Hidangan Minum Petang Dengan KitKat Cookies.  Hari ni nak share resipi mudah untuk buat kudapan  anak-anak atau pun boleh juga untuk hidangan minum petang. Resipi ni akak ambil daripada belakang bungkusan Kit Kat value pack. Resipi asal KitKat Nutty Cookies.  Tapi sebab takde stok kekacang, kami tukarlah tajuk cookies ni.

Pada peminat coklat, memang sedap. Rasa korang boleh adjust manisnya. Kalau tak suka manis, kurang-kurangkanlah penggunaan gulu. Lagipun dah ada potongan KitKat dalam adunan.  Kali ini, akak sub kan tugas buat cookies pada anak-anak dara kat rumah.  Kakak memang free sangat sekarang ni sementara menunggu panggilan masuk semula ke u.  

Akak share resipi ni, manalah tahu korang berminat nak buat.

coklat sedap, hidangan minum petang, makanan anak-anak suka, makanan kegemaran, makanan sedap

KitKat Cookies

Bahan A

115gm mentega (suhu bilik) - akak guna salted buttercup
1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan gula perang
1 biji telur (saiz sederhana - dipukul)
1 sudu teh esen vanila

Bahan B

1 1/4 cawan tepung serba guna (akak guna tepung gandum saja)
1/2 sudu teh soda penaik
1 sudu teh tepung jagung
1/2 sudu teh garam - akak tak masuk garam sebab dah guna salted buttercup

Bahan C

1 1/2 cawan Kit Kat (dicincang kasar) - akak letak lebih sikit
1 cawan kacang hazel panggang - yang ni akak tak letak

coklat sedap, hidangan minum petang, makanan anak-anak suka, makanan kegemaran, makanan sedap


Cara penyediaan :
- menggunakan spatula, campur dan gaul mentega dan gula di dalam mangkuk.
- tambahkan telur dan esen vanila, gaul sebati.
- ayak bahan-bahan B ke dalam adunan, gaul sebati.
- tambah bahan-bahan C ke dalam adunan, gaul sebati.
- bentuk adunan menjadi bebola/ bulat-bulatkan sendiri pun boleh dan letakkan di atas dulang yang dilapisi dengan kertas pembakar.  Akak lenserkan bekas pembakar dengan sedikit mentega sahaja sebab kertas pembakar tak ada.
- simpan di dalam peti sejuk selama 1-2 jam.
- kemudian pindahkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan (170C) dan bakar selama 15-18 minit.
- biarkan sejuk terlebih dahulu dan sedia untuk dihidangkan

**resipi ini akak copy daripada belakang pek KitKat.  Simpan sini supaya mudah nak rujuk nanti.

KitKat Pack Value ni memang sentiasa ada kat rumah. Satu pek tu bolehlah tahan 2 atau 3 minggu.  Kudap-kudap untuk anak-anak.  Sebelum ni tak pernahpun nak belek-belek belakang pembungkus ni. Baru terperasan ada 2 resepi kat belakang tu, nanti boleh cuba yang satu lagi.

coklat sedap, hidangan minum petang, makanan anak-anak suka, makanan kegemaran, makanan sedap


Tak puas makan kalau buat satu adunan, lepas ni kena double sebab kami semua suka makan coklat.

3 Comments