Resipi Mudah Nasi Ayam Penyet.  Dah lama tak berkongsi resipi kat sini.  Semenjak tinggal bertiga ni, jarang masak, kalau masak pun yang simple simple saja.  Semalam en hubby rasa nak makan nasi ayam penyet.  Akak dah mula masuk ofis sekarang ni, jadinya dialah yang kelentang kelentung di dapur dengan anak-anak. Dapat tengok gambar saja, dah petang balik kerja baru sempat merasa.

Resipi Mudah Nasi Ayam Penyet

Apa sahaja air tangan en suami @ ChefZul kami ni memang tak pernah mengecewakan.  Lepas tu akak tak lupa untuk ambil resipi untuk kongsikan di sini.  Mudah saja. Nasi Ayam Penyet ni ada pelbagai versi cara penyediaannya.  Cara kami simple saja.  Bahagian nasi, kami guna nasi putih biasa sahaja.

resipi ayam, resipi nasi, masakan mudah, kegemaran anak-anak, menu simple


Cara Penyediaan Ayam :

Ayam pilihan kami, ayam saiz sederhana, terus minta potong kepada 4 bahagian.
Tumis sedikit bawah merah dan putih serta halia, rebuskan ayam tadi
Nak lebih berperisa, masukkan satu potong kiub ayam
Campakkan sedikit daun sup
Rebus ayam tak perlu lama, agak-agak masak saja sebab nanti nak goreng pula
Sejukkan ayam, kemudian lumurkan dengan garam kunyit, salutkan dengan tepung
Biarkan sekejap, panaskan minyak dan bolehlah digoreng.

Cara Penyediaan sambal :

Bahan-bahan yang diperlukan : cili padi, cili merah, beberapa ulas bawang merah dan putih, tomato, sedikit belacan bakar , gula melaka, garam secukup rasa dan sedikit perahan limau (bagi yang suka masam-masam)
Akak tak bagi sukatan bahan sebab terpulang pada korang yang lebih pedas atau tidak. Tomato digunakan untuk mengurangkan rasa pedas dan jadikan sambal lebih moist.
Mula-mula korang goreng cili dan bawang sampai layu.
Kemudian kisarkan semua bahan tadi kecuali gula, garam, air limau
Kisar jangan terlalu halus
Lebihan minyak masa menggoreng bawang/cili tadi, korang panaskan dan bolehlah masak sambal yang dah siap dikisar
Barulah masukkan gula melaka, garam dan perahan limau. Masukkan ikut sesedap rasa korang yer.

resipi ayam, resipi nasi, masakan mudah, kegemaran anak-anak, menu simple

Cara Penyediaan Bahan Sampingan :

Bahan sampingan yang akak guna di sini ialah tempe, tauhu serta sayuran seperti salad, timun dan tomato
Potong tempe dan tauhu - jangan kecil, biasanya sekeping tempe potong tiga atau dua
Sama juga dengan tauhu - potong dua atau tiga
Ambil sedikit serbuk kunyit, sedikit tepung beras, sedikit tepung jagung dan sedikit garam
Bancuh kesemuanya jangan terlalu cair - buat macam tepung goreng pisang
Celupkan tempe dan tauhu, kemudian goreng
Boleh juga campurkan sedikit serbu jintan
Hiriskan timun dan tomato

Dah siap semua, bolehlah hias, hidang dan makan. Mudah kan?

4 Comments

  1. Mudah jer resepinya...nanti free boleh la SA buat...asyik buat nasi ayam jer kan...

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Memang mudah nak buat janji kena dengan selera

      Delete