Tasneem Marketplace Bantu Suri Rumah Jana Pendapatan.  Mesti ramai yang pernah dengar produk Tasneem. Bagi akak bila sebut Tasneem, teringat tentang balm untuk baby, memang ramai yang menggunakannya.  Seiring dengan fokus pengguna, Tasneem Marketplace diwujudkan untuk membantu surirumah menjana pendapatan sampingan.  

Apa dia Tasneem Marketplace ini? Mesti ada yang tertanya-tanya kan. Tasneem Marketplace merupakan sebuah platform yang mengumpulkan produk-produk di bawah niche keluarga, kanak-kanak dan bayi.  Suri rumah adalah orang yang paling arif memilih yang terbaik untuk kegunaan keluarga. Bila dah guna untuk anak-anak pastinya lebih mudah untuk menggalakkan penggunaan di kalangan ahli keluarga  lain dan rakan taulan kan. Menariknya lagi, Tasneem Marketplace membantu jana pendapatan tanpa modal, tak perlu bimbang dah pada sesiapa yang ingin menyertainya.  Sambil-sambil buat kerja di rumah boleh tambah income tanpa modal...siapa yang tak nak kan?

jana pendapatan, kerja tanpa modal, produk keluarga
Kolaborasi 5 jenama utama yang menjadi tulang belakang pada Tasneem Marketplace


Tasneem Marketplace Bantu Suri Rumah Jana Pendapatan Dengan Gabungan 5 Jenama Utama

Kolaborasi 5 jenama terkenal di bawah satu bumbung sangat membantu bagi yang berminat untuk membantu menambah pendapatan keluarga.  Masing-masing sedia maklum, semenjak negara dilanda wabak covid19, ramai di kalangan masyarakat yang terkesan terutama dari segi kewangan keluarga.  Ada ketua keluarga yang terpaksa menjalankan lebih daripada satu pekerjaan. Ramai juga yang kehilangan pekerjaan dan untuk memulakan semula memang sangat perit terutama bila ada anak-anak kecil yang perlukan perhatian.  Oleh itu, peluang yang ada perlu diambil oleh para surirumah yang memang mahu membantu menambah kewangan keluarga.  


KOLABORASI TASNEEM NATUREL DENGAN 5 JENAMA BESAR MALAYSIA MELALUI PLATFORM TASNEEM MARKETLACE BANTU RAMAI GOLONGAN SURI RUMAH MENJANA PENDAPATAN DENGAN MUDAH

Tasneem Business Legacy sebuah syarikat yang membawa jenama Tasneem Naturel, Tasneem Food dan Twobirds yang banyak mempelopori perniagaan barangan bayi berasaskan bahan semulajadi telah mengumumkan usahasama baharu dengan beberapa jenama besar Malaysia seperti Tanamera, Aqiqah Centre, Pustaka Darul Iman (PDI) dan Eyyoo melalui penyatuan di dalam sebuah platform baharu yang dinamakan Tasneem Marketplace



jana pendapatan, kerja tanpa modal, produk keluarga
Jenama yang di bawah platform Tasneem Marketplace.  Masing-masing dengan produk yang menarik

Usahasama ini dibuat dalam usaha untuk membantu golongan yang berpendapatan sederhana untuk menjana pendapatan tanpa modal tapi berpeluang untuk mendapat keuntungan yang tinggi disamping mendapat pelbagai ganjaran yang menarik.

Selaras dengan objektif untuk membantu suri rumah menjana pendapatan dengan mudah dan senang, pihak Tasneem Marketplace mengalu-alukan individu yang berminat untuk bergerak ke hadapan bersama pasukan TMP untuk mendaftar sebagai reseller TMP secara percuma. 



jana pendapatan, kerja tanpa modal, produk keluarga

jana pendapatan, kerja tanpa modal, produk keluarga
Program pelancaran yang diadakan baru-baru ini memang memberi input menarik untuk peserta

Pihak TMP meletakkan sasaran untuk melahirkan seramai 10,000 usahawan yang berjaya menjana pendapatan melalui platform yang disediakan menjelang Disember 2022.

Jom Daftar Di Tasneem MarketPlace - Platform Tambah Duit Saku Yang Mudah dan Fleksibel!


Ambil peluang untuk menjadi sebahagian daripada Tasneem Marketplace Reseller. Banyak kelebihan yang korang akan dapat :

  • Daftar percuma
  • Modal tidak perlu dikelaurkan
  • HQ uruskan semua postage
  • Pelan pemasaran yang membantu untuk mendapatkan pendaptan dengan mudah
  • Produk berkualiti dan sudah ada pasaran tersendiri
  • Reward yang menarik
  • Bonus dibayar di awal 7hb bulan seterusnya
  • Ada penyata pendapatan
jana pendapatan, kerja tanpa modal, produk keluarga
Team akan sentiasa membantu untuk para-para reseller menambah pengetahuan untuk setiap produk.

jana pendapatan, kerja tanpa modal, produk keluarga
Antara yang telah menyambut baik peluang tambah income ini.  Masing-masing tersenyum gembira...mesti banyak dapat ni !


Best korang bekerja dari rumah saja. Usaha lebih dapat lebih, yang penting masa kerja yang sangat fleksibel dan korang tetap boleh utamakan keluarga. Rugi kalau korang lepaskan peluang. Pada yang berminat nak tahu lebih lanjut boleh usha-usha link yang akak share ni :




Telegram : korang boleh klik kat sini



0 Comments