Nak Juga Cerita Aktiviti Cuti Sekolah Kami.  Selagi ada anak yang masih bersekolah, selagi itulah kami meraikan kedatangan cuti sekolah.  Kali ini cuti tak berjalan jauh sebab tak nak terlibat dengan kesesakan lalu lintas. Jalan jem merata sekarang ni tak kira di lebuhraya atau jalan lama. So, kami pilih bercuti di rumah tapi selitkan juga aktiviti untuk anak-anak. Selagi boleh elak dengan jem, kami cuba elak.  Jom baca cerita cuti sekolah kami yang paling sempoi !

Cuti Sekolah Tak Ke Mana Ke?

Soalan favorite tak kira di rumah ataupun di kalangan kawan-kawan.  Oleh kerana Amira  tahun ini akan menghadapi exam SPM, so lambatlah sikit balik bercuti daripada sekolah, ada kelas tambahan sehingga hari Ahad. Kami okay sahaja, dah belajar online di rumah lama sangat jadi bila cikgu nak buat kem study, memang sangat dialu-alukan tanpa bantahan. Banyak yang anak-anak nak kena catch-up memahamkan subjek Form 4. 

jalan-jalan cuti sekolah, belanja anak-anak, jalan-jalan dengan keluarga, cuti-cuti sekolah, tempat menarik
Gunung Jerai dari kejauhan.  Suka sungguh tengok pemandangan macam ni.

Aktiviti pertama, jalan-jalan ke Yan, Kedah. Dah lama tak tengok Gunung Jerai.  Selain itu, suka tengok orang berjualan ikan segar di Pasar Basah Yan.  Dapatlah juga beli ikan-ikan segar dengan harga yang berpatutan, yang penting segar. Dah beli ikan, terus singgah ke food court nya makan pula pasembur dan juga apam balik.  Selepas solat asar, singgah pula di pasar malam Guar Chempedak. Rupanya dah bertukar lokasi. Mungkin juga dah lama, kami pun dah hampir lebih dua tahun tidak ke sini.  Lokasi baru ni agak ke dalam sikit, pada akak nampak kurang meriah berbanding sebelum ini di tepi jalan besar.  Walaupun begitu, tetap ada pelbagai jenis jualan makanan seperti sup, pelbagai jenis nasi, moi, burger, sate, buah-buahan dan macam-macam lagi..dan antara yang meriah bila lambakan buah durian dijual di tepi jalan. Musim durian sudah mula!

jalan-jalan cuti sekolah, belanja anak-anak, jalan-jalan dengan keluarga, cuti-cuti sekolah, tempat menarik
Apam balik garing, saiz kecil. Tak pernah tak beli kalau singgah kat sini tapi kat tempat lain pun ada juga.

Buat masa ini tak boleh bawa kenderaan sendiri ke puncak Gunung Jerai. Kami singgah sebentar di kawasan parking pun jadilah, sempat juga tunaikan solat Maghrib.

jalan-jalan cuti sekolah, belanja anak-anak, jalan-jalan dengan keluarga, cuti-cuti sekolah, tempat menarik
Dapat bergambar kat sini pun cukuplah.  Bila post dalam group family, anak-anak ingat kami pergi bercuti.

Aktiviti melayan perut jangan dilupakan. Since anak dah ada rumah tentulah sekali sekala kita jamu menu berbeza.  Untung dapat en suami pandai memasak, kebanyakan menu hasil tangan en suami.  Apa nak buat, sekarang ni akak dah mula masuk ofis semula, sebahagian urusan rumah kena serah pada en suami. 

Antar menu istimewa - nasi ayam penyet. Resipi boleh tengok kat sini --- Resipi best

Kesiankan si anak tak ke mana, ibu pun ambil cuti segera 1 hari di pertengahan minggu, harap-harap jalanraya tidak terlalu sesak.  Fikir punya fikir ke mana haluan, akhirnya kami memilih jalan hala ke selatan, tak jauh pun, singgah di Taiping sahaja, menyusuri laluan tanpa tol.  Oleh kerana sekarang ni musim durian, kami ikut laluan Batu Kurau, antara port durian terkenal di utara.  Kawasan ini tak banyak durian yang luruh lagi tapi sedikit masa lagi memang tak cukup tanganlah tuanpunya dusun durian.  Seronok tengok buah-buah durian bergantungan di atas pokok.  

jalan-jalan cuti sekolah, belanja anak-anak, jalan-jalan dengan keluarga, cuti-cuti sekolah, tempat menarik
Bergambar dulu. Tempat ni nampak menarik. Nak kena repeat sambil berkelah pula.

Kalau korang datang ke Batu Kurau, jangan lupa singgah Lata Sempeneh, boleh berkelah sambil menjamu selera.  Di sini juga ada beberapa chalet yang korang boleh sewa sekiranya bercadang untuk bermalam.  Akak singgah sebentar sahaja sebab area Sempeneh ini juga ramai orang berjualan durian.  Kalau nak rasa kena singgah ! Mungkin pertengahan minggu, walaupun cuti sekolah, orang tak berapa ramai tapi kami tak bercadang untuk berhenti lama, sekadar melawat kawasan, lain kali boleh plan lain.

Kayuh Basikal Di Tasik Taiping

Meneruskan perjalanan ke Taiping. Asalnya nak singgah di Burmese Pool, Taiping tapi tak kesampaian sebab hujan.  Hampa jugaklah adik Wan, kena tukar plan.  Singgah dulu tunaikan solat seterusnya barulah bergerak ke kawasan Tasik Taiping.  Kali kedua kami sampai selepas PKP.  Kali ini bagi peluang pada dik Wan berbasikal. Banyak basikal yang korang boleh sewa kat sini, samada nak kayuh sendirian atau pun berteman. Sewa ikut masa, tapi taklah mahal sangat,antara RM10 ke RM30 ringgit untuk setengah jam, bergantung jenis basikal yang korang sewa. Kalau anak-anak, lebih baik berteman, lebih seronok.  Berkayuhlah si adik dan ayah.

jalan-jalan cuti sekolah, belanja anak-anak, jalan-jalan dengan keluarga, cuti-cuti sekolah, tempat menarik
Taiping memang popular dengan pokok-pokok saiz besar ni. Kawasan laluan kenderaan juga dah diubah untuk pastikan area pokok-pokok besar di sini lebih selesa untuk dijadikan kawasan riadah.

jalan-jalan cuti sekolah, belanja anak-anak, jalan-jalan dengan keluarga, cuti-cuti sekolah, tempat menarik
Puashati dapat berkayuh. 

Tengah-tengah berkayuh, hujan gerimis pula. Kami bergerak dulu ke kereta biarkan adik dan ayah teruskan kayuhan. Alang-alang dah sewa, lagipun hujan gerimis sahaja.

Selesai berkayuh, hajatnya nak singgah makan kuey teow Doli yang popular di Taiping ni tapi tak kesampaian juga, kedai tutup. Hmmm....cari port lain berhampiran. Daripada citarasa biasa terus tukar ke western pula...layankan je la !

jalan-jalan cuti sekolah, belanja anak-anak, jalan-jalan dengan keluarga, cuti-cuti sekolah, tempat menarik
Sementara menungguh makanan yang lain, makan yang ni dulu. Belanja anak-anak yang ada di rumah sebelum balik asrama.

jalan-jalan cuti sekolah, belanja anak-anak, jalan-jalan dengan keluarga, cuti-cuti sekolah, tempat menarik
Taiping waktu malam.  Tak pernah jemu untuk singgah di sini. Suasananya yang tenang jauh daripada hiruk pikuk di bandar memang sesuai dengan jiwa kami.

Korang boleh juga singgah makan yong tau foo di belakang Balai Bomba Taiping, tapi kami tak terasa nak makan yong tau foo pula hari tu. Selain itu, kalau korang berada awal di Pekan Taiping, boleh juga singgah di food court Larut Matang. Kat sini ada macam-macam jenis makanan tapi yang paling kami suka ialah popia basah. Makan satu memang tak cukup. 

Selesai isi perut, hari pun dah malam, gerak balik teruslah. Ada beberapa hari lagi sebelum sekolah buka, kami sampai juga ke Lata Sedim, Kulim. Plan tiba-tiba sahaja sebab nak menyampaikan hajat adik Wan mandi sungai.  Di Sedim ni kena berhati-hati memilih tempat, oleh kerana hari sebelum tu hujan, jadi arus agak deras juga di sini.  Cari-cari port dapatlah tersorok sikit .  Sempatlah adik Wan mandi sekejap. Di Sedim ni korang boleh berjalan di Tree Top Walk Sg Sedim.  Kalau rasa nak bermalam, ada juga beberapa tempat penginapan private yang korang boleh sewa.  Biasanya penginapan ini ada laluan sungai sendiri yang lebih sesuai untuk korang mandi manda dengan anak-anak.

jalan-jalan cuti sekolah, belanja anak-anak, jalan-jalan dengan keluarga, cuti-cuti sekolah, tempat menarik
Air sungai Sedim, arusnya agak deras. Memang taklah akak nak turun ke air, tengok dari jauh ajer.

Selesa sudah cuti sekolah, masing-masing dah balik asrama dan dah mula sibuk dengan kerja-kerja sekolah masing-masing. Tunggu cuti-cuti lain kali, kita buat plan segera lagi !



2 Comments

  1. mama mmg suka kalau ke perak suka tgk gunug ganang dan awan2 cantik sgt kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejuk mata memandang, hijau aje. Tapi sekarang ni byk bukit ditarah untuk pembangunan, bumi dah makin panas.

      Delete