Diam tak diam dah masuk hari ketiga Ramadhan.  Kalau tahun-tahun sebelum ni berpuasa dalam suasana PKP tapi tahun ni kita dah 'bebas' tapi masih perlu lagi mematuhi SOP. Itu yang pasti !  Kami berpuasa berempat sahaja.  Irfan berpuasa jauh di perantauan manakala Amira dah pun kembali ke asrama.  Baru masuk hari yang ketiga, kami dah termenung mencari menu yang sesuai memenuhi selera semua.  Konsepnya mesti mudah disediakan terutama untuk bersahur.

Sahur Berkhasiat Dengan Resipi Mudah Munchy's Oat Krunch

Kalau dah nak yang mudah dan cepat ketika bersahur, akak sarankan makan biskut Oat Krunch.  Oat Krunch bukan sahaja berkhasiat, malah ia merupakan menu yang paling ringkas dan sesuai ketika bersahur. Adik-adik pelajar di kolej atau asrama boleh bawa sebagai bekalan untuk bersahur.  Di rumah pun boleh saja standby bungkusan Oat Krunch ni. Manalah tahu terlewat bangun dan masa dah suntuk untuk sediakan juadah lain, Oat Krunch pasti sangat membantu.  Sumber fiber yang lengkap daripada oat dan kandungan lain memang boleh mengenyangkan dan mengekalkan tenaga.  

sahur berkhasiat, menu mudah untuk sahur, makan sahur

Resipi mudah boleh disediakan dengan gabungan Oat Krunch dan susu segar kurma Dutch Lady. Oat Krunch yang akak pilih juga adalah Oat Krunch Kurma. Sedap tau !  Dua bahan ini sahaja dah mencukupi untuk sahur korang.

Peraduan Mencipta Resipi Sahur dengan Oat Krunch

Sempena Ramadhan dan menjelang hari raya nanti korang berpeluang untuk dapatkan duit Raya dengan menyertai peraduan mencipta resipi untuk sahur menggunakan Oat Krunch.  Hadiah menarik tau ! Korang berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM15,000. Wow !!

Langkah mudah untuk menyertai: 

1. Follow @munchys.my di instagram

2. Rakamkan video atau gabungan gambar resipi sahur menggunakan atau menggandingkan Oat       Krunch dengan bahan lain.

3. Terangkan kenapa anda suka Oat Krunch

4. Tag @munchys.my dan gunakan hashtag #MunchysMY #OatKrunchSahur

5. Pastikan set post sebagai public dan postkan di Instagram anda

6. Tarikh peraduan : 3 April sehingga 2 May 2022

So, korang apa tunggu lagi. Pastikan korang jangan tinggalkan sahur dan dapatkan sahur yang berkhasian dengan Oat Krunch.

Selain daripada Munchy's Oat Krunch Kurma, korang boleh juga dapatkan Munchy's Oat Krunch Dark Chocolate dan Munchy's Oat Krunch Breakfast Cranberry.

sahur berkhasiat, menu mudah untuk sahur, makan sahur

Apa korang tunggu lagi, jomlah cuba, mana tahu kot-kot korang berpeluang dapatkan duit raya lumayan.  Akak pun dah siapkan video akak. Simple saja, janji kenyang !


0 Comments