Masak Yee Mee Sizzling Tanpa Hot Plate.  Hari ni nak share resipi Yee Mee Sizzling tapi tak gunakan hot plate.  Guna apa yang ada kat rumah saja.  Terkurung lama kat rumah, mulalah rasa nak makan macam-macam.  Tapi tak boleh ikutkan rasa selalu sangat, kita kena makan apa yang ada kat rumah, sesekali boleh layan selera lain. Hari-hari jamu nasi berlauk pun kadang-kadang hilang idea nak masak apa. Apatah lagi nak sesuaikan bahan-bahan yang ada kat rumah. Yee mee sizzling ni memang kesukaan anak-anak sebab ada semua dalam tu - sayur, telur, ayam.  Masuk sikit-sikit pun dah mengenyangkan.  Jom akak share resipi olahan en suami ni. 

pelbagai menu mee, peminat mee, masakan mudah sedia, menu lain daripada biasa, istimewa untuk peminat mee

Sediakan kuah sizzling dulu.

Bahan-bahan :

8 ulas bawang putih - dihiris
beberapa hiris halia - akak suka rasa halia, so letak lebih hirisan halia
10 tangkai cili kering - potong-potong
Isi ayang secukupnya - potong dadu
4 sudu makan sos tiram
3 sudu makan kicap cair
3 sudu makan kicap lemak
1 sudu makan lada hitam kisar
kiub ayam secukup rasa
cendawan shitake kering - rendam bagi lembut dan potong dua setiapnya
Tepung jagung - bancuh sedikit air, ikut pekat kuah yang korang mahu
1 sudu makan minyak bijan
gula dan garam secukup rasa
Air

Bahan lain :

Yee mee - akan beli sebungkus ada 5 keping, yang ni masuk kemudian
Sawi celur
Telur

Cara penyediaannya :
- panaskan minyak dan tumis bawang putih, halia dan cili kering sampai naik bau.
- masukkan ayamg, kacau.
- masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap cair, kicap lemak, lada hitam dan kacau. 
- masukkan air dan kiub ayam, sambil-sambil tu rasalah.
- seterusnya masukkan cendawan shiitake dalam kuah tadi. Kalau beli cendawan yang bukan jenis kering, boleh terus potong dan masukkan.
- masukkan bancuhan tepung jagung ikut kepekatan kuah yang korang nak.
- last sekali masukkan minyak bijan, gula dan garam secukup rasa.
- dah siap bahagian kuah. 
- Bila dah siap nak makan, Ambil sesenduk, dua kuah tadi, masukkan dalam kuali dengan api perlahan.
- Masukkan sekeping yee mee, pecahkan telur, taburkan sawi. Bagi agak-agak telur keras sedikit, curahkan sedikit lagi kuah atas yee mee tadi. Siap boleh angkat dan letakkan dalam pinggan. Tak perlu dah hot plate. 

pelbagai menu mee, peminat mee, masakan mudah sedia, menu lain daripada biasa, istimewa untuk peminat mee


Bolehlah makan panas-panas, sedap! Buat Yee Mee Sizzling ni kena buat satu-satu. Siap 5 pinggan untuk makan malam kami. Kalau ada kuah lebih, bolehlah simpan, tapi kami suka curah-curahkan kuah atas yee mee tu. Ada yang suka rendam sebentar yee mee dalam air panas terlebih dahulu bagi lembut tapi kami suka curah sahaja kuah yang masih panas atas yee mee tersebut.  Terpulanglah pada citarasa masing-masing.




 

8 Comments

  1. Sedapnya, klu ke kedai mkn yg ada food court mmg rajin beli mee sezzling ni sebb susah btoi nk msaknyer..rupanya senang je yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kalau pi food court tesco mesti cari ni tapi sekarang semua nak kena belajar buat sendiri la nampaknya.

      Delete
  2. lama tak makan sizzling mee. Ni kalau makan dengan cili jeruk ni memang layan giler.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali tukar selera. Asyik makan nasi je hari-hari.

      Delete
  3. sedap nya. sy dah 2 minggu hari-hari makan ni je kak. yee mee sizzling je boleh masuk dalam perut dengan selamat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, ikut ja selera , janji boleh makan

      Delete