Peminat Kerabu Kena Cuba Kerabu Kerang Taugeh Jantung Pisang.  Lamanya akak tak letak entry baru di sini.  Macam dah bersawang teruk. Hari-hari berazam untuk menulis, tapi ada sahaja kekangan yang datang, tulis sebaris akhirnya terbengkalai begitu sahaja.  Banyak entri yang dok dalam draft tau. Nanti akak release satu satu yer, kena sambung cerita balik, touch up sikit-sikit bagi rasa, baru sedap nak membacanya.

Cerita tentang sedap ni, jomlah cuba buat Kerabu Kerang Taugeh Jantung Pisang ni.  Ini resipi campak-campak en hubby buat sebab masing-masing dah tak ada selera nak makan dan virus M banyak dalam badan. Almaklum tinggal bertiga memang tak rajin sangat nak dok lama-lama di dapur memasak lepas tu nak mengemas lagi. Maka terhasillah resipi ini.  

resipi sedap, kerabu, makanan diet, resipi mudah


Kerabu Kerang Taugeh Jantung Pisang

Bahan utama - taugeh dan kerang (banyak mana nak guna terpulang pada korang)
Jantung pisang - kalau ada boleh masuk, kalau tak ada pun tak apa
Bawang besar
cili merah
cili padi
serai
halia 
limau nipis
belacan
gula dan garam
asam jawa
sedikti kerisek

*akak tak tentutkan kuantiti bahan sebab buat kerabu ni ikut rasa, nak lebih masam, masin, pedas- ikut suka yer


Cara Penyediaan :

Rebus kerang dan kopek ambil isi.  Ada juga dijual kerang dah siap kopek tapi akak lebih suka kerang yang direbus sendiri. Husband kata kerang yang dah siap kopek tu 'kerang mati' agak liat, kalau kerang yang masih hidup dan kita rebus, isinya tak liat.

Jantung pisang pun korang rebus dulu.  Bila dah lembut, angkat, toskan dan rendam dalam ais. Takde ais, rendam dalam air sejuk. Tujuannya supaya bahagian dalam jantung pisang tu tak bertukar jadi lebam atau gelap.  Bersihkan taugeh. Hiris halia, serai, bawang, sedikit cili merah dan sedikit cili padi.

resipi sedap, kerabu, makanan diet, resipi mudah

Manakala belacan, cili merah, cili padi garam - korang tumbuk halus. Campurkan juga asam jawa dan gula. Rasalah yer. Ambil bekas yang besar sedikit dan campurkan semula bahan tadi. Gaulah rata. Campurkan juga sedikit kerisek dan perahan air limau nipis.  Sambil gaul tu korang rasalah yer. Tambah mana yang kurang. 

resipi sedap, kerabu, makanan diet, resipi mudah

resipi sedap, kerabu, makanan diet, resipi mudah

Siap dan sedia untuk dimakan.  Kalau tak nak makan dengan nasi, ratah je pun boleh, memang membuka selera !


0 Comments