Riadah Santai Di Mengkuang Dam, Bukit Mertajam.  Antara aktiviti yang dah lama akak tinggalkan semenjak pendamik covid  ialah beriadah.  Selepas tamat pkp, akak hanya berani nak riadah dalam kawasan taman perumahan sahaja, itupun sekitar rumah.  Bila hari-hari mengadap lokasi sama, bosan juga rasanya. Bila dah jemu kita habiskan masa dalam kawasan rumah saja, dapatlah keluarkan peluh juga.  Baru-baru ni kerajaan Pulau Pinang telah membuka semula lokasi Mengkuang Dam kepada umum untuk beriadah santai sepanjang kawasan empangan.  Mengkuang Dam ni tidaklah jauh sangat daripada rumah akak, dalam 10 minit memandu kereta cuma perlu rentas negerilah, Kedah-Penang.  Alang-alang dah boleh rentas negeri maka  kamipun ambil kesempatanlah beriadah santai di Mengkuang Dam ini.

Riadah Bersama Keluarga

Sekarang ni rata-rata kawan-kawan dok update trip ke sana ke sini bersama keluarga.  Seronok jugak baca macam-macam hal kan.  Bagi akak dan keluarga, trip pertama kami dah tentulah balik kampung.  Tapi sebelum balik kampung tu, kita up kan sesi beriadah dengan keluarga dekat area dekat-dekat aje.  Mengkuang Dam ni antara tempat riadah yang akan paling suka pergi bila berkesempatan.  Sekali pusing dam ni tentu dah dapat 10 ribu langkah.  

riadah harian, senaman ringan, gaya hidup sihat, sihatkan badan, senaman bersama keluarga
Suasana wakti awal pagi...masa ni lebih kurang jam 7 pagi.  Kami keluar rumah awal. Tak jauhpun daripada rumah dalam 10 minit drive dah sampai walaupun kena rentas negeri.

riadah harian, senaman ringan, gaya hidup sihat, sihatkan badan, senaman bersama keluarga
Tak dapat view oversea, view dalam negera pun cantik-cantik juga.  Baru satu round masa ni. Berpeluh-peluh pun tetap nak selfie.  Partner in crime. Dia je lah yang selalu rajin nak follow mak dia nih.

Bagi yang dah biasa beriadah memang tak rasa sangat penatnya. Tapi bagi akak yang jarang-jarang ni, memang boleh semput dibuatnya.  Berjalan ja pun, penatnya ya ampun sebab tu kena pergi berkawan-kawan atau dengan keluarga.  Sambil berjalan sambil bersembang, tak lah terasa penatnya sangat. 

Kami suka ke sini sebab pemandangan yang cantik terutama di waktu pagi.  Cuma cuba elakkan datang pada hari cuti atau hujung minggu, ramai dan tak sesuai kalau nak bawa anak-anak kecil.  Kalau jalan sepanjang kawasan empangan ini, tak perlu risau memang dah boleh capai 10 000 langkah sehari.  Jalan santai-santai pun boleh bercerau peluh keluar.  

Senaman Berjalan Kaki 

riadah harian, senaman ringan, gaya hidup sihat, sihatkan badan, senaman bersama keluarga
Kena datang awal. Bila matahari dah mula naik, cuaca agak panas, tapi panas awal pagi elokkan untuk kesihatan.

riadah harian, senaman ringan, gaya hidup sihat, sihatkan badan, senaman bersama keluarga
Ni dah tak larat nak follow ibu.  Kejap-kejap berhenti. Takpa ibu walaupun nampak steady tapi nak rebah juga sebenarnya.  Bukan mudah nak cukupkan 10 ribu langkah sehari.

Berjalan kaki merupakan senaman yang mudah, murah dan selamat untuk dilakukan. Ia adalah kaedah senaman yang sesuai untuk semua lapisan peringkat umur.  Senaman ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja samada di rumah, pejabat, kompleks membeli belah, taman permainan dan lain-lain lagi.  Banyak manfaat yang boleh diperolehi dengan mengamalkan senaman berjalan kaki ini.

Manfaat Mengamalkan Senaman Berjalan Kaki

  • Menyihatkan jantung, mengurangkan risiko penyakit jantung dengan merendahkan paras kolesterol.
  • Mengawal tekanan darah dan mencegah risiko penyakit darah tinggi dan strok.
  • Mengurangkan risiko penyakit diabetes. Berjalan meningkatkan keupayaan badan untuk memproses gula dengan lebih baik dan membantu melancarkan aliran darah.
  • Mengawal berat badan dan membantu membentuk tubuh badan menjadi menarik.
  • Mengurangkan stres. Berjalan membantu merangsang penghasilan hormon endorfin yang membuatkan kita lebih ceria dan sihat.
  • Mengekalkan kekuatan otot.
  • Mengurangkan risiko osteoporosis
  • Mengekalkan kestabilan dan mengurangkan risiko jatuh terutama kepada golongan warga emas.
  • Mampu meningkatkan keyakinan diri.

Bila kita jarang sekali bersenam, memang payah nak mulakan walaupun sekadar nak berjalan kaki.  Korang kena kuatkan semangat dan iltizam diri.  Bukan korang saja, akak pun punyalah payah nak mula. Tapi bila dah mula, rasa rugi pulak bila berhenti.  Macam-macam kan?... Cara yang korang boleh praktikkan untuk mulakan sebarang bentuk senaman :

  1. Tetapkan matlamat. Sekiranya kita tidak pernah melakukan apa-apa jenis senaman dalam jangka masa yang lama, mulakan dengan perlahan-lahan dan jarakyang pendek.
  2. Cari tempat yang sesuai untuk berjalan. Seeloknya-eloknya permukaan haruslah rata dan tidak membahayakan.
  3. Tetapkan tempoh masa. Pastikan tempoh masa yang ditetapkan mengikut keupayaan tubuh badan kita.
  4. Tambah kelajuan dan tahap kesukaran. Sekiranya kita telah berjaya mencapai matlamat di atas, kita mungkin boleh memikirkan untuk menambah kelajuan berjalan dan cuba untuk berjalan di kawasan-kawasan seperti di taman rekreasi.
  5. Berjalan bersama ahli keluarga dan rakan-rakan. Sekiranya kita berasa tidak yakin dan kurang keseronokan berjalan seorang diri, kita boleh mengajak ahli keluarga atau rakan-rakan untuk bersama-sama menjalankan senaman ini. Berjalan bersama teman yang mengiringi anda akan menjadikan aktiviti yang dilakukan lebih menyeronokkan dan tidak mudah berasa bosan.


Teknik-teknik berjalan dengan betul

  • Dengan menggunakan teknik berjalan dengan betul, kita akan dapat meningkatkan tahap kesihatan kita dengan lebih optimum lagi.
  • Pastikan bahagian tumit mencecah tanah sebelum bahagian tapak kaki yang lain.  Peringkat permulaan, langkah yang pendek sudah memadai.
  • Hayunkan tangan. Dengan menghayunkan tangan akan memberi lebih banyak impak seperti membantu membakar lebih banyak kalori dan menguatkan otot-otot di bahagian atas badan kita. Ini menunjukkan bahawa senaman berjalan bukan saja memberi faedah yang lebih kepada otot-otot bahagian bawah namun turut melibatkan otot-otot di bahagian atas badan kita.
  • Luruskan bahagian belakang badan kita. Untuk memastikan kita berada dalam postur yang baik. Luruskan bahagian belakang badan kita dan pandang ke hadapan.
  • Kawal pernafasan. Semasa berjalan pastikan pernafasan kita sentiasa teratur. Sekiranya kita berasa nafas kita semakin tercungap-cungap, kita perlu mengurangkan kelajuan dan sekiranya tidak mampu kita haruslah berhenti.
  • Untuk menambahkan lagi variasi sewaktu berjalan kita boleh menetapkan sasaran pada tempoh-tempoh tertentu untuk meningkatkan kelajuan dan menurunkan kelajuan.
  • Sekiranya mampu, kita boleh menggunakan pedometer, iaitu alat untuk mengukur langkah kaki kita. Alat ini diletakkan di bahagian pinggang kita dan ia akan mengira berapa langkah kaki yang telah kita lakukan pada setiap hari.
  • Cuba untuk melakukan senaman berjalan sekurang-kurangnya 3 hingga 5 kali dalam seminggu.


Cara Mudah Untuk Berjalan

Terdapat banyak cara untuk kita melakukan senaman berjalan ini. Apa yang penting ialah kita harus pandai mencari peluang dan menjadikan senaman itusesuatu yang menyeronokkan.

Sekiranya kita tinggal di kondominium atau pangsapuri, cuba minimakan penggunaan lif. Sebaliknya lebihkan dengan menggunakan tangga. Sekiranya tidak mampu kita boleh menaiki lif separuh jalan sahaja dan seterusnya menggunakan tangga untuk sampai ke tempat yang ingin dituju.

Letakkan kereta di tempat yang agak jauh dari tempat yang ingin ditujui. Sebagai contoh, jika kita ke kompleks membeli belah atau ke pejabat, kita boleh meletakkan kereta sedikit jauh dari pintu masuk. Ini bergantung kepada keadaan sekiranya tidak sesak dan tidak mendatangkan kesulitan yang ketara kepada kita.

Jangan hanya duduk sepanjang masa di pejabat. Kita boleh berjalan disekeliling bangunan tempat kerja.

Bagi yang berkeluarga, bawalah mereka untuk bersiar-siar di taman rekreasi. Ketika berada di rumah pula, bermainlah sepuas-puasnya dengan anak anda. Ini juga merupakan salah satu cara untuk membakar kalori dan merangsang otot untuk bergerak.

Maksimumkan berjalan kaki sekiranya kita ingin ke satu-satu tempat. Sebagai contoh kita boleh berjalan untuk ke masjid, ke kedai runcit, ke rumah jiran dan sebagainya.

*Sumber: InfoSihat

Jom sama-sama kita lakukan aktiviti riadah yang mudah untuk kesihatan tubuh badan !









2 Comments

  1. dah la tak jauh, yg penting seronok utk riadah dengan pemandangan yang cantik tu..mmg rasa tiap2 hari nak pergi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la tapi sekarang ni petang-petang selalu hujan, weekend pula orang ramai. Kena tunggu ambil cuti weekdays baru boleh riadah santai kat sini.

      Delete