Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Bantu Kanak-Kanak OKU Malaysia | Bila sebut tentang kanak-kanak OKU hati mula rasa sebak. Sedih itu ada tapi inilah yang dikatakan sebagai ujian. Setidaknya mereka sangat mulia di sisi Allah SWT dan sangat dekat di hati mata masyarakat yang memandang tinggi akan kehadiran kanak-kanak OKU ini.

Antara pihak yang sangat mengambil berat tentang kanak-kanak OKU adalah pihak Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia. 

Buktinya, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia telah menyumbangkan bilik terapi sensori khusus untuk kanak-kanak OKU, bukan hanya satu tapi untuk seluruh Malaysia di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan. 

Terbaru, pihak Persatuan Kebajikan Ronald McDonald menyumbangkan bilik terapi sensori ini kepada golongan asnaf Perlis dibantu dengan sumbangan zakat korporat Mcdonald's Malaysia bernilai RM100,000.

Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald di A-Heart Universiti Malaysia Perlis sumbangan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald atau Ronald McDonald House Charities Malaysia (RMHC Malaysia) dibuka secara rasminya pada 28 Februari 2022 yang lalu.  

sumbangan ramadhan, mcdonald menyumbang, kanak-kanak istimewa, zakat korporat


Bilik Sensori Lengkap Untuk Pembelajaran Yang Terbaik 

Majlis perasmian Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald (RMSR) yang ke 34 di Malaysia ini telah disempurnakan oleh DYTM Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizudin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan DYTM Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil. 

Sehingga kini, RMHC telah membangunkan sebanyak 35 buah bilik terapi sensori di seluruh Malaysia, rangkaian bilik terapi sensori terbesar di Malaysia, dengan kos tajaan lebih dari RM3.7 juta yang telah memanfaatkan lebih dari 7,000 orang kanak-kanak istimewa, termasuk di Sabah dan Sarawak. 

RMSR ini merupakan salah satu dari program RMHC Malaysia yang menyediakan bilik terapi deria dengan peralatan multi-sensori serba lengkap untuk merangsang deria-deria asas seperti penglihatan, pendengaran, sentuhan dan menghidu bagi meningkatkan perkembangan kognitif dan keyakinan kanak-kanak berkeperluan khas dan mempunyai masalah pembelajaran.  

sumbangan ramadhan, mcdonald menyumbang, kanak-kanak istimewa, zakat korporat

RMSR di A-Heart adalah merupakan sumbangan serta sokongan RMHC Malaysia kepada program pembangunan dan pembelajaran anak-anak berkeperluan khas di Negeri Perlis yang dijalankan oleh A-Heart di Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra Universiti Malaysia Perlis.  

Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald dilengkapi dengan peralatan untuk meningkatkan kemahiran kognitif dan meningkatkan keyakinan kanak-kanak yang berkeperluan khas dan mempunyai masalah pembelajaran.

Dengan pembukaan Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald di UniMAP Perlis, maka lengkaplah rangkaian penubuhan Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald di setiap negeri di Malaysia.

Penyerahan Zakat Kepada Asnaf Perlis Oleh Wakil McDonald’s Malaysia

Majlis hari ini juga menyaksikan acara penyerahan bayaran zakat korporat oleh McDonald’s Malaysia kepada Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bernilai RM100,000 yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Azmir bin Jaafar kepada YBrs. Tuan Haji Mohd Nazim Bin Hj Mohd Nor, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs.

sumbangan ramadhan, mcdonald menyumbang, kanak-kanak istimewa, zakat korporat
YBhg. Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia menyerahkan zakat korporat McDonald’s Malaysia kepada En. Azizul Fitri Ismail, Ketua Unit Strategik dan Pemantauan Inisiatif MAIPs.

Selain dari sumbangan zakat korporat, setiap tahun, dianggarkan lebih 7,000 aktiviti kemasyarakatan berjaya dianjurkan di bawah Program Komuniti McDonald’s dan RMHC melibatkan restoran-restoran McDonald’s di seluruh negara. 

Di antara program-program yang telah dilaksanakan adalah sumbangan pek makanan kepada petugas-petugas frontliner, warga emas di pusat-pusat jagaan orang tua di seluruh negara bersempena tahun baru cina dan tajaan moreh di masjid-masjid berdekatan dengan restoran McDonald’s di bulan Ramadhan nanti. 

“Pelancaran RMSR pada hari ini melengkapkan rangkaian RMSR di seluruh negara dengan  terwujudnya RMSR di setiap negeri di Malaysia, menjadikan RMHC organisasi yang memiliki rangkaian bilik terapi sensori terbesar di Malaysia.  Kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan pihak A-Heart dan UniMAP bagi menyediakan kemudahan yang sangat diperlukan oleh kanak-kanak berkeperluan khas di Perlis ini,”  kata Dato’ Azmir Jaafar, Presiden RMHC Malaysia merangkap Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia merangkap Presiden RMHC. 

“Tajaan bilik terapi sensori ini juga dilengkapi dengan latihan untuk pelatih-pelatih kanak-kanak OKU ini agar mereka dapat memberikan perkhidmatan yang bersesuaian untuk kanak-kanak ini.”

“Sumbangan zakat korporat McDonald’s Malaysia ini merupakan tanggungjawab kami sebagai sebuah syarikat 100% entiti milik orang Islam dan tanda penghargaan kami kepada masyarakat atas sokongan kepada perniagaan kami walaupun ketika perintah kawalan pergerakan.”

Kanak-Kanak OKU Sangat Istimewa, Terima Kasih McDonalds Malaysia 

Sebagai salah seorang warga utara, rasa bangga dan sangat berterima kasih dalam masa yang sama. Bangga itu kerana McDonald’s merupakan antara restoran terbaik yang selalu dikunjungi tak kira masa.

Didoakan semoga McDonald terus berkmbang maju dan dapat memberi manfaat kepada lebih ramai golongan dalam negara Malaysia yang kita cintai ini.

Teruskan usahamu McDonald’s Malaysia kerana apa yang dilakukan ini merupakan salah satu inisiatif terbaik yang tidak ada tandingannya. Terima kasih sekali lagi atas segalanya. 

Didoakan juga kanak-kanak OKU dapat menggunakan kemudahan yang diberi dengan baik dan seronok belajar dengan apa yang telah disediakan oleh McDonalds Malaysia. 








0 Comments