Menu Minum Petang Dengan Donut Gebu.  Hai semua ! Dah lama cari resipi donut gebu.  Dah beberapa kali juga cuba resepi yang berlainan tapi tak dapat juga yang gebu.  Ada yang terus jadi keras. Mungkin bukan salah resipi, mungkin salah sendiri. Tak kisahlah siapa yang salah, yang penting kena terus cuba untuk dapat hasil yang dihajati.  Seperti biasa, bila hari stock-up bahan mentah kering di rumah, akak mesti selitkan juga serba sedikit bahan-bahan untuk buat kuih atau kek.  Walaupun tiada plan bila nak buat, tapi bahan kena sediakan so bila rasa teringin je, terus buat.  Kalau rasa teringin tapi bahan tak cukup, memang jadi frust. Itu tak termasuk frust sebab tak jadi lagi...hahaha... Tapi kali ni cubaan buat minum petang dengan donut gebu tercapai !

donut gebu sukatan cawan, resepi donut mudah, donut sedap, donut gebu

Resipi Donut Gebu

Resipi ni akan ambil daripada beberapa blog kawan-kawan, banding-bandingkan dan guna yang paling mudah nak buat.  Terima kasihlah pada kawan-kawan yang suka share resipi di blog.  Akak simpan sini pulak untuk rujukan akan datang.

1 paket yis (tak kira jenis apa - biasanya yis paket beratnya 11gm, kalau korang ada loose yis yang timbang punya, bolehlah guna 11gm yer
2 sudu besar susu pekat
1 cawan air suam
2 sudu besar gula
4 cawan tepung gandum/high protein
1 sudu teh serbuk penaik - akak guna 1/2 sudu teh sahaja
2 sudu marjerin - akak guna butter
1 sudu teh garam - akak guna 1/2 sudu teh sahaja
guna icing untuk tabur atas donut, ada yang guna gula castor - ikut pilihan korang

- lain-lain bahan hiasan tambahan sekiranya perlu seperti coklat, kekacang dan sebagainya

Cara penyediaan :
- bancuh yis, dan guna dengan air suam. Kacau dan biarkan kembang
- dalam bekas yang lain, satukan marjerin, tepung, garam dan baking powder. Gaul sebati. 
- gaul guna tangan aje baru puashati
- masukkan susu pekat dan gaul lagi
- bila tengok bancuhan yis dah kembang, satukan ke dalam adunan tepung tadi
- mulakanlah operasi menguli. Cara uli yang paling berkesan ialah tolak dan tarik seperti sedang menyental baju
- ulilah lebih kurang 20 minit sampai adunan nampak cantik
- biarkan dalam bekas selama 40-60 minit atau sehingga adunan kembang 2 kali ganda.
- pastikan korang tutup permukaan bekas dengan kain bersih dan letakkan ditempat yang sesuai
- selepas adunan kembang, korang tumbuk-tumbukkan untuk keluarkan angin dan uli sebentar
- kemudian bolehlah dicanai dan terap
- selesi canai dan terap, bolehlah biarkan dalam 10 minit sebelum goreng
- panaskan minyak dan goreng sehingga perang.  Kena rajin balik-balikkan untuk hasilkan warna sekata
- selepas goreng sejukkan sebentar sebelum korang hias dengan taburan gula atau celup dalam coklat

Dah siap.  Mudah je sebenarnya nak buat cuma jadi lama sebab nak tunggu doh rehat dan kembang.

donut gebu sukatan cawan, resepi donut mudah, donut sedap, donut gebu

Ini ikut citarasa dikwan.  Kakak tolong cairkan dan celupkan coklat. Dikwan potongkan dan letak strawberry.  Seronok dia beraktiviti dengan bahan-bahan ni.  Terisi juga cuti sekolah di rumah.

donut gebu sukatan cawan, resepi donut mudah, donut sedap, donut gebu

Yang ini kakak punya.  Teringin nak beli Big Apple tapi tak boleh kemana, jadinya buat jelah sendiri. Dapat rasa dan rupa yang hampir-hampir sama pun dah seronok sangat.

donut gebu sukatan cawan, resepi donut mudah, donut sedap, donut gebu

Bahagian dalam. Taklah segebu yang dijual tapi puashati hasilnya. 

donut gebu sukatan cawan, resepi donut mudah, donut sedap, donut gebu

Satu adunan tu dapat 15 biji donut. Cukup dapat 5 biji untuk setiap rasa.  Donut rupa semulajadi tu dah tentu kesukaan ibu.

Jadilah layan anak-anak semasa cuti sekolah ni.  Dah lama sangat terperam kat rumah.  Korang pun boleh cuba, senang je !







8 Comments