5 Sebab Kenapa Anda Boleh Pilih Untuk Jadi YouTuber

Thursday, July 15, 2021

5 Sebab Kenapa Anda Boleh Pilih Untuk Jadi YouTuber.  Kebelakangan ini, ramai youtuber baru yang muncul macam cendawan.  Mungkin sebab lama terkurung kat rumah, tak boleh kemana-mana, jadi idea dicurahkan dalam bentuk rakaman video-video pendek dan dikongsikan di youtube.  Lagi rajin korang update dengan content yang menarik, lagi ramailah follower korang.  Samalah dengan blog, rajin update, content menarik, ramailah yang singgah.  Bezanya, melalui blog, korang nak kena menulis, cari idea mengarang, kadang-kadang mengadap laptop berjam-jam tapi sebaris ayat pun tak boleh nak habis.  Tapi youtuber, rajin rakam video-video pendek, rajin edit, tak perlukan skrip panjang berjela dan boleh raih ratusan malah mungkin ribuan viewer.

tambah income online, jadi youtuber,
gambar google

5 Sebab Pilih Jadi YouTuber

Pertama  : Peluang berkongsi info  - maaf kalau akak katakan, kebanyakan rakyat Malaysia tidak rajin membaca. Akak sendiri, kalau nak habiskan satu buku memang ambil masa yang agak lama, padahal boleh je sehari dua kalau luangkan 30minit - 1 jam, boleh habis satu novel atau buku perkongsian traveller.  Tapi disebabkan 'virus M' yang banyak dalam badan, satu buku tu sebulan pun kadang-kadang tak dapat dihabiskan.  Berbeza dengan menonton YouTube. Banyak video-video menarik yang dipaparkan dan semuanya percuma.   Lagi menarik video yang korang share, lagi ramailah pengikut korang nanti. 

Kedua - Belajar Kemahiran - antara kemahiran yang korang boleh belajar ialah ilmu SEO, keywords dan cara edit yang betul supaya video yang dihasilkan menarik dan berkualiti.  Ramai yang boleh upload video di YouTube tapi tak menarik, bak kata orang sekarang `tak sampai' untuk terus tonton sampai habis.  Akak kagum dan suka tengok video-video yang diedit dengan susunan yang teratur, berinfomasi dan mesej dapat disampaikan dengan baik.

Ketiga - Tingkatkan keberanian dan keyakinan YouTuber - ada youtuber yang pemalu bila berdepan tapi bila dalam video...wah bukan main lantar pertuturan.  Ada yer yang macam tu. Tapi bila dah biasa buat story story pendek lama-lama keyakinan tu datang sendiri. Rasa takut dan gugup hilang.  Tambah-tambah bila bahan yang dikongsi dapat tontonan ramai.

Keempat - Tingkat kreativiti - sumpah....akak kagum dengan video yang dihasilkan oleh para traveller, masakan, kisah aktiviti seharian pelajar/ pekerja dan lain-lain.  Elemen yang dimasukkan seperti muzik, cerita, icon-icon dan sebagainya sesuai dengan penceritaan. Kagum ! Anak muda biasanya kreatif bab-bab ni. Kita orang lama ni ambil masa nak belajar.

Kelima - Boleh Jana Income Tambahan - ini adalah kelebihan yang paling menarik sebagai YouTuber.  Siapa yang tak mahu tambah income sampingan kan? Kalau berminat, bolehlah mula. Serlahkan kreativiti korang. Lebih baik kalau korang ada niche sendiri. 

Moga korang dapat idea untuk jadi YouTuber. Akak lebih suka berblog sebab akak lebih suka menulis. Kalau korang ada channel YouTube, share dekat komen nanti akak terjah yer.


 


You Might Also Like


1 comments

  1. Syu dah ada channel tapi tak tahu nak buat content apa.Hi3 😂.

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Followers