Awie Dalam Siri Drama Kids Nowadays.  Dah lama tak cerita tentang drama. Ada beberapa siri drama yang sedang akak tonton sekarang ni dan nak cerita salah satunya. Drama lakonan Awie jarang-jarang ada, bila ternampak posting di Ig tentang drama ni terus tertarik nak tengok sebab dah lama tak tengok Awie berlakon.  Suka tengok dia berlakon sebab mesti ada selit nyanyian, lepas tu cara lakonan Awie santai-santai ja, ada masa serius, ada masa lawak.  Bila tengok tajuk...hmmm lain macam ni. Cerita anak-anak kah?

review drama bersiri, drama baru, awie berlakon lagi

Sinopsis Kids Nowadays

Mengisahkan tentang Jaafar (Awie) yang mengatakan hasratnya untuk melanjutkan pelajaran ke universiti namun ditentang keras oleh anaknya, Najiha.  Namun kerana janjinya kepada arwah isteri, Jaafar tetap mendaftar sebagai mahasiswa tanpa pengetahuan anaknya.

Najiha menentang keinginan ayahnya dan cuba melakukan sabotaj kepada ayahnya yang kini menjadi pelajar di dalam kelas Najiha. Selain itu, diselitkan juga kisah pensyarah yang sukarela membantu Jaafar menjalani kehidupan sebagai pelajar. Kisah anak-anak pelajar yang sentiasa cuba menentang pelajar warga emas. 

Pada satu hari, Najiha terkejut apabila terserampak dengan ayahnya yang kini belajar di kampus tempat di mengajar. Disebabkan itu, Najiha cuba melakukan sabotaj kepada ayahnya yang kini menjadi pelajar di dalam kelas Najiha.

Jaafar semakin tertekan dengan kerenah Najiha yang sengaja merumitkan perjalanan pembelajarannya, namun mujurlah lecturer, Cik Hanna sentiasa membantu dan memberikan Jaafar semangat untuk meneruskan pembelajaran.

Disebabkan itulah, Eddy terasa semakin tercabar dengan hubungan rapat Jaafar dengan Hanna dan sentiasa memerhatikan mereka yang sepertinya semakin mesra.  Apakah yang terjadi seterusnya?


review drama bersiri, drama baru, awie berlakon lagi

Drama 20 episod ini bersiaran daripada hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di saluran Astro Ria 104.  Boleh juga strim secara online di astrogo.astro.com.my

Dibarisi pelakon-pelakon yang mantap Dato' Awie, Wanna Ali, Hasnul Rahmat, Alvin Chong, Wan Sharmila, Marisa Yasmin, Nafiez Zaidi,  Ezzrin Loy, Zarina Zainuddin, Harith Daniel, Azhar Amir, Farez Ridzwan, Meor Ahmad dan ramai lagi. Drama ini menarik untuk ditonton seisi keluarga.

Korang boleh juga tengok siri ni di Gempak.com ----- Episod 1

0 Comments