Vaksin Oh Vaksin

Thursday, July 01, 2021

 Vaksin Oh Vaksin.  Sana sini orang bercerita tentang vaksin.  Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja cerita vaksin yang akak baca samada yang bersetuju, yang merungut tak dapat temujanji lagi, yang tidak mahu divaksin, tak kurang juga ramai yang muat naik gambar selepas bervaksin.  Apa yang pasti, sekarang ni dah mula semakin ramai yang mahu vaksin disegerakan. Vaksin Oh Vaksin !! Meriah wall muka buku akak dengan cerita kamu.

Pengalaman Cucuk Vaksin Covid 19

Akak antara kumpulan terawal yang menerima vaksn Covid 19 ni.  Rezeki akak dan suami.  Mungkin masa tu ramai yang tolak tak mahu terima vaksin jadi nama kami pun dipanggil oleh pihak KKM untuk dapatkan vaksin.  Pucuk dicita ulam mendatang, memang kami tunggu sangat panggilan itu. Tak kisahlah masa tu nak dapat vaksin jenis apa walaupun hari-hari baca kesan-kesan setelah terima vaksin.  Abaikan sahaja, yang penting dapat cucuk vaksin.  Rezeki kami juga dapat vaksin jenis Pfizer.  

Hari terima dose pertama, memang ramai  juga, rata-rata yang usia lebih kurang kami, warga emas dan mereka yang ada sejarah penyakit kronik.  Ambil nombor, isi borang, tunggulah giliran.  Lebih kurang 3 jam jugalah menunggu giliran sampai nombor dipanggil.  Selepas terima suntikan, kena rehat dulu 15 - 30 minit di ruang menunggu.  Tujuannya untuk pastikan penerima vaksin okay, tidak pening, tidak loya sebelum bergerak pulang.  Masa dose pertama ni akak terima waktu bulan puasa.  Lepas 15 minit, rasa okay kamipun gerak balik.

Dalam hati lega sangat sebab dah dapat peluang terima vaksin.

pengalaman cucuk vaksin, vaksin covid 19, kesan vaksin, jom ambil vaksin


Kesan Selepas Vaksin

Kalau di media sosial ramai yang berkongsi pelbagai rasa selepas terima suntikan vaksin.  Lain orang lain kesannya.  Ada yang okay, ada yang tak okay.  Sebelum cucuk vaksin, akak dah tanya dulu pengalaman anak akak yang dah terlebih awal terima suntikan selepas kembali ke pusat pengajian di India.  Pengalaman orang muda lain. Katanya tak perlu risau, kesan minimal sahaja.

Hari pertama selepas vaksin, antara akak dan en suami memang berbeza kesannya. Persamaannya selepas sampai rumah, memang mengantuk tak tahu nak cerita, letak kepala atas bantal, lena terus.  Bangun tidur, terasalah sengal-sengal di bahagian cucuk tu,  rasanya kesan biasa selepas terima suntikan.  Lengan rasa lenguh, berat je.  Kepala pening-pening biasa, mungkin sebab bulan puasa sama.  Sebaik lepas berbuka, akak ambil panadol untuk hilangkan sakit kepala yang dah mula rasa.

Lain pula kesannya pada en suami.  Petang tu juga rasa sakit kepala dan badan seram-seram nak demam. Hubby memang ada sejarah migrain.  Malamnya makan panadol dan tidur awal.  Esoknya masih dalam keadaan sakit kepala dan `mild fever'.  Banyakkan rehat saja. Berlarutan juga sehari dua, lepas tu baru keadaan seperti biasa semula.

Dose ke dua, 21 hari selepasa dose pertama.  Sama keadaan seperti dose pertama. Kali ini akak cuma rasa lenguh tangan saja, tiada lagi sakit kepala ataupun pening-pening. Tapi en suami demam. Dua hari terbaring saja. 

Doktor memang dah pesan, pening, lenguh, sakit kepala dan demam memang biasa selepas terima vaksin.  Penerimaan orang akan berbeza antara satu sama lain.  Jadi korang janganlah risau sangat bila baca kesan-kesan vaksin yang dikongsikan di media sosial tu.  Sebaiknya terimalah vaksin covid 19 ni tak kira jenis apapun.  Sekurang-kurangnya kita dah usaha beri penjagaan pada diri kita dan orang-orang sekeliling yang rapat dengan kita.

Persediaan Sebelum Terima Vaksin

1) Paling penting korang kena kekal tenang terutama yang seram seram sejuk tengok jarum.  Jarum dia memang halus ye. Tak terasa pun kena cucuk. Tambah-tambah kalau yang bertugas tu rajin sembang dengan korang. Sambil bertanya, sambil menyucuk, tau-tau dah siap, tak sempat nak rasa sakit pun.

2) Waktu dose pertama, korang kena isi borang, so pastikan korang bawa pen sendiri, jangan kongsi-kongsi. Lepas isi borang, simpan balik pen dalam beg sendiri.  Kenapa akak pesan macam ni? Biasanya orang kalau isi borang, dah terbiasa tinggalkan je pen kat mana tempat isi borang, lepas tu bila nak guna, sibuk cari mana pen tadi. Walaupun nilainya tak seberapa, tapi musim-musim kovid ni ianya amat berharga untuk tidak berkongsi dengan orang lain.

3) Pakai pakaian yang mudah untuk di sinsing lengannya terutama kaum muslimah.  Akak cadangkan pakai cardigan saja.  

4) Bawa bekalan air kosong.  Boleh minum sementara menunggu.

5) Pastikan handphone caj penuh sebab nanti nak guna update My Sejahtera, nak isi masa semasa menunggu giliran dan nak ber selfie bukti dah ambil vaksin.

6) Paling penting lagi, korang kena dapatkan tidur yang cukup sebelum pergi cucuk vaksin.

Itulah serba sedikit perkongsian akak tentang kisah ambil vaksin ni.  Harap-harap pendamik ni semakin pulih.  Rindu nak berjalan...rindu nak balik kampung ...









You Might Also Like


2 comments

  1. Alhamdulillah dah cucuk :) mudah-mudahan sesiapa yang dah cucuk 2 dos diberi kelonggaran rentas daerah balik kampung kan :)

    ReplyDelete
  2. cik timm baru dapat temujanji ahad ni, haha, takut pulak. hari tu excited sangat sebab nama belum keluar utk menerima vaksin..

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Followers