Jangan Lupa Senarai Pelepasan Cukai 2021.  Pejam celik pejam celik dah tiba masa untuk submit submission cukai LHDN.  Kena susun-susun semula resit-resit perbelanjaan yang boleh dikecualikan cukan.  Akak sejenis simpan resit-resit satu tempat, so bila masuk Mac biasanya akan tengok balik resit-resit berkaitan dan asing-asingkan.  Hujung minggu ni bolehlah fokus sorting dan isi e-filing.

pelepasan cukai, efiling 2021, efiling 2022, tarikh tutup efiling

Senarai Pelepasan Cukai 2021

Akak kongsikan senarai pelepasan cukai yang korang kena beri perhatian.  Panjang juga senarainya.  Kena tengok satu-satu, jangan sampai ada yang tertinggal.

Pelepasan Individu

  • Individu dan saudara tanggungan : RM9000
  • Individu kurang upaya : RM6000
  • Suami atau isteri kurang upaya : RM5000
  • Suami / ister / alimoni kepada bekas ister : RM4000
  • Yuran pengajian diri sendiri : RM7000

Gaya Hidup, Perubatan & Peralatan Berkaitan

  • Rawatan perubatan keperluan khas dan Penjagaan ibu bapa : RM8000
  • Peralatan alat sokongan khas : RM6000
  • Gaya hidup : RM2500 (pembelian bahan bacaan, komputer peribadi, telefon pintar, internet, peralatan sukan,bayaran keahlian gym)
  • Tambahan RM2500 untuk pembelian komputer peribadi, telefon pintar dan tablet
  • Perbelanjaan melancong dalam negara : RM1000 - penginapan dan bayaran masuk pusat tarikan pelancong
  • Pembelian peralatan penyusuan : RM1000-
  • Perbelanjaan perubatan bagi penyakit serius & perbelanjaan rawatan kesuburan RM8000 (termasuk rawatan perubatan penuh, ujian pengesanan COVID19 dan vaksinasi yang dibenarkan terhad RM1000)

 Pelepasan Anak

  • Anak bawah 18 tahun : RM2000
  • Anak 18 tahun ke atas : RM2000 (belum berkahwin / belajar sepenuh masa)
  • Anak 18 tahun ke atas : RM8000 (belum berkahwin / belajar di IPT)
  • Yuran taman asuhan kanak-kanak / tadiakn berdaftar : RM3000
  • Anak kurang upaya : RM6000
  • Tambahan bagi anak kurang upaya RM8000 (belajar di IPT – Diploma / ke atas)

Caruman / Sumbangan

  • Insurans Nyawa dan KWSP *individu penjawat awam dan berpencen RM7000 atau selain penjawat awam *insuran nyawa / takaful RM3000
  • KWSP / Skim yang diluluskan : RM4000
  • PERKESO : RM250
  • Skim persaraan dan anuiti tertunda : RM3000
  • Insuran perubatan dan pendidikan (individu / pasangan /anak) : RM3000
  • SSPN (tabungan bersih) : RM8000

Jangan lupa tarikh tutup penghantaran adalah pada 30 April 2022.  Kira-kira secara kasar, nampak macam ada lebihan bayaran cukai. Rezeki tu ! Kenalah submit cepat, boleh juga guna nanti nak sambut puasa dan raya. Jangan tunggu lama-lama, nanti terlupa pula!

1 Comments

  1. Alamak..SA x buat lagi...dapat sikit pun cukup la kan...

    ReplyDelete