Kenapa Lambat Nak View Blog? Kebelakangan ini, akak frust betul bila nak view blog sendiri ambil masa nak nampak full page. Situasi ini selalu berlaku kalau akak cuba viewdi laptop.  Kalau melalui smartphone, laju la pulak.  Korang alami jugak ke masalah ini? Akak perasan penghujung September baru ni, maslaah ini jadi.  Oktober ni nampak sangat view dropped.  Sedihnya.....dahlah jenuh cari masa nak update blog. 

Uji Performance Blog

Bila dah  jadi macam ni, mulalah cari-cari info cara atasi.  Memang rasa down sangat.  Baca-baca di fb, ada juga rakan blogger yang melalui masalah yang sama.  Hmmm....maknanya bukan akak sorang lah (ayat nak sedapkan hati).  Walau bagainanapun kena cari juga solution.

Ada kawan share untuk semak performance blog di GTMetix.  Actually banyak link yang bagi korang ruang untuk semak performance blog korang.  Bila akak semak, terkejut juga sebab blog akak ni dalam kategori A.  Wah.....tak sangka betul.  Tambah sejuk hati dibuatnya.  Okay takpe kita cari lagi penyebabnya.  

performance blog, blog laju, semak seo blog

Kalau korang nak semak performance blog korang boleh ke sini ---- https://gtmetrix.com/

Dah lama juga tak semak SEO blog ni. SEO ialah ringkasan daripada Search Engine Optimization. Ianya adalah merupakan keupayaan  mengoptimakan website mendapat ranking terbaik di hasil carian google.  Bila blog korang berada di ranking teratas, kemungkinan lebih banyak traffic akan masuk ke blog korang.  Sedikit sebanyak korang kena juga ambil tahu prestasi SEO blog korang.

Akak semak di sini ----- https://seositecheckup.com/

performance blog, blog laju, semak seo blog

Hasil lama tidak buat semakan, sedihkan ! Banyak tindakan kena ambil untuk perbaiki SEO blog ni semula.  Akak tak pandai sangat bab-bab ni, kena ambil masa untuk repair sikit-sikit.  Buat sementara waktu kena terima keadaan ini seadanya. Pelan-pelan kita baiki dan dapatkan semua traffic viewer ke sini.


Pilihan Lain Untuk Blogging

Korang suka blogging atau cari bahan melalui apa? Cuba korang share kat komen.  Akak suka guna smartphone sahaja.  Cari bahan, simpan dan bila berkesempatan akak akan terus terjemahkan di blog menggunakan laptop.  Jarang sekali akak update blog menggunakan smartphone. Kurang selesa, suka dapat tengok skrin besar. Tapi untuk blogging tak apa boleh guna smartphone.

performance blog, blog laju, semak seo blog

Bila nak view blog melalui chrome jadi perlahan, akak cuba gunakan U Browser. Laju korang nak blogging. Puashati dari satu blog ke satu blog. Korang boleh cuba download.

Happy blogging semua!



4 Comments

  1. Replies
    1. Alhamdulillah....dah jarang update sekarang ni viewer pun dah merudum..

      Delete
  2. Nanti saya pun nak check performance dan seo blog saya.
    Kalau performance A kan best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba semak...nanti dia maklumkan kat mana nak buat inprovement. Tapi akak selalu tak berapa nak faham...main buat ikut suka ja...hehe

      Delete