Resipi Roti Telur Paling Mudah Untuk Bekalan Anak Ke Sekolah.  Godek-godek gambar dalam handphone, terjumpa gambar-gambar cara sediakan Roti Telur yang paling mudah. Kalau ada anak-anak yang dah mula rajin ke dapur nak cuba bantu ibu sediakan sarapan, boleh cuba resipi ini. 

menu anak-anak mudah, menu sarapan, bekal anak sekolah. makanan anak-anak suka

Roti Telur Untuk Bekalan Ke Sekolah

Bahan-bahan : (untuk  2 keping roti)

- 1 batang sosej
-  1/4 biji bawang holand / boleh juga guna bawang besar
- 1/4 biji tomato
- kalau nak rasa sedikit pedas, boleh letak cili padi  atau guna capsicum untuk tambah warna
- sekeping cheese  
- 2 keping roti gardenia
- 1 biji telur

Cara penyediaan :
Sosej, bawang, tomata, cili korang potong dadu sahaja. Saiznya janganlah terlalu besar dan jangan comel sangat.  Panaskan semuanya dalam pan. Tak perlu lama, nampak layu-layu sikit, bolehlah ketepikan.

menu anak-anak mudah, menu sarapan, bekal anak sekolah. makanan anak-anak suka


 Pecahkan telur dan kalau macam nak buat telur dadar. 

Ambil 2 keping roti dan potong bahagian tengahnya macam dalam gambar ni. Ketepikan dulu.

menu anak-anak mudah, menu sarapan, bekal anak sekolah. makanan anak-anak suka

menu anak-anak mudah, menu sarapan, bekal anak sekolah. makanan anak-anak suka
gambar pun dah tunggang langgang bila ko update guna handphone. Abaikan lah..korang faham kan?

Atas pan yang sama dengan api yang paling perlahan, letakkan bahagian roti yang berluang ditengah tu.  Kemudian korang taburkan inti yang dah dipanaskan sebentar tadi di bahagian tengah yang kosong tu.  Rata-ratakan dan curahkan telur yang dah dikacau tadi di atas inti roti tersebut. Pastikan guna api perlahan yer supaya roti tak hangit.

menu anak-anak mudah, menu sarapan, bekal anak sekolah. makanan anak-anak suka


menu anak-anak mudah, menu sarapan, bekal anak sekolah. makanan anak-anak suka


menu anak-anak mudah, menu sarapan, bekal anak sekolah. makanan anak-anak suka

Carikkan cheese dan letak atas curahan telur tadi. 

menu anak-anak mudah, menu sarapan, bekal anak sekolah. makanan anak-anak suka


Kemudian, korang tampalkan bahagian tu dengan bahagian tengah roti yang korang dah potong di awal-awal tadi. Tekan-tekan sedikit supaya lebih lekat dengan cheese dan telur.  Lepas tu korang balik-balikkan sahaja roti tadi.

Boleh lah buat lagi sampai bahan-bahan habis. 

Tak perlu banyak masa pun nak sediakan Roti Telur ni. Sesuai untuk dijadikan bekalan anak-anak ke sekolah atau sarapan pagi di hari cuti.

Selamat Mencuba !

8 Comments

  1. wah boleh buat ni.. nampak sedap^^

    ReplyDelete
  2. boleh cuba ni untk breakfast time weekend

    ReplyDelete
  3. Resipi mudah dah lazat. Tambah lagi ada cheese. Berganda lazatnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya memang mudah nak sediakan, penarik anak2 makan tu cheese lah

      Delete
  4. Wah.. best.. best.. Boleh cuba ini.. Idea menarik..

    ReplyDelete