23 tahun. Alhamdulillah moga terus berpanjangan hingga ke akhir hayat kami.  Macam-macam suka duka, ujian yang dah kami lalui.  Kata orang bila dah menginjak 20 tahun, bolehlah dikategorikan sebagai fasa yang selesa, masing-masing dah faham perangai masing-masing. 

tangani stress, kehidupan, didik anak-anak, perkongsian tips

Semenjak anak-anak tak ada di rumah ni, bila cuti ambil masa buat 5's di rumah.  Buat sikit-sikit. Banyak juga barang-barang yang dah dibuang. Ada banyak lagi nak kena asingkan.  Bukan sahaja rumah nak kena 5's, chat dalam wasap dan email ni pun kena buat 5's juga. Sambil-sambil baca chat antara akak dan en suami yang masih akak simpan, Ya Allah rasa stressnya hidup masa anak-anak masih dalam fasa sekolah rendah dan menengah.  Sibuk seharian mencari duit, menguruskan persekolahan anak-anak, menguruskan makan pakai anak-anak.  

Sekarang ni masing-masing dah menginjak dewasa, meninggalkan alam persekolahan. Pertama dan kedua dah memasuki fasa tertiari, yang ketiga akan menyusul tahun hadapan, tinggallah si kecil peneman di rumah.  Panjang lagi masa nak habiskan persekolahan.  Memang sangat berbeza sekarang ni. Sekarang ni lebih tenang dan lebih teratur jadual harian.

Bagaimana Menangani Masa dengan Anak-anak dan Kerja Rumah

Akak bukan yang terbaik untuk memberi tunjuk ajar. Akak pun kadang-kadang tergelincir dalam menangani masa dengan anak-anak, tambahan lagi sebagai ibu bekerja, memang masa sangat terhad. Apa yang akak kongsikan di sini adalah berdasarkan pengalaman akak sendiri, yang baik korang boleh follow yang tidak sesuai abaikan saja.


Komunikasi Dengan Pasangan

Pada akak, komunikasi dengan pasangan sangat penting. Masa anak-anak kami membesar, akak dan suami sama-sama bekerja dalam bidang yang berbeza. Mujur masa kerja akak agak fix juga ikut office hour jadi bolehlah buat anggaran masa keluar rumah, balik rumah dan sebagainya.

Berbeza dengan en suami, walaupun bekerja 9-5 tapi ada masanya terpaksa lebih lama berada di pejabat sekiranya ada isu-isu penting yang perlu diselesaikan.  Masa inilah sebagai ibu kenalah ambil peranan sementara uruskan anak-anak.


Komunikasi Dengan Anak-anak

Selain daripada komunikasi dengan pasangan, komunikasi dengan anak-anak juga penting.  Anak-anak kena faham kenapa ada ketika kita kelam kabut mengejar masa, ada ketika kena skip waktu makan atau waktu rehat atas keperluan perkara lain.


Boleh Berdikari

Korang jangan tak tahu, akak ni tak pandai tau drive kereta manual.  Awal-awal lagi dah memang pesan kat en suami, kalau nak suruh akak drive kereta, kena pastikan kereta auto. Tahun pertama dan kedua perkahwinan, en suami yang kena pandu ke sana ke mari, kadang-kadang akak gunakan pengangkutan awam sahaja ke tempat kerja. 

Masuk tahun ke tiga baru boleh tukar kepada kereta auto, maka bermulalah episod pandu sendiri ke tempat kerja. Awalnya kekok juga sebab selepas lulus ujian memandu, amat jarang sekali akak pandu sendiri. Tapi gagahkan juga bila fikirkan anak-anak. Ya...anak-anak selalu jadi pemangkin ibu untuk tidak takut mencuba !

Sampai sekarang, tak jadi masalah kalau diminta memandu ke mana-mana. Alah bisa tegal biasa kata pepatah Melayu. Kerja pun jadi lebih mudah.


Uruskan Ikut Kepentingan

Buat apapun, fikirkan dulu mana yang penting. Pesanan pada diri sendiri. Bila ada anak-anak, keutamaan kami ialah asas pendidikan anak-anak.  Dari seawal 4 tahun kami dah bersedia dengan jadual anak-anak. 

Tambah 'pack' jadualnya bila anak-anak menginjak ke sekolah rendah.  Kadang-kadang tak sempat mandi pun lepas balik kerja terus uruskan kelas anak-anak, solat pun singgah di kedai makan saja.  

Walaupun ada terdengar komen-komen yang tak berapa sedap tapi kami buat tak tahu sahaja. Alhamdulillah hasilnya walaupun tidak hebat tapi kami sangat-sangat bersyukur. Sekurang-kurangnya bekalan inilah yang boleh anak-anak gunakan untuk masa hadapan mereka.  


Saling Bekerjasama

Antara akak dan en suami, kami ada kecekapan masing-masing.  Bahagian urus rumah biasanya akak akan buat. En suami selalu membantu bahagian dapur. Hahaha...en suami ku memang pandai memasak. Bagitahu sahaja menu apa yang nak, kalau ada kesempatan memang dia akan buat.

Urusan beli barang-barang dapur pun biasanya en suami yang akan buat dahulu.  Sampai sekarang pun biasanya  tugasan masak memasak ni en suami yang mendahului, akak follow ja.  Bila anak-anak dah fasa membesar, memang seronok masak-masak di rumah, semua suka makan.


Jangan Tinggal Solat dan Terus Berdoa pada Allah

Ini yang paling penting. Sibuk macamanapun jangan sesekali tinggal 5 waktu ni.  Tak susahpun.  Saling ingat mengingati untuk sama-sama berdoa supaya dipermudahkan urusan setiap hari dan di beri kesihatan baik. Seboleh mungkin cuba pastikan kita dan anak-anak mengaji sehari satu page Al-Quran.  Korang akan rasa tenang ja walaupun tengah serabut.

Rasanya setakat ini ja la kot yang akak boleh kongsikan.  Yang baik bolehlah korang follow, yang tak sesuai tu abaikan. Jadikan target setiap hari mesti ada satu kebaikan yang korang buat.


 

7 Comments

  1. a very nice sharing.. VM and husband pon tenga struggle, kerja, anak kecik lagi huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah ...asalkan ada kerjasama daripada semua pihak, semua perkara akan jadi lebih mudah.

      Delete
  2. Terima kasih kak atas perkongsian.. dah byak asam garam dalam perkahwinan... Sy baru setahun jagung.. Doakan semoga sy dapat menghadapi liku2 kehidupan rumahtangga dgn sabar.. Semoga akak sekeluarga diberikan kesihatan yang baik dan rezeki yg tak putus2.. Aamiinn

    ReplyDelete
    Replies
    1. pelan-pelan kayuh. Semoga dipermudahkan semua urusan kita.

      Delete
  3. Mugo kekal akhir hayat.. aminn

    ReplyDelete
  4. Good sharing Azirah.. lebih kurang ja umur perkahwinan kita. Sekarang nie kan, kadang-kadang kat rumah rasa sunyi bila anak-anak dah besar nie..

    ReplyDelete