Kenangan 2021 Harapan 2022.  Diam tak diam dah melepasi bulan Januari. Kejap sangat masa berlalu.  Kalau ikutkan tahun 2021 memang banyak sangat kenangan yang ditinggalkan.  Kenangan untuk diingat dan untuk ditinggalkan.  Tentu korang semua ada pengalaman pahit manis 2021 kan? Rindunya nak menulis kat sini. Ada ka yang datang singgah tunggu cerita baru? Komen sikit.

2022, 2021, selamat datang, selamat tinggal, cerita kami
google photo

Bekerja Di Pejabat VS Bekerja Di Rumah

Paling mencabar akak rasa sebab sepanjang 2021, sempenuhnya akak bekerja dari rumah.  Pernah satu ketika dulu, berangan-angan company bagi kebenaran untuk bekerja dari rumah, mesti seronok.  Akhirnya dapat juga peluang yang ditunggu-tunggu.  Bermula dari Mac 2020 sehingga akhir Disember 2021,  boleh dikira dengan jari berapa hari sahaja akak ke pejabat. 

Seronok bekerja dari rumah sebab semua depan mata. Tapi dalam masa yang sama kenalah pandai urus stress sendiri sebab rasa macam tak cukup tangan nak buat semua.  Mana tugas pejabat, tugas rumah dan anak-anak yang perlu diselia kerja-kerja sekolahnya.  Bila tiba masa stress, ambil cuti rehatkan minda, buat apa yang akak suka.

Tahun 2022 ini, company telah anjurkan hari bekerja bergilir. Dalam seminggu tiga hari akak akan ke pejabat dan dua hari lagi akak bekerja dari rumah sahaja.  Sebenarnya amat perlu juga bekerja di pejabat, kita boleh berbincang dengan rakan sekerja secara bersemuka.  Pada masa yang sama boleh sharing info untuk menyelesaikan kerja-kerja harian.  Kerja akak ni memang kena banyak berbincang sebelum buat keputusan.  Dapat jugalah bersembang kosong, sesekali membawang.

Terkini, minggu ni kami dapat arahan untuk wfh semula untuk seminggu disebabkan banyak kes jangkitan di tempat kerja. Staff akak pun dah dua orang positif. Mujur jugalah lama tak jumpa mereka sebab kerja bergilir dan cuti panjang. Tapi langkah berjaga-jaga, kami semua buat juga rtk test untuk lebih meyakinkan diri sendiri.

Anak Di Sekolah VS Anak Sekolah di Rumah

Anak berada di sekolah dan dirumah ada kelebihan dan kekurangannya juga.  Anak ketiga akak bersekolah di SBP. Sepanjang PKP dari tahun 2020 hingga 2021, dah dua kali jadi kontak rapat C19 semasa berada di sekolah. Berada dalam aliran sains tulen, memang akak tak nafikan kena lebih usaha untuk memahami setiap subjek. Bila belajar secara online, memang usaha kena berganda-ganda dari biasa.  Kesian juga dia bila ada bahagian yang tidak faham, tanya akak memang susahlah nak bantu. Mujur ada kakak yang juga belajar online tapi kakak pun ada yang dah kabur-kabur ingatannya. 

Bukan mudah ye belajar online.  Tambahan yang di sekolah rendah, memang parent ke pantau sepanjang masa.  Kadang-kadang makpun masuk sekali kelas.  Pentingnya, mak masuk semua group matapelajaran supaya anak tak teringgal tugasan guru.  Tapi yang menengah, mak tengok sekali sekala saja.  Cuma pesan, jangan sampai dapat panggilan daripada guru sekolah sahaja. 

Abang di India pun dah mula buat posting di hospital. Keperluan menuntut ilmu, mampu berdoa untuk mereka di sana, moga sentiasa dalam peliharaan Allah. Walaupun jangkitan covid tular juga di kalangan anak-anak pelajar ini tapi syukur mereka semua tabah, kuat dan sangat patuh. Dugaan sungguh buat mereka. 

Budget 2021 vs Budget 2022

Tahun lepas, kebanyakan masa adalah di rumah.  Perbelanjaan untuk berjalan memang sangat minimal, lebih kepada membeli keperluan rumah sahaja.  Yang pastinya perbelanjaan untuk makanan memang meningkat.  Walaupun boleh dikira dengan jari membeli makanan di kedai, akak rasa bila memasak sendiri pun tinggi juga belanjanya.  Bezanya, bila masak sendiri, kita tau apa yang kita masukkan dalam masakan dan boleh kawal. Akak pun rajin jugalah mencuba resipi-resipi baru untuk dijamu pada keluarga.  Jadi jangan hairan yer kalau jumpa kami dengan saiz yang berbeza sekarang ni..hahahaha....

Untuk tahun ini, masih lagi merancang dan terus merancang. Dalam situasi covid yang tidak menentu, sukar juga nak buat perancangan awal untuk aktiviti keluarga. Tapi yang pasti tetap buat peruntukan untuk aktiviti-aktiviti keluarga. Moga dipermudahkan.

Kalau nak cerita, memang panjang kisah suka duka pahit manis ceria sepanjang PKP. Walaupun belum bebas daripada penyebaran C19 ni, tapi kitalah yang kena berhati-hati dan sentiasa menjga SOP.  Kes pun dah mula meningkat semula. Katanya dah tiada PKP akan dilaksanakan, maknanya kitalah yang kena PKPkan diri kita sendiri bila perlu.


2 Comments