Masak Ayam Goreng Kunyit Ala Thai Yang Menyelerakan Dan Mudah Disediakan

Sunday, August 29, 2021

 Masak Ayam Goreng Kunyit Ala Thai Yang Menyelerakan Dan Mudah Disediakan. Mak-mak macam akak ni memang akan sentiasa mencari menu yang mudah disediakan di hari bekerja.  Masa yang terhad, paling lama satu jam sahaja yang ada untuk bersilat di dapur memang selalu menguji kecekapan para ibu dalam menyediakan juadah makan tengahari.  Biasanya memang dah kena plan dalam kepala nak masak apa pagi, sambil masak untuk pagi dah set tengahari nanti apa yang perlu dihidangkan.  Begitu jugalah sebaik selesai makan tengahari dah mula fikirkan menu malam pulak.  Kalau tak plan, memang blur tak tahu nak masak apa.  Tengahari ini, sempat masakkan ayam goreng kunyit ala Thai.  Paling senang nak sediakan dan tak ambil masa yang lama.

masakan ringkas, ayam goreng kunyit, ayam, masakan sedap, masakan mudah disediakan, menu mudah

Ayam goreng kunyit - memang paling senang nak masak. Tapi korang tau tak selain daripada gaul ayam dengan garam kunyit dan goreng, korang boleh pelbagaikan cara hidangan dan masakannya biar nampak menyelerakan. Ayam goreng kunyit ni makan dengan nasi putih pun dah cukup, mudah dan sedap. Tapi kali ni nak ajak korang cuba rasa lain sikit, kita buat ayam goreng kunyit ala Thai pulak.

Bahan utama dah tentulah ayam. Ayam ni samada korang nak potong dadu, atau nak potong saiz kecil terpulang.  Kalau suka nak masak isi ayam sahaja, akak sarankan buat potongan dadu. Gaulkan dengan garam dan kunyit. Nak nampak menarik, kunyit kena lebih. Barulah warna mengancam sikit nanti.

masakan ringkas, ayam goreng kunyit, ayam, masakan sedap, masakan mudah disediakan, menu mudah
Antara sos dan penambah rasa yang akak suka guna untuk masakan ala Thai. Semua ni wajib ada kat rumah.  Tak perlu risau, semua bahan ini ada logo halal.

Masakan ala Thai ni mesti ada bawang holand, bawang putih, sos ikan dan cili padi. Kira macam bahan utama masakan Thai.  Boleh guna bahan-bahan seperti yang akan senaraikan ini.

 Bahan-bahan ayam goreng kunyit ala thai:

Potongan ayam ayam - dalam 200 gm
Garam
Kunyit
4 ulas Bawang Putih
1/2 inci Halia
5-10 Tangkai Cili Padi
1 sb Sos Ikan
Kacang Panjang/kacang buncis
Bawang Holland
Air
Cili Besar Merah
*serai dan daun limau - optional

Campurkan ayam dengan garam dan kunyit ke dalam mangkuk dan gaul rata. Goreng ayam sehingga garing, angkat dan ketepikan. Tumis bawang putih, halia dan cili padi hingga naik bau. Kemudian masukkan sos ikan. Kacau rata. Tambahkan kacang panjang dan hirisan bawang holland. Masukkan sedikit air serta cili besar merah dan kacau lagi. Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau hingga rata kesemuanya, tunggu sehingga sedikit kering dan boleh la diangkat dan dihidangkan.

Memang sedap. Baunya sahaja dah cukup menyelerakan.  Makan dengan nasi putih dan sedikit sup kalau ada.  Kalau korang nak tahu, ini antara menu yang akak suka pilih kalau singgah makan di kedai makan siam. Tapi sekarang musim pendamik, jadi kenalah belajar buat sendiri.  Bila dah pandai buat, tak singgah dah kedai makan.  Masak sendiri lagi puas dan boleh bertambah.

Jom cuba !

You Might Also Like


4 comments

  1. Wah..nampak sedap la kak...SA bercadang malam nanti nak buat udang goreng kunyit campur dengan kacang buncis...untuk lauk sahur pagi esok

    ReplyDelete
  2. Menu ni memang meyelerakan . Ringkas pulak tu

    ReplyDelete
  3. Lengkap dengan sayur sekali
    Dah tak payah masak sayur lain.

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Followers